"Tup, tup dah sampai" ucap Eric.
Nasib baik sampai juga lepas Harry susah payah keluarkan peta untuk tunjuk location kerajaan tu.
"Eh, asal cepat semacam. Rasanya teleport magic ambil masa yang lebih lama" ucap Pengetua Ailer.
Eric memandang Pengetua Ailer pelik. Macam mana Pengetua Ailer tahu teleport magic lama ke panjang?? Dia sorokkan something lagi ke.
"Taklah, memang pendek je" balas Eric semula. Dia meletakkan semula ke semua shackles tu ke tempat asal. Tangan kaki dialah...
Pengetua Ailer memandang sekeliling. Something wrong...
"Kita kena cepat, rasanya diorang dalam bahaya!" ucap Pengetua Ailer.
"Siapa 'diorang'?" soal Victoria.
"Royalties!" balas Harry yang memahami maksud Pengetua Ailer.
Sampai di astana seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang melindungi seorang wanita dan seorang budak lelaki yang kelihatan sebaya dengan mereka dari satu makhluk yang tidak dapat digambarkan rupanya. Sebab seluruh diri dia hanya ada warna hitam tapi masih berbentuk manusia. Eh, jap... tu gambaran jugak kan.
Harry dan Victoria pantas bertindak mengalahkan makhluk tersebut tanpa sebarang masalah.
"Tuanku!!!" jerit Pengetua Ailer.
Pengetua Ailer dan Puan Julia berlari mendekati dan tunduk hormat.
'Jadi, nilah rajanya' fikir Eric.
"Ailer!" jerit lelaki tersebut dalam keadaan terkejut.
"Tuanku tak apa-apa?" soal Julia yang mendekati wanita dan budak lelaki itu.
Wait, kalau raja dengan permaisuri, dua-dua tuanku kan?
Nantilah google.
"Siapa budak-budak ni? Macam mana diorang kalahkan makhluk tadi?" soal tuanku (lelaki).
Okay, sebelum author perkenalkan diorang nanti... kita guna jelah kurungan ni ya.
"Diorang anak-anak murid saya. Perkenalkan yang ini Harry, Rean, Victoria, Kei dan yang ini isteri saya Julia" balas Ailer.
Ailer memandang ke arah pelajarnya semula. Eric hilang dari pandangan.
"Waargh!!! Mana Eric!!!" jerit Ailer sambil menunjukkan tempat terakhir dia nampak Eric berdiri.
Semua mula mencari Eric yang tiba-tiba kapoosh dari pandangan manusia.
Tiba-tiba Eric datang sambil seret seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Lelaki tersebut meronta-ronto meminta untuk dilepaskan.
"Eh, Count Fedrick? Kenapa kamu diseret oleh budak lelaki ini?" soal Tuanku (lelaki).
Eric melepaskan genggamannya di baju count tersebut.
"Dia mastermind dalam kekecohan semua ni" balas Eric.
"Haaahhhh!!!!!???" jerit mereka dalam penuh tanda tanya.
"Tak mungkin. Kerana dia adalah orang yang paling beta percaya" balas tuanku (lelaki).
Harry menarik tangan Eric dan menyeretnya ke belakang.
"Apa main tarik-tarik ni" Eric membebel.
"Kau sedar tak siapa kau tarik tu!!" soal Harry.
"Siapa?" soal Eric dengan muka yang ada eyebag.
Muka dia pucat dan lesu kerana tiba-tiba mengeluarkan mana yang banyak secara drastik. Malas nak panjangkan cerita dengan penyiasatan, mendengar cerita tuanku berdua tu, atau nama diorang. Baik tangkap mastermind dia terus. Balik rumah tidur puas-puas.
"Tidak mungkin Count Fedrick akan khianati beta" ulang tuanku (lelaki) itu lagi.
"Tuanku"
Eric berjalan merapati Tuanku Hector dengan laju.
"Your Highness, life is nothing but betrayal. Please just arrest this man and let me go home and rest!!!" jerit Eric keletihan sebelum tumpas pengsan dihadapan tuanku Hector yang akhirnya pembaca dapat juga tahu nama dia daripada guna kurungan.
Eric!!!!
Semua orang terkejut dengan tindakan melulu Eric yang tak kena tempat.
Later~
Eric membuka mata selepas sekian lama beradu tak ingat dunia. Dia melihat sekelilingnya.
"Ni bukan bilik aku" ucap Eric.
Bilik serba mewah itu dilitupi warna putih kecuali bunga yang dipasukan itu berwarna merah.
"Nasib baik aku dengan bunga merah ni tak jadi putih macam bilik ni" ucap Eric sambil memegang wajahnya.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Masuk" ucap Eric selepas mendengar ketukan pintu tersebut.
Beberapa orang maid masuk sambil membawa pakaian persalinan dan makanan.
"Eh???" ucap Eric.
[Sorry, sebab lama tak update... author sibuk dgn projek sekolah. Tahun ni sahaja author dah buat 7 hingga 8 powerpoint macam tu. "Bila kau satu-satunya yg kreatif dalam group" nanti author akan sambung cerita ni dan terangkan pasal Royalties ni. Bye!!!]
ps, paling menyakitkan hati bila author bawa laptop tapi cikgu cancel pembentangan untuk hari tu.
Lebam bahu hari-hari bawa.
Usung sana sini takut kena curi,
Dah lah stay petang....
haih......
Tambah lagi bila ahad ni [28/04/19] ada fiesta koko.
Siapa yang tinggal kat sungai petani kedah dijemput hadir.
sekolah SMK Ibrahim.
tapi kalau rajin ponteng lah...
hehehe...
Jangan harap author bagitahu author jual apa nanti....
YOU ARE READING
Angel Of Sorrow
ФэнтезиEric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang. Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar be...