Eric diarahkan berjumpa anak King Hector untuk berkenalan. Dia juga tertanya bagaimana perangai si putera ini.
Baik ke....
Dia ni villain ke....
Rasa macam terlupa sesuatu, apa ya? Haah lah!!! Gi mana boleh lupa sihhh... Apa jadi kat count yang Eric tangkap sebelum dia tidur tu.
Apa pun nantilah.
"Hello ada siapa-siapa ke kat sini" ucap Eric sambil memandang kiri dan kanan dalam rumah hijau tu. Atau lebih tepat lagi, garden tertutup.
Takda siapa menyahut panggilan Eric.
Eric hanya berjalan bermundar-mandir mencari kelibat si putera tersebut.
'Mungkin dia belum sampai lagi'
Eric masih berjalan-jalan menikmati keindahan alam tersebut.
"Banyaknya tumbuhan rare dalam ni" ucap Eric sambil memegang sekuntum bunga yang berwarna maroon.
Argh!!!!
Tiba-tiba dia terdengar jeritan seseorang. Dia terus berlari pantas mendengar bunyi tersebut dari arah kirinya
Al maklumlah taman ni besar, sebesar padang sekolah... Siap ada maze lagi. Jangan risau korang akan jamin tersesat.
"Tuanku, tuanku. Bersabar, patik akan segera meminta bantuan" ucap salah seorang pengiring perempuan Prince Daniel.
Eric sampai dan terus memahami situasi tersebut.
"Dia ditelan oleh mana dia. Nada degupan jantung turun 45%, energy 55% left" ucap Eric.
"Kamu ni siapa hah!" ucap salah seorang pengawal yang tidak sedar akan kehadiran Eric kerana terlalu khusyuk risau akan keadaan Putera Daniel.
"Eric Weatherail" balas Eric.
Dengan pantas dia mengukir 4 buah shackles baharu time tu jugak untuk supress mana Putera Daniel.
Pengiring dan pengawal tersebut hanya membenarkan Eric melakukan apa sahaja demi selamatkan putera mereka. Kalau panggil bantuan belum tentu diorang tahu nak buat apa.
Satu kerajaan tahu yang tiada siapa mampu tolong Daniel untuk mengawal mana dia.
*macam pelik letak putera, prince bagai ni jadi author tak letak lah*
Selesaikan memasangkan keempat-empat sekali gus, keadaan Daniel berubah menjadi normal secara perlahan-lahan.
"Janie....Alfred...." panggil Daniel terhadap dua orang pembantunya itu.
"Ya, tuanku!" balas mereka serentak.
"Tolong angkatkan beta semula ke atas?" pinta Daniel.
*sebenarnya author tak tahu kalau putera masih lagi guna beta ka?*
Daniel terus duduk semula di tempat duduk asal sebelum dia terjatuh rebah tadi.
Dia cuba menyesuaikan diri dengan shackles tersebut.
"Terima kasih" ucap Daniel sambil memberikan senyuman manis.
"Sama-sama" balas Eric sepatah-sepatah.
•••
Diorang stare sesama sendiri sebab tak tahu nak kata apa. Awkward lah katakan.
Daniel cuba memecahkan situasi janggal tersebut dengan bertanyakan soalan
"Boleh kita cakap dengan bahasa biasa?" soal Daniel.
"Saya takda masalah" balas Eric.
"Nama saya Daniel Alfheim. Prince of Everglades Kingdom" ucap Daniel memperkenalkan dirinya.
"Eric Weatherail, student of Evangelion Academy" balas Eric.
Daniel terus bertanyakan soalan yang terbuku dalam hatinya sejak dia dapat tahu tentang Eric melalui ayahnya.
"Saya nak tanya, betul ke kita sebaya? Dari mana kau belajar ancient spells? Kenapa family name kau masih Weatherail?" soal Daniel.
"Ya, kita sebaya betul. Second, mungkin dari family angkat aku. Third, aku lupa nak tukar"
Dengan pendek kata Eric ceritakan segala situasi dia dari A sampai Z. Macam mana dia boleh ketinggalan..
Macam mana dia survive.
Penipuan pengetua Ailer...
Segalanya berputar belit.
Daniel hanya mengangguk faham dari awal hingga habis.
"Oh, begitu rupanya" balas Daniel.
"Saya rasa saya pewaris terakhir ancient spells sebab bila saya keluar je dari situ. Semua orang macam pepatah melayu ada mengatakan bagai rusa masuk kampung" ucap Eric.
Bagi Eric, ancient spells tu biasa sebab semua orang dalam family angkat dia reti guna.
"Sebenarnya ayah saya ada lantik dua kumpulan experts khas untuk pulihkan semula kegunaan ancient spells" ucap Daniel.
"Satu kumpulan untuk cari orang yang masih boleh guna ancient spell dari negara mana pun. Lagi satu untuk kaji ancient spells" sambung Daniel lagi.
Hm....
Maksudnya nanti Eric akan ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen ke.
Bahaya nih...
Apakah nasib yang akan menanti Eric?
Nantikan perenggan seterusnya...
"Maksudnya aku akan jadi bahan uji kaji ke?" soal Eric selepas mendengar penjelasan Daniel.
"Eh!! Tak lah. Takkan kami nak buat macam tu. Ayah saya mungkin akan minta bantuan kau. Tapi tu bergantung kepada kau kalau nak bekerjasama. Ayah saya tidak suka memaksa" balas Daniel sambil tersengih.
Baguslah...
Ah, lapar lah pulak.
Dah berapa kurun tak makan nih.
Atas meja ada macaroon. Nak ambil ke tidak...
Eric hanya memegang perutnya sambil memandang macaroon yang menjadi hiasan atas meja. Nak makan nanti kurang ajar pulak.
"Lapar ke?" soal Daniel yang perasan ke mana Eric memandang.
"Ni hiasan ke boleh makan?" soal Eric berterus terang.
"Makan jelah memang saya sedia untuk dimakan kot takkan nak jadi hiasan je atas meja" balas Daniel kemudian ketawa.
Kalau macam tu memang Eric ngap dulu lah. Tanpa melengahkan masa, Eric memasukkan dua macaroons tersebut ke dalam mulutnya tanpa berfikir.
Bila dah lapar, fikir apa pun tak rasional.
"Saya rasa kita macam boleh jadi kawan rapat tahu" ucap Daniel.
"Apa maksud kau?" balas Eric.
"Sama-sama kuat makan" ucap Daniel bila dia teringat yang dia makan dua pinggan besar penuh macaroon kat ruang hidang istana.
Eric memandang Daniel.
"Betul ke kau kuat makan ni?" soal Eric.
"Ha!" balas Daniel.
Diorang bertepuk tangan high five sesama mereka.
"Boleh jadi geng" balas mereka serentak.
Apa agaknya yang akan jadi dekat hubungan persahabatan diorang yang baru nak jadi ni?
Dan nantikan nasib count apa tah author lupa nama!
Ciao..
YOU ARE READING
Angel Of Sorrow
FantasyEric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang. Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar be...