Selamat tahun baru readers! Walaupun dah nak habis bulan Januari hehehe... Author cuti tahun baru dan kini author kembali (selepas mood menaip datang). Nampaknya kita sama-sama dah tua lah ya... Tahniah...
Keesokkan harinya, hari perlawanan antara 4 orang manusia.
"Korang dah ready?" soal Rean sambil memeriksa kelengkapan mereka.
"Dah!!!" jawab mereka serentak.
Tiba-tiba Harry terpandang 2 gelang berwarna hitam yang Eric pakai dekat kedua belah tangannya.
Muncul tanda tanya.
"Gelang apa ni, Eric?" soal Harry.
"Hah?" Eric memandang tangannya. Kemudian dia tersengih.
"Oh, selalu aku pakai kat lengang aku, melorot lah tu" balas Eric sambil membetulkan kedua gelang hitam itu ke lengannya kembali. Sebenarnya ada 4 benda tu, lagi dua kat kaki.
"Memang kau selalu pakai ke?" soal Harry dengan pelbagai jenis soalan.
"Memang selama ni aku pakai pun, kau je tak pernah nampak sebab lengan baju aku cover... kau nak nampak apa? Rean tahulah yang memang pakai benda ni sejak aku jumpa dia sebab kami sebilik" terang Eric dengan panjang sambil berharap tiada lagi soalan.
"Apasal kau pakai gelang tu?" soal Harry lagi.
Eric yang dari tadi amat berharap Harry tak tanya soalan tu. Namun apakan daya, soalan tu tetap keluar dari mulut Harry.
Pengacara Elaine: Harry Skywalker dan Hansel Blackdiamond, sila naik ke atas pentas untuk memulakan perlawanan sebentar lagi sekian terima kasih...
Dari jauh kelihatan Hansel lawan Harry sudah bersedia dengan weapon miliknya. Harry je tak ready-ready dari tadi. Bawa keluar weapon pun belum.
"Dah-dah cepat pergi! Lawan kau tunggu tu!!!" Eric mengambil peluang untuk mengelak soalan Harry.
"Ek eleh... aku tahulah kau nak elak soalan aku. Kau tunggu lah aku habiskan perlawanan ni..." ucap Harry sambil memandang Eric tajam.
30 minit selepas itu...
Pengacara Elaine: Pemenang bagi perlawanan pertama, Harry Skywalker!!! Dari kumpulan yang tak pernah dikalahkan lagi. Agaknya adakah selepas ini diorang akan dikalahkan?
Harry turun dari pentas perlawanan mencari Eric untuk bertanya tentang gelang tadi.
"Kau cari apa?" soal Rean.
"Eric mana?" soal Harry.
"Eh, kan dia tengah lawan tu?" balas Rean sambil menunjuk ke arah pentas lawan tadi.
Memang Eric tengah berdiri bersedia menanti lawannya.
Tapi, sejak bila dia diri dekat situ?
Harry mula berfikir pelik...
Eric yang tahu apa Harry tengah fikir tersenyum sebenarnya dia guna ability dia sikit tadi untuk menyorok dari pandangan Harry.
Masa Harry turun tadi memang Eric jalan betul-betul dekat sebelah dia.
"Hai!!!" tegur Victoria.
"Oh, hai" balas Harry yang masih memandang Eric dengan penuh kepelikkan.
"Apasal kau ni? Eric buat apa pulak?" soal Flora.
"Aku rasa Eric ada simpan rahsia lagi" balas Harry.
Semua budak perempuan memandang Harry serius.
"Rahsia apa pulak kali ni?" soal Kei.
"Berapa banyak rahsia sebenarnya yang dia ada?" soal Flora.
Harry menceritakan apa yang berlaku tadi termasuk Eric hilang tadi.
"Sejak bila pula dia hilang?" soal Rean mencelah mendengar perbualan mereka. Tiba-tiba muncul tak ucap apa. Agaknya boleh jadi hantu yang berjaya dia ni.
"Tadi. Masa aku turun pentas tengok-tengok dia dah ada atas pentas, aku tak nampak dia lalu pun" balas Harry.
"Itu kau punya salah" balas Rean.
"Apasal pulak" balas Harry.
"Elok-elok dia jalan sebelah kau masa kau turun pentas tadi. Kau turun, dia naik" balas Rean.
"Eh, aku tak nampak siapa-siapa pun masa aku turun tadi!" balas Harry terkejut.
"Aku pun ada satu teori untuk korang ni" celah Flora.
"Apa dia?" soal mereka.
"Korang perasan tak yang dia sebenarnya ada guna banyak ability sedangkan null magic boleh keluarkan satu jenis magic je seorang" balas Flora.
"Yeke? Asal aku tak perasan?" balas Victoria.
"Cuba ingat balik apa ability dia" balas Flora.
1. Hearing Ability
2. Healing Ability"Apa lagi?" soal Victoria.
"Aku tak tahu, tapi setiap kali kita dilanda masalah mesti dia selesaikan dengan magic yang pelik-pelik" balas Harry.
"Ni ke kuasa caveman?" balas Rean
Sebab Eric dah lama tinggal dekat tengah-tengah hutan yang ada kubur sahaja ke dia boleh jadi superhuman?
"Pelik, pelik, pelik" ucap Victoria sambil menggeleng kepala.
"Kan?" balas Flora.
"Lagi satu tentang gelang hitam yang dia pakai" sambung Harry.
"Yang dia pakai kat tangan dengan kaki dia tu?" soal Rean sambil teringat yang dia pernah nampak Eric pakai benda tu. Tak pernah buka-buka.
"Kau tahu ke apa guna benda tu?" soal Victoria.
"Dia pakai kat kaki dia jugak?" soal Harry pelik.
"Ada 4 benda tu, tangan kaki kanan, tangan kaki kiri" balas Rean sambil menunjuk ke arah tangannya sendiri. Buar demo.
"Macam mana kita nak korek rahsia dia sampai kering?" soal Kei dengan serius selepas mendengar semua benda ni.
"Hehehehehe...." mereka semua ada reaksi wajah yang jahat.
Eric yang tengah lawan atas pentas sengaja melambatkan kemenangan dia sebab dia dapat rasakan blood lust yang menanti dia.
"Matilah aku nanti" ucap Eric.
"Ya, memang mati kau nanti aku kerjakan kau!" ucap Goldilocks dengan semangat. Kecil-kecil cili padi dia ni.
Budak perempuan ni dah kenapa? Dengan suara cute macam tu aku tak tahu nak gerun ke apa... Tak dapat rasa ancaman.
"Apa pun macam mana aku nak elak semua ni?" balas Eric.
"Cuai lah tadi, macam mana tak perasan gelang tu jatuh" balas Eric sambil gelisah memikirkan langkahnya nanti.
"Apa yang kau bebel seorang-seorang tu!" jerit Goldilocks marah. dengan cute...
Goldilocks melancarkan serangannya sewaktu Eric sedang sibuk fikir benda lain.
"Matilah aku habis perlawanan ni" ucap Eric yang masih tak sedar bahaya yang datang ke arahnya.
Ada dua ancaman sebenar menanti dia...
See you next chapter...
YOU ARE READING
Angel Of Sorrow
FantasyEric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang. Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar be...