Chapter 24: Marry and Shion

4.9K 369 31
                                    

Hari ni mereka akan mesyuarat buat kali terakhir sebelum pertandingan penting esok. Semua muka macam nampak hantu kecuali Eric yang duk goyang kaki macam kanak-kanak riang. Pengetua Ailer, Mr. Kirihara dan Miss Jain juga ada di situ...

  "Asal muka serious ni?" soal Eric tiba-tiba.  

Muka semua orang masa tu kecuali Eric

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muka semua orang masa tu kecuali Eric

Semua pandang Eric. Unbelievable, tak tau pulak manusia yang tinggal kat kubur ni tak takut apa-apa. Tapi, logik jugaklah sebab selama ni dia tinggal dengan mayat. Mayat kawan-kawan dia pulak tu. Hidup dengan patung rupa manusia lagi.

"Baiklah..." Pengetua Ailer memecahkan kesunyian. Dengan muka serius.

Semua mata tertumpu kepada Pengetua Ailer.

"Lawan kamu semua esok adalah The White Phantomhives" ucap Pengetua Ailer.

"Tahun lepas diorang dapat nombor tiga, jadi kita tak boleh pandang rendah dekat diorang" sambung Pengetua Ailer lagi.

"Pengetua" panggil Eric.

"Ya?" sahut Pengetua Ailer.

"Pengetua takkan lupa janji pengetua kan?" soal Eric.

Oh, damn. Dia keluarkan satu black energy yang boleh musnahkan seluruh dunia dengan sekali pergerakan.

"Hm..." Pengetua Ailer memandang Eric serius.

Eric membalas pandangan tersebut.

"Yang mana ek?" soal Pengetua Ailer sambil menggaru kepalanya.

"Pengetua janji saya boleh jumpa ayah saya!" jerit Eric sambil menhentak meja.

Terbelah dua.

"Nanti menang duit tu guna ganti meja ni balik ek" ucap Pengetua Ailer sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah meja a.k.a mangsa yang tidak bersalah.

Eric memandang tanpa mengubah reaksinya.

"Apalah kamu ni, mestilah saya ingat" balas Pengetua Ailer.

"Oh, ye ke?" soal Eric.

Tiba-tiba reaksi Eric jadi normal.

Inilah manusia cepat berubah...

"Tapi, pengetua" panggil Kei.

"Ya?" soal Pengetua Ailer.

"Kita ada satu masalah" balas Kei.

"Masalah apa?" soal Miss Jain.

"Kita takda uniform lagi" balas Kei.

"HAAAAHHHHH!!!!" jerit mereka serentak. Kecuali Eric yang masih tak tau apa...

"Uniform apa ni?" soal Eric.

Semua pandang Eric semacam. 

"Kalau kita takda uniform saya boleh buat, dekat tempat saya tinggal (kubur) ada satu patung yang saya reka ni memang khas untuk menjahit. Rasanya sehelai uniform boleh lengkap dalam seminit kot" balas Eric sambil menggoyang-goyang kakinya.

Angel Of SorrowWhere stories live. Discover now