012

1.8K 281 34
                                    

Keesokan harinya tiba dan mereka semua sudah ada pelan untuk buat apa pada hari itu. Mereka akan ke pantai seperti apa tujuan mereka datang ke sini. Apabila sudah tengahari, mereka semua menuju ke pantai dengan gembira.

Mereka juga tidak melupakan untuk memakai lotion pelindung matahari sebelum berlari ke pantai. Jihae juga tidak lupa untuk bubuh pada Jihoon sebelum dia ikut Jeno bermain di pasir pantai.

Jihoon, Jeno, Jisung dan Mark sudah berlari ke pantai manakala Chenle, Renjun, Jaemin dan Jihae sedang duduk di payung yang telah mereka sedia manakala Haechan masih lagi tidur di rumah, tidak terjaga.

Semua orang memakai baju renang mereka walaupun Jihoon juga memakainya. Jihae seorang sahaja yang memakai T-shirt dengan seluar pendek.

" Jihae tak pakai baju renang? " Soal Renjun apabila melihat Jihae tidak memakai pakaian renang.

" Sebenarnya nak pakai tapi... "

dua jam yang lalu

" Nana, okay tak Hae pakai baju nie? " Soal Jihae, menunjukkan baju renang dia kepada Jaemin di biliknya.

[ baju renang Jihae ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ baju renang Jihae ]

Apabila Jaemin ternampak Jihae memakai pakaian tersebut, dia cepat-cepat pandang ke tempat lain dan mukanya mula merah. Terlalu banyak kulit ditunjuk.

" Yah! Nana takkan benarkan Hae pakai baju tu! " Kata Jaemin, matanya ditutup. Jihae terus memuncung bibirnya dengan sedih.

" Kenapa lak? " Soal Jihae walaupun dia tahu apa jawapannya.

" Eomma Hae mengarahkan Nana untuk jaga Hae maka, Nana tak nak semua orang tengok kulit Hae. Nah, ambil baju nie and pakai. " Kata Jaemin dan lempar T-shirt dan seluar kepada Jihae. Jihae tersenyum kecil, tau lah tak nak orang lain tengok aku.

end

" Oh, nampaknya Nana kita overprotective yeah.. " Kata Renjun, mengejek Jaemin. Jaemin cuma abaikan dia.

" Well, nak masuk laut. Bye! " Kata Renjun sebelum dia pergi masuk laut dan mandi. Jihae cuma menggeleng kepalanya sahaja. Kemudian, dia sedar seorang lagi tiada di sana selain Haechan.

" Chenle, tak nak join diorang? " Soal Jihae kepada Chenle yang baru sahaja Jihae menyedari kewujudannya di sebelahnya.

" Tak pa lah. Nanti Chenle join diorang. " Balas Chenle yang nampak tidak bermaya itu. Mungkin masih penat sebab semalam. Kemudian, Jihae berpaling muka kepada Jaemin pula.

" Nana tak join diorang? " Soal Jihae pula kepada Jaemin.

" Nah. Jaga diorang ja lah. Nanti kalau rasa nak pi, Nana join. " Balas Jaemin.

" Hurmm, suit yourself. Hae nak pi join diorang. " Kata Jihae dan bangun untuk pergi ke mereka yang sedang membina sesuatu daripada pasir. Terlihat seperti mereka telah membina ikan duyung atas badan Mark.

" Noona tengok! Mark hyung cantikkan? " Kata Jihoon yang gembira itu kepada Jihae. Jihae lepaskan tawa kecil sambil angguk kepalanya.

" Nak bagi dia seagull, dia tak nak. " Kata Jeno, memberitahu Jihae apa cadangan mereka untuk bina pada Mark sebelum bertukar ke ikan duyung.

" Hyung tak nak. Hyung rela ikan duyung dari seagull. " Kata Mark, membantah. Jihae mampu tersenyum sahaja dan sertai mereka untuk bina lagi ikan duyung Mark.

Jaemin dan Chenle cuma perhatikan mereka dari jauh sahaja. Jaemin yang tersenyum melihat betapa gembiranya mereka manakala, Chenle masih lagi tidak semangat untuk buat apa-apa. Jaemin sedar akan kepenatan Chenle.

" Chenle okay tak? " Soal Jaemin dan Chenle angguk kepalanya.

"Yes, Chenle masih mengantuk lagi. " Balas Chenle sambil menggosok matanya.

" Hyung...suka kat Jihae tak? " Soal rawak dilempar kepada Jaemin. Jaemin menggeleng kepalanya menandakan dia tidak suka. Dia menjawab begitu kerana dia tidak mahu kalah dalam taruhan mereka.

" It's okay kalau hyung tak mengaku. Jihae noona baik, cantik dan pandai untuk dijadikan teman wanita. Dia macam full package, you know? Kalau dia buat hyung happy, just confess kat dia secara terang-terang dan properly date dia. Tolak semua bet yang kita buat. Just be happy with her. " Kata Chenle. Jaemin memikir panjang sebelum berkata apa-apa.

Dia sendiri tak tahu sama ada dia sukakan Jihae atau tidak. Ada masa dia nak jaga Jihae, sayang Jihae dan nak tengok Jihae senyum setiap masa tapi ada juga masa dia nak bermain dengan perasaan Jihae memandangkan hubungan mereka ialah palsu. Tapi di bawah hatinya terasa seperti dia tidak mahu lukakan hati Jihae.

to be continued...

💫

maaf jika bab nie pon membosankan juga 😪 idk what i wrote down

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now