»03

693 112 2
                                    

♥ ♥ ♥

“ Roseanne, saya nak keluar. tengok-tengokkan Hannah ya ”
Roseanne sekadar menganggukkan kepalanya. Mingyu pula terus menjalankan niatnya untuk keluar.

Destinasi nya adalah sebuah cafe. Malas dia mahu minum petang dirumah bersama isterinya dah kalau wanita itu asyik dengan telefon pintarnya dan langsung mengabaikan mingyu.

Sesampai sahaja Mingyu di cafe kegemaran nya, terus dia mengambil satu-satunya tempat duduk yang tinggal. Seperti biasa, cafe yang maju itu pasti sahaja penuh dengan manusia.

“ hai, encik Kim! nak order apa? ”
Tegur seorang pelayan perempuan. Mingyu tersenyum sedikit membalas senyuman girang pelayan itu.
“ macam biasa ”

Cukup dua patah perkataan itu, terus si pelayan melangkah pergi. Sudah faham sangat dengan citarasa Kim Mingyu kerana lelaki itu acap kali kesana.

“ encik kim ”
Mingyu yang tadinya fokus memandang telefon pintarnya mendongakkan kepala. Melihat siapa yang telah menegurnya tadi.

“ hai! ”
Dahi Mingyu berkerut saat gadis cantik yang menegurnya tadi langsung sahaja duduk dihadapan nya.
“ ya? ”
Soal Mingyu keliru.

“ saya Jihyo lah. adik saya satu sekolah dengan anak encik. ala, saya ada tegur encik seminggu yang lepas dan setiap hari saya senyum pada encik. takkan tak ingat? ”
Panjang lebar Jihyo berkata.

Mingyu memejam rapat kedua mata cantiknya. Cuba recall apa yang telah terjadi seminggu lepas.
“ oh awak ”
Kata Mingyu acuh tidak acuh setelah dia ingat siapa Jihyo.

Jihyo sekadar tersenyum manis walaupun dia tahu Mingyu malas mahu melayan nya. Mingyu malah tidak memandang wajah nya.
“ jadi.. tak apa kan kalau saya duduk disini dan minum dengan encik? ”

Soal Jihyo setelah agak lama berdiam diri. Mingyu memandang sekilas wajah Jihyo sebelum kembali fokus pada telefon pintarnya.
“ awak dah duduk dah pun, cik ”
Kata Mingyu kemudian mendengus perlahan.

Entah kenapa dia rasa menyampah. Tetapi dia juga butuh seorang teman jadi sebab itu dia tidak menghalau Jihyo sebaliknya hanya membiarkan Jihyo duduk dihadapan nya.

“ encik Kim, boleh saya tahu ciri-ciri perempuan yang encik suka? yang boleh dibuat bini lah katakan ”
Soal Jihyo kemudian tertawa perlahan. Sekali lagi Mingyu mendengus perlahan.

“ tak perlu kerana saya dah memang ada isteri pun ”
Selamba Mingyu menjawab. Jihyo tersentak, terasa sebenarnya.
“ uhm maksudnya selain dari isteri encik lah ”

Kata Jihyo, cuba menyembunyikan rasa terasa nya.
“ yang pasti, seorang yang tak banyak cakap macam awak ”
Seloroh Mingyu. Jihyo hanya tertawa. Dia tidak perasan yang dia baru sahaja diperli oleh crush sendiri.

♡♡♡

“ jinnie ”
Panggil Jisoo perlahan. Dia mendakap tubuh suaminya dari belakang.
“ apa, sayang? ”
Soal Jin lembut.

“ kita balik korea tengok omma dan Jihyo minggu depan, ya? ”
Kata Jisoo, cuba memujuk. Jin dalam diam tersengih. Mendengar nama Jihyo sahaja cukup buat dia bersetuju dengan permintaan Jisoo.

“ baik, sayang. apa aje yang awak mahukan ”
Balas Jin, berkata-kata manis. Entah betul entah tidak dia maksudkan kata-katanya itu.

“ sirius? wah saya teruja! ”
Makin erat Jisoo memeluk tubuh tinggi lampai suaminya itu. Jin hanya membiarkan. Dia kekal berdiri statik ditempatnya.

♡♡♡

“ daehan tu kawan daehan. hannah kan nama dia? ayah dia pun ada tu”
Soal Jihyo sesampai sahaja dia dihadapan pagar sekolah daehan. Daehan mengangguk sebelum memeluk Jihyo kemudian berlari kearah Hannah.

Sempat Daehan bersalam dengan Mingyu sebelum dia dan Hannah melangkah masuk kedalam kawasan sekolah bersama-sama. Jihyo pula mengambil langkah mendekati Mingyu.

Mingyu sedang bersandar pada keretanya sambil merokok.
“ encik Kim, merokok tak baik untuk kesihatan encik ”
Seloroh Jihyo membuatkan bahu Mingyu sedikit terhincut.

Dia terkejut dengan kehadiran Jihyo.
“ apa-apa ajelah. isteri saya pun tak pernah larang saya merokok. awak pula sebok je ”
Balas Mingyu kembali. Jihyo sekasar tersengih.

“ maknanya isteri encik tak cukup sayangkan encik lah tu. dia tak kisah paru-paru encik rosak nanti ”
Spontan Jihyo berkata. Mingyu terdiam seribu bahasa. Dia mati kata kerana ada betulnya apa yang Jihyo cakakan itu.

“ aik.. diam terus ”
Jihyo tertawa suka. Mingyu sekadar merengus kasar dan mengejap rahangnya beberapa kali.
“ awak ni Jihyo, banyak bunyi juga ya? tak ada kerja ke? ”
Soal Mingyu geram.

Jihyo ketawa lagi.
“ ala saya cuma jadi ramah. lagipun kita berkawan kan sekarang? apa salahnya ”
Jihyo tersengih kearah Mingyu. Mingyu menghela nafas panjang.

“ sejak bila pula kita berkawan, hah? umur saya 33, awak pasti dalam 20an jauh beza untuk jadi kawan ”
Pangkah Mingyu. Kening Jihyo terangkat.
“ ingatkan kahwin je kena tengok umur. nak berkawan pun sama ya? ”

Jihyo ketawa dengan kata-kata sendiri. Mingyu menjeling Jihyo sekilas.
“ apa-apa ajelah awak ni. saya pergi dulu. harapnya esok kita tak terserempak lagi disini ”

Jihyo tersenyum geli hati.
“ ya, saya pun harap kita jumpa lagi esok lusa dan hari-hari yang akan datang! ”
Sempat remaja perempuan itu melambaikan tangan pada Mingyu sebelum kereta Mingyu hilang dari pandangan nya.

[C] InsanityWhere stories live. Discover now