031

1.5K 184 12
                                    

Hari ke-66

Ia sudah tahun yang baru kepada Jihae dan semua orang di dunia. Mereka telah setahun tua dan ia bermakna, Jihae telahpun berumur 20 tahun dan bulan Februari, mereka akan graduasi dari sekolah menengah.

Jihae teringin lakukan perkara-perkara yang dia mahu apabila sudah berumur 20 tahun iaitu membawa kereta. Tetapi dia perlu mengambil lesen kereta, baru dia boleh bawa kereta.

" Bila boleh sampai nie? Bosan lah. " Rungut Jihae ketika berada dalam kereta, bersama dengan Jaemin yang memandu kereta, menuju ke Busan bersama kerana mereka mahu bercuti bersama, cuma mereka berdua sahaja.

" Kejap lagi kita berhenti kat R&R. " Kata Jaemin yang fokus memandu. Bagaimana mereka berdua boleh membuat keputusan untuk bercuti bersama di Busan pada tahun baru?

minggu lepas

Ketika Jihae sedang tunggu Jaemin selesai mengambil lesen keretanya, Jihae sedang membaca satu artikel pada telefonnya sementara menunggu.

Marilah bercuti ke Busan!

Tajuk besar artikel itu dan Jihae membaca keseluruhannya untuk mengetahui tempat-tempat yang menarik dan seronok di Busan. Selepas membaca, dia terasa mahu bercuti ke sana, teringin juga nak ke sana.

Kemudian, dia terfikir sesuatu. Jaemin dah ada lesen kereta lepas ini, Jihae pun ada duit untuk berbelanja dan juga mereka berdua dah cukup umur untuk bercuti bersama. Boleh lah pergi ke Busan!

Selepas mereka berdua singgah ke kedai smoothie sebelum Jaemin hantar Jihae pulang, Jihae memberitahu idea dia tentang pergi ke Busan kepada Jaemin.

" Boleh kah? Eomma Hae bagi? " Soal Jaemin untuk kepastian, dia tidak mahu pergi tanpa kebenaran ibu Jihae atau tak, dia dikira menculik Jihae ke Busan.

" Eomma akan bagi, eomma akan bagi selagi ada Nana. Nana macam anak angkat eomma ja. " Balas Jihae dan mereka berdua setuju untuk ke Busan pada minggu hadapan.

end

Jihae meregangkan badan dia setelah dia sampai di R&R dan berada di dalam kereta selama 3 jam. Jaemin juga turut meregangkan badan dia selepas memandu.

Jihae pergi ke kedai untuk membeli makanan dan minuman manakala Jaemin pula ke tandas. Selepas beberapa minit, mereka berdua berjumpa semula di kereta mereka dan duduk di pondok yang berada di depan kereta mereka untuk berehat. Jihae berikan minuman kepada Jaemin.

" Nana tak mengantuk ka? " Soal Jihae kepada Jaemin dan dia menggeleng kepalanya.

" Sebelum kita pergi, Nana dah minum kopi dua cawan. Rasanya cukup untuk Nana bawa kereta lagi. " Balas Jaemin dan Jihae angguk sahaja kepalanya.

" Hae tak mengantuk ka? Teman Nana bawa kereta... " Kata Jaemin.

" Tak nak. Hae nak teman Nana. Walaupun Hae rasa mengantuk pun, Hae tak nak tidur. " Balas Jihae dan Jaemin tersenyum, bertuah dia ada Jihae.

" Nak pi dah ka? " Soal Jaemin kepada Jihae dan Jihae menggeleng kepalanya.

" Kita rehat lagi. Hae nak Nana rehat lagi. Nanti kalau dah ada tenaga, kita pergi. " Balas Jihae.

" Nana sentiasa ada tenaga bila Hae ada sebelah Nana. " Kata Jaemin dengan ayat keling dia, yang membuat Jihae cringe dan me membuat Jihae memukul lengan Jaemin.

Mereka berdua rehat di pondok tersebut selama 30 minit. Jihae bermain permainan dalam telefonnya manakala Jaemin cuma menikmati suasana sana. Jaemin pandang Jihae pulak. Jaemin terfikir sesuatu.

Kurang lagi sebulan ja kita akan berpisah. Aku bukan nak tapi aku terpaksa. Eomma dengan appa mahukan yang terbaik untuk aku maka, inilah yang akan aku buat.

Jihae sedang yang Jaemin sedang renung dia. Jihae melambai tangannya depan mata Jaemin yang membuat Jaemin berhenti berangan dan membuat Jihae lepaskan tawa kecil.

" Wae Nana? Okay tak? " Soal Jihae dan Jaemin cuma angguk kepalanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

" Jom lah, nanti lambat pula kita nak sampai sana. " Kata Jihae dan mereka berdua bergerak ke Busan supaya mereka tidak sampai lambat kerana mereka telah tempah bilik di sebuah hotel.

Jihae rasa gembira yang dia dapat luang masanya bersama dengan Jaemin dan pertama dia pergi bercuti dengan Jaemin. Manakala Jaemin pula asyik terfikir apa akan berlaku lepas habis dia couple dengan Jihae.

Adakah Jihae akan benci padanya? Adakah Jihae akan marah? Dan terutamanya sekali, adakah Jihae akan kembali ke dirinya yang dulu tidak ceria dan gembira itu?

happy new year semua! yes, akhirnya telahpun aku update. thanks kpda semua yg menunggu. anyways, since aku f5 dah tahun nie, aku akan jarang update so, aku akan update sabtu & ahad sahaja ☺️ enjoy~

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now