030

1.6K 200 20
                                    

Jihae sedang bersiap untuk ke parti Krismas bersama dengan Jaemin.

" Jihoon! Jangan main dengan noona nya eyeshadow! " Jerit Jihae apabila Jihoon mencuri palet eyeshadow Jihae. Sekarang, Jihae berlarian mengejar Jihoon dengan solekan yang tidak siap itu.

" Jaemin! Kamu sampai dah. " Ucap hi Puan Nam kepada Jaemin yang sudah sampai di rumah Jihae untuk ambil Jihae dan mereka berdua boleh pergi ke parti Krismas tersebut.

Sebaik Jaemin menjejak kaki dalam rumah Jihae, dia terus diserang oleh Jihoon yang sedang pegang palet dalam tangannya.

" Daemin hyung! Ada raksasa tengah kejar Jihoon. " Kata Jihoon dan sembunyi belakang Jaemin. Jaemin pandang depan dan terlihat ia bukan raksasa, malahan dia Jihae yang solekan yang tidak lengkap.

Jaemin melepaskan tawa kecil yang Jihae tidak dengar dan terus tunduk ke bawah untuk sama paras tinggi dengan Jihoon.

" Jihoon, bagi palet tu dekat hyung. Raksasa tu kejar Jihoon sebab curi barang dia. Tu sebabnya tak baik mencuri. " Kata Jihoon dan membulat bibirnya menjadi O sambil beri palet itu kepada Jaemin. Kemudian, Jaemin beri palet itu kepada Jihae.

" Thanks Nana. Jap Jihae siap kay? " Kata Jihae dan berlari masuk biliknya untuk siapkan solekan dia. Jaemin angguk sahaja dan sambung bermain dengan Jihoon.

Selepas 20 minit, Jihae keluar dari biliknya dengan pakaian yang segak dan cantik. Dengan baju putih, skirt merah, kasut but hitam dan rantai leher membuat Jihae nampak sangat cantik sehingga Jaemin ternganga melihat kecantikan Jihae.

[ pakaian Jihae ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ pakaian Jihae ]

" Tutup mulut, Nana. Jom. " Kata Jihae dan Jaemin menutup mulutnya. Mereka berdua berlalu pergi ke parti Krismas tersebut.

Selepas 30 minit perjalanan ke sana, akhirnya mereka berdua sampai. Ia sebesar rumah Jaemin lokasi parti Krismas tersebut.

" Semua kawan-kawan Nana kaya eh? Bertuah. " Kata Jihae apabila melihat rumah besar itu. Mereka berdua masuk ke dalam dan suasana parti itu tidak heboh seperti parti Yuta dengan Taeyong.

Suasananya sangat tenang, lagu Krismas dimainkan sepanjang parti itu berlangsung dan semua orang disana sangat peramah dengan Jihae.

" It's a pleasure to finally meet you, Jihae. " Kata rakan Jaemin, Johnny yang berjabat tangan dengan Jihae.

" Another English speaker? Ramai sungguh Jaemin punya kawan yang tak pernah saya jumpa lagi. " Kata Jihae ketika berjabat tangan dengan Johnny.

" Please make yourself a home. Kami dah sediakan banyak makanan untuk tetamu. " Kata Johnny dan Jihae membalas dengan senyuman kepadanya.

" Jihae noona dah sampai! " Datang lari dua orang; Jisung dan Chenle dan terus peluk Jihae. Jihae tersenyum apabila berjumpa dengan mereka berdua. Yang lain pun turut berjumpa dengan Jihae.

" Yeah! Semua dah sampai. " Kata Jeno sambil menepuk tangannya dengan riang. Mereka semua menikmati masa bersama di parti itu.

Jihae rasa gembira dapat meluangkan minggu Krismas dia dengan Jaemin. Dia berasa sangat bertuah menjadi girlfriend dia dan berterima kasih kepada Jaemin kerana telah membuat kehidupannya lebih ceria dan meriah.

Jihae berjalan keluar ke balkoni rumah itu dan menikmati suasana yang indah dan cantik pada malam tersebut. Dia tarik nafas dan melepaskan nafas setelah dia berborak dengan semua tetamu di sana. Sungguh bertuah dia pada malam itu.

" Kenapa sorang-sorang kat luar nie? " Soal seseorang dan Jihae sudah kenal siapa dia sebaik mendengar suara itu.

Jaemin datang ke Jihae dan meletak lengannya atas bahu Jihae. Mereka berdua tersandar pada rel besi pada balkoni itu sambil menikmati melihat suasana indah malam itu.

" Saja. Hae nak cakap terima kasih sebab masuk dalam hidup Hae. Hae tak pernah rasa gembira nie. " Kata Jihae sambil tersenyum.

" Dan juga sentiasa buat Hae gembira sentiasa. Apalah Hae sekarang tanpa Nana sekarang... " Kata Jihae lagi dan meletak kepalanya atas bahu Jaemin ketika itu. Jaemin mampu tersenyum saja tanpa berkata apa-apa.

Jaemin pun berasa gembira dan berterima kasih kepada Jihae kerana turut juga membuat hidupnya lebih gembira dan meriah. Selama dia asyik couple dengan mana-mana perempuan, tidak pernah dia rasa segembira ini. Merasai bagaimana kerjasama dalam hubungan, kasih sayang sesama sendiri dan terutamanya, cinta.

Tetapi itu semua takkan kekal selamanya selepas tiga bulan. Jaemin inginkan hubungan mereka kekal selama-lamanya tetapi cinta mereka tidak boleh kekal selamanya.

💫

new update! happy 7k guys! wow, dah 7 ribu orang baca buku nie dan aku cuma ada 3 ribu followers? 🙂 anyways, aku update awal sikit sbb aq x sabar 😂 my ugly ass cant wait no longer 😂 so enjoy

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now