Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang.
Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar be...
Eric memakai jacket kuning dan seluar jean biru manakala Rean memakai kemeja merah dan sepasang seluar berwarna hitam.
Mereka bersama-sama menunggu yang lain turun. Mereka mengambil tempat duduk yang disediakan di lobi hotel.
"Kau okay?" soal Rean.
"Boleh lah..." balas Eric dalam nada yang malas.
"Kenapa marah lagi? Susah sangat ke nak terima kenyataan yang Pengetua Ailer tu ayah kau?" soal Rean.
"Mestilah, dah berapa kali aku jumpa dia. Tapi sekali pun aku tak pernah tahu yang dia tu sebenarnya ayah kandung aku" balas Eric.
"Aku faham perasaan tu. Perasaan tu macam kau baru belajar kewujudan math..." balas Rean sambil menepuk bahu Eric.
Eric ketawa.
"Betul lah tu" balas Eric semula.
Victoria, Kei, Flora menghampiri Eric dan Rean. Mana Harry ni?
Victoria yang memakai dress berwarna biru dan stoking hitam panjang membuatkan dia nampak tinggi seperti model.
Kei pula memakai blouse berwarna hijau pastel dan skirt yang sepadan menampakkan dia lebih elegan.
Flora pula memakai jacket berwarna hitam dan kaca mata bulat membuatkan dia nampak comel dan bersahaja.
"Hai, Eric dan Rean. Dah lama ke tunggu kami?" soal Victoria menegur mesra.
"Tak lama mana pun" balas Rean.
"Kau okay?" soal Victoria kepada Eric.
"Aku okay, cantik korang bertiga petang ni. Victoria nampak macam model, Kei nampak elegan dan Flora nampak comel dengan kaca mata tu" puji Eric dengan senyuman.
"Terima kasih" jawab mereka serentak.
Senyum sampai telinga.
"Woi!!!!!" jerit Harry dari jauh.
Sampai pun seorang ni, kenapa dia lambat turun agaknya?
"Kenapa korang tak kejut aku!!!" soal Harry kepada Eric dan Rean yang tidur sebilik dengan Harry. Mereka tidur bertiga-tiga dalam satu bilik.
Itu sebab Victoria, Kei dan Flora turun sekali. Tapi kenapa Eric dan Rean turun dulu?
Eric dan Rean memandang Harry dengan serius.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Kami dah cuba kejut kau tadi" ucap Eric.
"Kau yang tak bangun" sambung Rean.
"Korang cuba ke tak?" soal Victoria yang mendengar perbualan mereka.
"Cuba kau kata?" soal Eric sambil menepuk dahinya.
"Kami ketuk kuali tepi telinga dia, gusti dia serentak, buka lagu rock kuat-kuat tepi telinga" Rean menyenaraikan semua perkara yang dibuat tadi.