Chapter 25: Let the Games Begin

4.8K 384 11
                                    

"Kita dapat uniform last minute, elok-elok time hari nak lawan" ucap Victoria kepada Flora.

"Kenapa aku pun kena pakai?" soal Kei.

"Bukan semua wajib pakai ke?" soal Victoria pula.

Semua pelajar perempuan keluar setelah siap memakai uniform mereka. 

"Oh, baru siap?" soal Harry sambil tersenyum.

"Cantiknya korang" puji Eric.

Ketiga-tiga mereka memandang Harry.

"Contohi lah Eric" ucap mereka serentak.

Rean, Marry dan Shion turut berada di situ.

Pengetua Ailer masuk ke ruang persalinan untuk berjumpa mereka.

"Dah siap?" soal Pengetua Ailer.

"Dah!!!" jawab mereka bersemangat.

"Eric, aku nak tanya satu benda ni" ucap Flora sebelum bertanya.

"Apa dia?" soal Eric.

"Macam mana kau tahu saiz kitorang?" soal Flora.

Tiba-tiba semua pandang Eric serentak. Diorang pun tertanya macam mana baju tu muat-muat.

"Biar saya jelaskan" celah Marry.

Ehem!

"Mata saya ada sistem scanner yang membolehkan saya mengetahui maklumat orang yang saya scan, segala maklumat lengkap tersedia dengan sekali scan" ucap Marry sambil tersenyum manis.

"Oh, kau memang boleh buat apa sahaja ek?" soal Harry kepada Eric.

"Segalanya tak mustahil kalau cuba" balas Eric.

"Eric, Shion dan Marry tidur mana semalam?" soal Victoria.

"Nina tidur dengan aku, Marry tidur dengan Lyla lah" balas Eric.

"Kenapa kau panggil Shion Nina?" soal Rean tiba-tiba.

"Mana boleh bagitahu" Eric tersenyum licik.

Pengetua Ailer membuat muka seperti ingin bertanya sesuatu.

"Pengetua macam nak tanya something je pengetua?" soal Eric.

Pengetua Ailer tersentak. Dia tak tahu reaksi muka dia senang buat orang faham apa dalam kepala dia.

"Berapa banyak patung kamu ada?" soal Pengetua Ailer.

Eric memandang jarinya cuba mengira.

Hm...

"Entah, saya pun tak tahu. Lyla tahu lah kot, tapi sekarang Lyla dekat tempat duduk penonton" balas Eric.

"Aku rasa kau lebih putera dari aku" perli Harry.

"Kenapa pulak?" soal Eric tidak faham.

"Setiap patung kau untuk lengkapkan hidupan harian kau kan? Lyla patung servant kau, Marry jadi tailor, Shion jadi kenderaan. Lepas tu kau mesti ada untuk mandi, untuk tidur, untuk masak, untuk bla...bla..bla..." membebel Harry.

"Eric tak tahu bilangan rekaan dia sendiri mesti sebab patung dia banyak sangat" tambah Victoria pula.

Semua pandang Eric dengan curiga.

"Aku pulak terfikir, besar betul keluarga Weatherail ni. Sebab patung-patung Eric semua guna nama Weatherail. Tak terkira pulak tu" gelak Rean.

Semua ketawa dengan lawak Rean.

Ada betulnya jugak.

"Kau mesti kadang-kadang terlupa nama patung kau sendiri" ucap Flora.

Eric terdiam dan tersenyum.

"Tak, nicknames ke real names ke... semua aku ingat macam Shion!" balas Eric.

Pengacara: Labyrinth of the Black Wolves dan The White Phantomhives sila bersedia di tapak perlawanan dengan segera, sekian terima kasih.

"Kamu semua bersedia?" soal Pengetua Ailer.

"SEDIA!!!" jerit mereka bersemangat.

Mereka semua bergerak serentak. Sorakan penonton menceriakan suasana. Dari arah yang berlawanan mereka dapat melihat lawan mereka memakai uniform berwarna merah dan kuning.

 Dari arah yang berlawanan mereka dapat melihat lawan mereka memakai uniform berwarna merah dan kuning

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Ingat lawan masing-masing, jangan main serbu pulak" pesan Pengetua Ailer sebelum duduk di tempat penonton. khas...

"Okay, macam kita rancang..." ucap Kei.

1. Victoria Evergarden vs Adham Quinn
2. Flora Blackgarden vs Maria Wellraez
3. Harry Skywalker vs Niel Phantomhives
4. Eric Weatherail vs Ciel Phantomhives

Pengacara: Victoria Evergarden and Adham Quinn sila bersedia dengan weapon anda.

"Semoga berjaya!" ucap Kei dan Rean kepada Victoria.

Victoria mengangguk faham. Dia mengambil beg weapon dia dan bergerak ke atas pentas.

Victoria dan Adham mengeluarkan weapon masing-masing dan bersedia di tengah pentas perlawanan.

*Stares*

Macam perlawanan menjeling.

Pengacara: The Fight will begin in 3, 2, 1 START!!!

Fwoooosshhhh!!!!

Adham mengayun weapon miliknya. Angin yang kuat dapat dirasai oleh Victoria.

Victoria berdiri tegak tidak bergerak memerhatikan gerak geri pihak lawannya.

Adham berlari ke arah Victoria untuk menyerang.

"Yarrgh!!!!" jerit Adham sambil berlari.

Fwoooooopppp!!!!

Guess what?

Victoria terus berlari dan berada tepat di belakang Adham tanpa disedari. Bilah dagger Victoria terus berada tepat di leher Adham.

Adham mengangkat tangan tanda mengaku kalah.

Pengacara: Victoria Evergarden from Labyrinth of the Black Wolves win!!!

Ucap pengacara tersebut mengumumkan kemenangan Victoria.

No wonder Kei cakap kalau kalah kat diorang memang memalukan...

"Wow, dia boleh jadi assassin yang berjaya" komen Flora.

Eric menarik bahu Harry.

"Lepas ni kita kena berhati-hati tak buat dia marah" bisik Eric

Harry mengangguk setuju.

"Buat siapa marah hah?" soal Victoria di hadapan mereka.

Pengacara: Kau tak tengok tadi! Budak perempuan amazing!!! Laki tu macam fwooosh dan dia pulak fwoop!

Seluruh manusia yang mendengar pengumuman itu memandang ke arah mereka.

Ehem!

Pengacara: Flora Blackgarden and Maria Wellraez sila ke pentas bersama weapon anda.

Seluruh tempat perlawanan tergelak kecil melihat pengacara itu bercerita kepada kawan sebelah dia. Bersungguh betul bercerita.

"Bak kata Boboiboy... TERBAIK!!!!" ucap Eric ketawa.

Angel Of SorrowWhere stories live. Discover now