Chapter 34: Malicious Intent

4.4K 345 18
                                    

"Dapat pun lari..." ucap Eric selepas dapat melepaskan diri dari mereka.

"Lari dari siapa?" soal seseorang dengan senyuman.

Ehh?!

"Oh, mak ke... ingat siapa lah tadi.." ucap Eric lega.

"Mana kawan-kawan kamu? Ayah kamu kata dia nak jumpa kamu semua tadi" ucap Julia mengingat kembali kata-kata suaminya tadi.

"Oh, ada.. Semua orang ada dekat sana sekali dengan pengetua..." balas Eric sambil tersengih. 

Kring!!!!

 Kring!!!!

Telefon Julia berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Hello?" ucap Julia selepas mengangkat panggilan tersebut.

"Sayang, jangan cakap ni abang! Kami nak tangkap Eric, dia ada dengan sayang ke?" soal Pengetua Ailer dengan gelabah.

Kelima-lima pelajar yang masih muda dan single memandang Pengetua Ailer. Apa sayang-sayang? Kat rumahlah!

Julia memandang Eric sambil berkata.

"Ya, Hailey? Nak apa?" berlakon Julia yang berkomplot dengan suaminya.

"Guna magic sayang yang untuk tangkap orang tuh" arah Pengetua Ailer yang memahami bahawa isterinya setuju untuk berkomplot.

Puan Julia tersenyum jahat dan memandang Eric.

Eric yang dapat mengagak apa yang berlaku cuba melarikan diri lagi.

"Stope" ucap Puan Julia ke arah Eric.

Eric mengelak dengan mudah dan terus berlari laju.

"Jangan ingat kamu boleh terlepas!" ucap Julia sambil mengejar Eric.

Mak dan anak main kejar-kejar...

Tiba-tiba satu cahaya terang menerangi langit.

Eric dan maknya berhenti melihat langit.

"Eh?" soal Eric melihat fenomena tersebut.

Semua orang memandang langit secara serentak. Tiada tempat yang telepas dari cahaya terang tersebut.

Baaaammmm!!!!

Langit yang cerah tadi menjadi gelap tanpa sebarang petanda. Puan Julia mencapai Eric sambil panik melihat sekeliling mereka.

"Eric! Apa jadi ni?" soal maknya sambil bersiap sedia untuk berperang kalau-kalau cahaya tersebut adalah serangan musuh.

"Mak, cuba call pengetua kat sana" cadang Eric sambil berwaspada.

Puan Julia mengikut cadangan Eric.

"Tak dapat!" balas Puan Julia tak lama selepas itu.

Satu portal berwarna biru muncul di bawah mereka, Eric yang sedar tentang portal itu melakukan cancel spell.

"Aerdians..." ucap Eric sambil menghala tangannya ke bawah. 

Spell tersebut terus hilang tanpa sebarang kesan.

Puan Julia terpinga-pinga kerana tidak tahu apa yang dilakukan Eric tetapi dia faham yang Eric sedang menyelamatkan mereka berdua.

Eric memandang kawasan sekeliling mereka yang masih gelap, dia dapat merasai satu ancaman besar akan berlaku kepada mereka berdua.

"Mak, pegang Eric kuat-kuat! Kita akan teleport dekat diorang" Puan Julia terus memegang tangan Eric dengan kuat.

"Spell: Aeplh..." ucapnya perlahan.

Angel Of SorrowWhere stories live. Discover now