"Betul ke tempat ni, Flo?" soal Harry.
"Kalau ikut peta ni, betul lah jalan ni" balas Flora yang tak habis-habis membelek peta yang diberi.
"Aku dah seram sejuk ni..." ucap Harry.
"Kenapa?" soal Flora.
"Kau ni pun fearless sangat" ucap Harry merenung Flora.
"Yelah kenapa??" soal Flora sekali lagi.
"Kau fikir balik, ada ke orang tinggal kat sini?" soal Harry.
"Ada, orang yang kita cari nilah!" balas Flora tersenyum.
"Kau merapu apa?! Mana ada orang tinggal dekat KUBUR!" balas Harry. Meremang wei! Bulu roma terpacak macam nyanyi lagu negaraku!
Flora melihat kanan dan kirinya.
"Oh, yelah! Hehehe" ketawa Flora.
"Aku tak tahu lah kau ni berani sangat atau memang takde common sense" ucap Harry.
"Opp!!! Tunggu!" jerit Flora.
Harry break kecemasan.
"Kenapa??" soal Harry.
"Kita dah sampai" ucap Flora yang meniti peta itu.
"Are you kidding me, Flo?" soal Harry merenung tajam.
"What??" soal Flora.
"Mana ada rupa tempat tinggal kat sini! Kanan kubur, kiri kubur, depan kubur, belakang kubur! Kita cari orang mati ke apa??!" jerit Harry sekuat hati.
Shh!
Flora membuat isyarat senyap. Harry yang tadi bising macam mak nenek terus senyap macam orang bisu.
"Kenapa?" bisik Harry.
"Aku dengar tapak kaki orang" balas Flora dengan serius.
Pap!
Pap!
Bunyi tapak kaki itu semakin mendekati. Harry memejam mata sekuat hati. Flora hanya merenung kawasan di mana bunyi itu datang.
"Hello!" ucap seorang budak lelaki mesra.
"WARGH!!!!" Harry menjerit kuat dan terus naik ke atas Flora.
Princess Style!
Flora hanya merenung Harry kosong.
Dalam otak dia, kau lelaki kan asal kau jerit dulu? Tadi kau kata takda orang tinggal kat sini? Kan aku dah kata ada orang tinggal dekat sini?
"Hehehe..." Harry tersenyum memandang Flora.
Buk!
Flora menjatuhkan Harry ke tanah.
"Aduh!" jerit Harry terkejut.
"Hm, jarang jumpa situasi terbalik nih" ucap budak lelaki itu sambil ketawa kepada Harry.
Harry memandang geram.
"Diamlah!" jerit Harry sambil membersihkan pakaiannya kerana jatuh tadi.
"Minta maaf, kat mana kami boleh cari lelaki bernama Eric? Eric The Doll Maker?" soal Flora.
"Hm? Kenapa korang cari dia?" soal budak lelaki itu.
"Huh, bukannya ada kena mengena dengan kau pun!" balas Harry.
"Kau tahu di mana dia?" soal Flora serius.
"Mestilah!" balas budak lelaki itu tersenyum mesra.
Flora senyap seperti dia tengah memikir sesuatu. Harry pula berjalan mendekati budak lelaki itu.
"Kat mana dia?!" jerit Harry. Tak tahan agaknya duduk kat kubur tu. Dalam kepala otak nak balik terjun katil je ni.
"Kejap, Harry! Ehem, aku nak tanya apa nama kau" soal Flora muka macam tengah jawab exam. Muka serius dia kalah maggi sedap yang takda kena mengena.
"Eric, Eric The Doll Maker" senyum budak lelaki itu.
"Hah?!" jerit Harry terkejut.
"Flo, bukan Eric yang kita cari lelaki ke?" soal Harry.
"Memang dia lelaki pun" balas Flo yang tidak terkejut.
"Maksud aku, dia lelaki bukan budak lelaki!" balas Harry.
"Ya, tapi maklumat kita pun takda kata yang dia bukan budak" balas Flo gaya ala-ala pro.
"Jadi apa yang korang nak? Dan macam mana korang tahu tempat ni?" soal Eric bernada menakutkan.
Tiba-tiba muncul banyak patung lelaki dan perempuan mengelilingi mereka. Mengepung Harry dan Flora dari melarikan diri.
"Ergh... relax-relax! Jom minum teh cicah biskut dulu!" balas Harry panic.
Author dah publish cerita baru!😁 Cerita ni author nak tulis dalam tahun ni je. Sebab tahun depan author nak fokus PT3. Harap enjoy! Jangan lupa vote!!😉😮😑😍
YOU ARE READING
Angel Of Sorrow
FantasyEric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang. Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar be...