Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang.
Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar be...
"Jadi siapa yang sebenarnya akan train kitorang?" soal Eric.
"Miss Jain lah..." balas Pengetua Ailer.
"What?" soal Eric.
"Asal, Eric" soal Victoria.
"Kau tak ingat ke yang dia tak suka kat aku?" soal Eric sambil berpura-pura menggigil.
Harry menepuk bahu Eric.
"Nasib kau lah" senyum Harry.
"Jadi, bila korang nak start berlatih?" soal Pengetua Ailer.
"Petang ni kot" balas Kei.
"Oh yelah, lupa nak tanya... kenapa orang yang terlibat ni semua tak payah masuk kelas?" soal Eric.
"Sebab nak tumpu untuk game nilah, lagipun saya tak rasa kita perlu risau" balas Pengetua Ailer sambil ketawa.
"Kenapa?" soal Eric yang tidak memahami maksud sebalik ketawa pengetua itu.
"Aku dapat nombor satu dalam entrance exam" ucap Harry.
"Dua" ucap Flora.
"Tiga" sambung Victoria.
"Satu" ucap Kei pula.
Tiba-tiba semua pandang Rean.
Rean tunjuk ke arah diri sendiri.
"Satu" senyum Rean.
Ternganga mulut Eric. Oh, semua pandai-pandai belaka ke?
"Kau Eric? Masuk sini takda exam ke?" soal Rean.
Eric memandang Pengetua Ailer.
"Dia special case" senyum Pengetua Ailer muka tak bersalah.
Eric mula bersa curiga. Suspicious pengetua ni... dia kenal ayah Eric tapi nak jumpa ada syarat. Tiba-tiba arah Harry dan Flora hantar surat jemputan kepada Eric sedangkan takda siapa tahu Eric hidup dekat situ.
Just how?
"Suspicious lah orang tua ni" ucap Eric tiba-tiba.
"Pengetua muda lagi apa?" soal Victoria.
"Tak boleh percaya paras rupa, aku pun nampak muda" ucap Eric.
"Tapi kau memang muda lagi pun. Binatang apa yang kau merapu ni" sambung Rean.
"Oh, yelah..." Eric menepuk dahinya.
"Kalau macam tu, sampai sini je. Kita kaji dua team dulu buat masa ni" ucap Kei.
"Pengetua kami pergi dulu" ucap mereka serentak.
"Semoga berjaya petang nanti!" lambai pengetua.
Victoria, Kei dan Flora berjalan ke arah kanan manakala budak lelaki ke arah kiri. Balik dorm lah!! Rehat cukup-cukup sebelum kena belasah petang sat lagi!
"Erm, tumpang tanya. Kat mana saya boleh cari Eric?" soal seorang budak lelaki kepada Victoria.
"Oh, dia pergi arah sana" balas Victoria sambil menunjuk ke arah belakangnya.
"Siapa tu? Tak pernah nampak pun?" tegur Kei.
"Entah" Victoria mengangkat kedua bahunya.
"Tu classmate kita lah, dia duduk hujung sekali dan jarang bercakap" balas Flora.
"Eric!!" panggil budak lelaki itu dengan kuat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.