Chapter 30: Revenge Time

4.9K 348 12
                                    

Mereka semua mengambil tempat di meja yang memuatkan untuk 8 orang.
Pengetua Ailer mengambil tempat di sebelah kanan isterinya, Julia.

Flora dan Harry duduk disebelah kiri Puan Julia. Eric, Victoria, Rean dan Kei duduk bertentangan dengan mereka.

"Kamu order lah apa-apa. Saya belanja" ucap Pengetua Ailer.

"Semua, order mahal-mahal. Revenge untuk aku sebab dia tipu kami berdua (Eric & Julia)" arah Eric sambil memandang tajam ke arah mereka.

Semua mengangkat tanda 👌 sambil mencari menu termahal.

"Haih, order jelah..." Pengetua Ailer mengalah. Apa-apa jelah.

"Saya nak Big Lamb Chop dengan Strawberry Milk Shake" order Victoria.

"Saya pula nak... Special Burger, French Fries dengan Lemon Tea" ucap Harry.

"Saya nak, set nombor 4" order Flora.

"Tapi cik, tu set untuk 2 orang" ucap pelayan itu menegur takut Flora tidak perasan.

"Saya tahu" balas Flora tanpa sebarang reaksi.

"O-okay..." pelayan itu hanya mencatat.

"Saya nak Chicken Chop dengan Special Chocolate Milk Shake" ucap Kei.

"Lagi?" soal pelayan itu sambil mengira jumlah pesanan.

"Saya mahu, Chicken Chop jugak dengan Ivy Tea tambah Vanilla Ice Cream" order Rean.

"Saya nak order Special Lamb Chop dengan Aqua Ice Tea" ucap Julia.

"Habislah aku" ucap Pengetua Ailer.

"Saya nak Special Steak dengan Orlande Ice Cream Tea" ucap Pengetua kepada pelayan tersebut.

Tinggal Eric sahaja tidak berkata apa-apa lagi. Masih serius merenung menu di tangan.

"Eric, kau nak order apa?" soal Harry.

"Aku nak, Special Lamb Chop 2, Special Saers Ice Cream 3, dan... Erlan Tea" senyum Eric kepada pelayan tersebut.

"Encik past-"

"Ya, saya pasti saya order yang saya kata tadi" ucap Eric dengan yakin.

"Eric, kalau kamu nak revenge pun jangan lah membazir" ucap Pengetua Ailer.

"Pengetua, pengetua biar ja dia. Saya rakan sebilik dia, saya tahu dia boleh habis ke tak" ucap Rean.

"Membazirlah nampaknya...."

2 Jam Selepas itu...

Shing!

Semua pinggan hidangan berkilat seperti sudah dibasuh.

"Oh, wow" ucap Harry melihat Eric makan.

"Makanan kita yang tak habis pun dia tolong habiskan" ucap Rean.

"This is the true monster" ucap Harry.

Semua ternganga melihat Eric.

Pelayan yang mengambil pesanan mereka tadi datang memberikan bil.

"Encik, semua sekali ***********" ucap pelayan itu dengan senyuman.

Jumlahnya terlalu banyak sehingga perlu di-sensor kepada pembaca.

Pengetua Ailer seperti kehilangan nyawa.

Mereka kini berjalan ke tempat kereta diparkir.

"Kau baru je makan banyak, tapi tengok perut kau" Harry menyelak baju Eric sehingga semua boleh nampak.

Kempis macam tak makan apa-apa dan berotot.

"Tutup Harry, buat sakit mata je. Sampai budak perempuan pun jealous dengan pinggang ramping dia tu" balas Rean.

"Kami pun tak mampu nak ada pinggang seramping tu" ucap Victoria.

"Dah lah kuat, rupa pun elok, makan tanpa takda traffic light merah, body perfect!" ucap Harry yang kedengaran jealous.

"Jealous ke?" Eric mengangkat-angkat keningnya.

*****

"Penuhnya stadium hari ni?" soal Eric melihat kerajinan manusia lain datang jauh-jauh semata-mata nak tengok diorang berlawan.

"Biasalah, kau tak tahu ke kau dah viral sekarang?" soal Rean sambil memandang Eric.

"Viral?" soal Eric.

"Penyakit apa tu?" soal Eric yang baru first time dengar perkataan viral.

"Viral tu nak dekat sama dengan popular lah... Kiranya hampir semua orang tahu pasal kau!" balas Rean.

"Kenapa? Aku ada buat salah ke?" soal Eric ketakutan.

"Kau ni bangang tahap dewa pun... kan semalam kau selamatkan kita semua termasuk penonton dekat stadium. Mestilah diorang sebarkan pasal tu" ucap Rean menerangkan situasi.

"Tak jugak lah" ucap Victoria.

"Eh, kenapa?" soal Rean.

"Pihak lawan kita lepas ni semua royalty. Dengan kekuatan Eric, mestilah perlawanan ni perlawanan yang sengit!" ucap Victoria dengan semangat.

"Oh, begitu ke?" soal Rean.

Patutlah.

Banyak betul Royalty dalam kumpulan Lair of the Scarlet Warrior.

"Korang cepat kumpul nak rancang strategi!!" jerit Kei dari jauh ke arah mereka bertiga.

"Ya!!" jawab mereka serentak.

Mereka gegas berlari ke arah yang lain untuk membincangkan strategi.

"Okay untuk perlawanan seterusnya ni, plan kita akan jadi macam ni..." ucap Kei.

•Goldilocks Brown (4)
•Hansel Blackdiamond (2)
•Anna Blue (3)
•Peter Rosewood (1)

•Eric Weatherail (4)
•Harry Skywalker (3)
•Flora Blackgarden (2)
•Victoria Evergarden (1)

"Kenapa diorang tukar nombor 2 dengan 3?" soal Victoria.

"Diorang ambil risiko mudah" balas Kei.

"Risiko mudah?" soal Victoria kembali.

"Cuba tengok, Flora akan lawan orang terkuat nombor 2 dan Harry akan lawan orang terkuat nombor 3. Nombor satu tetap nombor satu. Mesti sebab diorang dah tahu kekuatan Eric" balas Kei.

"Kenapa kita tak ubah jugak?" soal Flora.

"Sebab kita tak request awal-awal. Tak boleh tukar last minute. Lagipun kita tak perlu tukar. Strategi ni strategi paling kukuh untuk kita" ucap Kei dengan yakin.

Semua mengangguk faham.

Open it if you feel upset :)

Angel Of SorrowWhere stories live. Discover now