Chapter 37: King Hector Arrival

3.9K 313 4
                                    

Harry berjalan memasuki bilik tersebut untuk memeriksa keadaan Eric. Dah sedar ke belum. 

"Oh, kau dah sedar!" ucap Harry melihat Eric membuka matanya.

Eric memandang Harry dengan muka menyampah.

"Bagi aku tidur lagi" balas Eric.

Dia menarik selimut berwarna putih tersebut menutup tubuhnya.

Harry berlari menarik selimut tersebut.

"Woi, dah! dah! Bangun!!!!" jerit Harry.

Eric pun tidak mahu mengalah, tetap cuba sambung tidur sambil main tarik selimut dengan Harry.

"Bangun aku kata!!!" jerit Harry lagi.

"Ya" balas Eric.

Tapi, Eric masih tidak melepaskan selimutnya.

"Ya, saja. Tapi tak bangun pun!!!" jerit Harry.

Seseorang masuk ke dalam bilik tersebut lalu memerhatikan pergaduhan tersebut. Dia tersenyum kecil.

"Putera Harry, biarlah dia tetap berada di katilnya. Biar beta bercakap dengan dia di sini sahaja" ucap King Hector yang tersenyum kecil sebentar tadi.

Eric yang mendengar perkataan beta tersebut sudah dapat mengagak siapa yang memasuki bilik tersebut tanpa membuka mata.

"Tapi, tuanku....." Harry teragak-agak. King Hector ialah orang yang paling berkuasa di dunia kerana wilayah dia paling besar. Tu tak termasuk kerajaan yang dia lindungi lagi.

"Apa kata kita drop je tittle semua ni. Beta pun dah lama tak bercakap macam orang biasa" cadang King Hector sambil tersenyum.

Harry tak dapat menolak.

"Baik tuanku" balas Harry.

King Hector menarik sebuah kerusi dari meja di kirinya dan meletakkan kerusi tersebut di sebelah katil Eric.

"Boleh saya tahu apa nama kamu?" soal King Hector sambil tersenyum.

Eric tetap cuba tidur walaupun King Hector tengah berbual dengan dia.

"Eric" balas Eric yang masih degil nak tutup mata dia.

"Eric, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan kami. Saya dengar kamu ada guna teleport magic datang sini. Kalau kamu semua tak datang tadi mesti satu kerajaan ni musnah sebab anak saya" ucap King Hector sambil memikirkan kejadian itu semula.

"Apa maksud tuanku?" soal Eric yang tiba-tiba bangun lalu memandang wajah King Hector.

"Anak saya, dia ada mana yang terlalu banyak. Malangnya dia tak mampu kawal kuasa dia. Masa kejadian tu, sebenarnya dia hampir-hampir nak guna kuasa dia untuk lawan semua makhluk tu. Tapi nasib baik saya sempat halang dia. Nak taknak saya kena lawan juga dengan makhluk tu" balas King Hector.

"Kenapa tuanku ceritakan saya semua benda ni?" soal Eric.

King Hector tersenyum.

"Saya tahu kamu ada mana yang banyak macam anak saya. Bezanya kamu pandai kawal mana kamu. Shackles yang kamu pakai tu sebenarnya dah tak berfungsi ratusan tahun dah kan? Kamu hanya guna supaya kamu rasa selamat" balas King Hector sambil menuding jari ke arah shackle yang berada di tangan kanan Eric.

"Macam mana tuanku...." Eric ternganga. Ayah dia pun tak tahu. Macam mana King Hector tahu semua ni dengan hanya berjumpa dia sekali sahaja?

"Saya ingat lagi masa kamu lahir dulu, saya ingatkan kamu dengan anak saya akan jadi kawan dari kecil sebab kamu berdua sebaya" sambung King Hector lagi mengimbau masa lalu.

"Maksudnya tuanku ni...." Eric meneka.

"Ya, saya immortal macam kamu" balas King Hector.

Harry yang mendengar cerita tersebut sedikit terkejut. Dia tahu King Hector ni immortal. Tapi dia tak sangka pula yang King Hector ni kenal Eric sejak dia kecil.

"Eh, saya ingatkan keluarga kami je yang immortal" ucap Eric yang tidak pernah tahu benda-benda penting tentang sejarah keluarga dia.

"Nak buat, macam mana? Masa tu kamu kecil lagi. Lepas mak kamu lahirkan kamu tiba-tiba satu family kamu pindah dari kerajaan ni. Saya pun lost contact dengan family kamu" balas King Hector.

Eric memproses segala maklumat yang dia terima.

"Maksudnya, tuanku tak tahulah yang mak dan ayah saya buang saya dekat hutan seorang-seorang?" soal Eric.

King Hector terkejut. Dia tidak sangka kawannya itu sanggup buang anak sendiri.

"Maksudnya selama ni kamu tak tinggal dengan mak ayah kamu?" soal King Hector lagi.

"Tak" balas Eric.

Harry yang mendengar ingin membetulkan sesuatu.

"Eric, aku rasa kau salah faham ni" sampuk Harry.

"Apa yang salah?" soal Eric memandang Harry.

"Untuk pengetahuan kau, pengetua ada cerita kat aku pasal anak dia iaitu kau. Dia kata dulu dia dalam pelarian sebab ada beberapa pihak tengah kejar dia untuk arah dia lakukan satu tugas. Jadi dia lari dari kerajaan ni asalnya. Lepas tu....."

Eric mencelah.

"Habis kenapa dia tak bawa aku bersama? Penjaga aku yang jaga aku dulu kata, aku ditemui dekat bawah sepohon pokok tanpa apa-apa melainkan sehelai kain yang menutup tubuh aku" ucap Eric.

"Ish, kau ni bagi aku habiskan cerita! Mak dan ayah kau boleh lindungi diri diorang. Tapi diorang takut kalau pihak lawan ambil kesempatan dengan adanya kau. Jadi diorang sorokkan kau. Tapi bila diorang cari kau balik, kau dah takda" sambung Harry.

"Macam mana diorang tak jumpa aku sedangkan tempat aku tinggal tu dekat?" soal Eric lagi.

"Marrygold Forest" ucap King Hector.

"Tu ke nama hutan yang kamu tinggal Eric?" soal King Hector.

"Sekarang nama dia lain, tapi tulah nama lama dia" balas Eric.

"Kamu tahu kenapa tiada orang pernah pergi Marrygold Forest??" soal King Hector.

"Kenapa?" soal Eric.

"Sesiapa yang pernah masuk hutan tu tak pernah keluar sebab diorang akan sesat" balas King Hector.

Sebagai seorang raja mestilah dia tahu tentang hutan larangan tu. 

"Habis macam mana Harry dengan Flora datang dan bawa saya keluar?" soal Eric sambil memandang Harry denganpenuh tanda tanya.

"Tu....."

Bye, see you again next time

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bye, see you again next time. If im still awake and alive or able to type......

Tomorrow can be the best day in my life or the worst day in my life so far. Just hoping nothing extraordinary happen on the fiesta day. 

Really.

I mean it. :(

Angel Of SorrowWhere stories live. Discover now