037

1.8K 214 8
                                    

Seminggu telahpun berlalu sejak Jaemin dan Jihae break up dan juga seminggu itu Jihae deman kerana dibasahi dengan hujan lebat tempoh hari.

Sepanjang seminggu itu, ibunya menjaga dia dan turut mengambil cuti untuk jaga Jihae. Tetapi ada masa ibunya terpaksa pergi kerja kerana ada mesyuarat kecemasan dan Renjun yang jaga Jihae pada waktu-waktu sebegitu.

" Jihae, masa untuk makan. " Kata Renjun, membawa masuk bubur dalam bilik Jihae. Jihae sedang berbaring atas katil sambil bermain dengan permainan dalam telefonnya.

" It's time to eat. Berhenti main kejap. " Kata Renjun dan Jihae pun bangun dari baringan dia, sandar badannya pada papan yang cantum dengan katilnya. Jihae makan bubur yang dimasak oleh Renjun untuk Jihae.

" Sedap. Thanks. " Kata Jihae dan Renjun cuma balas dengan senyuman. Jihae masih tidak boleh move on dengan Jaemin. Apa yang dia kata, asyik diulang dalam mindanya dan membuatnya marah setiap kali fikir.

" Jihae, nak bagitau something. " Kata Renjun dan Jihae pandang Renjun untuk tahu apa dia mahu Renjun bagitau.

" Pasal Jaemin. " Kata Renjun dan sebaik dia kata Jaemin, Jihae meletak semula bubur itu atas meja dan baring semula atas katilnya. Ini mesti berlaku setiap kali persoalan atau perkara tentang Jaemin diberitahu kepada Jihae, Jihae cuba elak kesemuanya kerana dia tidak mahu fikirkan Jaemin tetapi minda sentiasa fikirkan Jaemin.

" Tak tau Jihae nak dengar atau tak but hear me out. Sebenarnya, Jaemin break dengan Jihae sebab dia terpaksa. Dia bukan saja-saja nak break. " Kata Renjun. Jihae masih tidak mahu percaya walaupun Renjun seorang yang paling Jihae percaya.

Renjun memberitahu kesemuanya tentang Jaemin; tentang mengapa Jaemin break dengan dia, tentang gambar di Instagram itu, dan juga siapa wanita yang bergambar dengannya di Instagram itu.

" Dia break dengan Jihae sebab dia takkan contact kita semua bila dia di Australia. Like now, kami langsung tidak tahu apa telah berlaku kepada Jaemin. Dia sampai ke tidak di Australia, dia bunuh diri kah, dia dah ada girlfriend kah. Who knows. Parents dia ja tau apa dah jadi kat dia. " Kata Renjun.

" Tapi kenapa dia kena buat? Jihae okay ja ada long distance relationship. "

" Jihae sanggup kah nak lepaskan Jaemin ke Australia kalau dia kata dia takkan pandang mana-mana perempuan? " Kata Renjun dan Jihae mahu membalas tetapi bila dia fikir balik, dia pun tak sanggup nak bagi Jaemin pergi. Jihae berhenti bercakap kerana apa Renjun kata boleh jadi betul.

" Exactly, Jihae takkan. Tu sebabnya dia nak break up. Dengan ada parents yang paksa Jaemin pi Australia tapi girlfriend tak bagi, mungkin Jihae dengan parents Jaemin akan bergaduh nanti. " Kata Renjun. Jihae terus berada menyesal yang apa dia dah lakukan. Dia patut bantu dia, bukan diam ja. Bodohnya aku.

" Kita langsung tak leh contact dia? " Soal Jihae dan Renjun geleng kepalanya.

" Why am I so stupid? Ugh! " Kata Jihae.

" No your not. You're stupidly cute. " Kata Renjun dan Jihae melepaskan tawa kecil atas lawak Renjun tadi. Sepertimana Jaemin arahkan aku, aku akan janji jaga Jihae.

Selama Jaemin tiada itu, Jihae lebih luangkan masa dengan dreamies. Mereka buat hidup dia menjadi ceria sepertimana Jaemin pernah buat kepadanya tetapi dengan orang lain kali ini.

Jihae tidak sambung belajar walaupun dia mempunyai keputusan yang bagus dalam peperiksaan. Dia mahu alami dunia sebenar, memasuki ke alam dewasa, dan sebagainya.

Ia mungkin ada sedikit kesenangan dan kesusahan ketika itu, tetapi dia atasinya dengan baik dan bertolak ansur. Dalam masa yang terdekat itu jugalah dia dah jatuh cinta kepada Renjun, sepertimana dia pernah jatuh cinta kepada Jaemin tetapi kali ini, dengan cara ikhlas dan tiada sesiapa pun suruh Renjun jatuh cinta kepada Jihae.

Walaupun Jihae masih ingatkan Jaemin, dia cuba nak move on daripada kisah lama dan memulakan kisah baru dengan orang baru. Ia adalah pilihan terbaik untuk Jihae dan dia tak pernah menyesal dengan keputusannya untuk bercinta dengan Renjun.

💫

ptng nnti update terakhir dan berakhirnya heartbreaker ㅠㅠ im gonna miss this book

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now