»018

688 101 14
                                    


Mingyu memandu keretanya dengan bibir mengukir senyuman selebar lebarnya . Alangkah bahagianya hati setelah jihyo memaafkannya .

Sampai sahaja di laman rumah , terus sahaja mingyu memarkirkan kereta di bawah garaj . Sampai saja di depan pintu rumah , terus saja hilang senyuman di bibirnya .

Kini , hanya satu perkara untuk diselesaikan .

Ceraikan roseanne .

Pintu rumah itu diketuk .Terpampang wajah isterinya tersenyum manis .

" Roseanne , ada benda yang kita perlu bincangkan . "

Roseanne hanya mengikut langkah Mingyu .

" Saya dah buat keputusan . Saya akan ceraikan awak memandangkan ini yang awak mahukan dari dulu . "

Tersentak hati roseanne tatkala mendengar kata kata mingyu .

" Tak , saya tak nak . Saya masih mahu bersama awak . Awak juga yang cakap , kesiankan anak kita kalau kita berpisah . Jadi , apa masalahnya sekarang ? "

" Saya dah jumpa omma baru dia , jadi saya rasa memang patut dah saya ceraikan awak . "

" Taknak . Saya tak nak . Saya sayangkan anak saya ."

" Ahh menipu je semua tu ! Selama ni mana kasih sayang awak dekat hannah ?! Mengapa baru sekarang nak mengaku awak sayang dia ?! "

Hannah yang baru turun dari biliknya itu terkejut .

" Kenapa appa marah omma ? "
halus saja suara anak kecil itu bersuara .

" Hannah sayang omma kan ? Appa nak buang omma dari hidup appa dan hidup hannah . Appa nak perempuan lain ganti omma ."

Roseanne sudah bergenang air matanya . Mulut pula tak henti henti bersuara .

" Kenapa appa buat macam tu ? Hannah tak mahu omma lain ! Hannah nak omma hannah je ! "

Mingyu yang ditengking itu tak usah kata . Tak pernah dia ajar anak dia kurang ajar . Sekarang ? Wahh .

" Hannah , appa nak ganti omma hannah ni dengan unnie cantik hannah . Dan sejak bila hannah jadi macam anak derhaka ni ? "

" Hannah tak nak unnie cantik ! Hannah nak omma hannah je ! "

Pening kepala mingyu dengan masalahnya .

" Ok , Ok ! Hannah hidup lah dengan omma hannah ni ! Pergi je dari appa ! Appa ni yang sayang hannah dari kecil dan perempuan ni ! Hanya tahu berfoya foya dengan jantan lain ! Oh ya , Hannah pergi je ikut dia . Jumpa bakal appa baru hannah tu sekali . "

Mingyu melangkah masuk ke bilik . Pintunya dihempas kuat . Serabut kepala memikirkan semua ini . Bagaimana dia mahu berpisah dengan roseanne kalau Hannah tak mahu ?

Dan oleh kerana Kim Mingyu itu sedang serabut otaknya, dia mengambil keputusan untuk mengubungi Wonwoo. Kawan baiknya sejak kecil. Dia tahu Wonwoo akan sentiasa ada untuknya.

♡♡♡

“ encik kim, kau betul-betul nampak teruk”
Wonwoo tertawa geli hati. Mingyu hanya diam, kembali membetulkan rambut lebatnya yang sudah serabut.

“ jadi, kenapa? ”
Terus Wonwoo bertanya. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Mingyu.
“ aku nak ceraikan Roseanne, tapi dia taknak. hannah pula berada dipihak dia ”

Kening Wonwok terangkat sebelah.
“ apa masalahnya? kau cerai ajelah. kau bagi hak penjagaan Hannah pada Rosé. percaya cakap aku bro, tak sampai sebulan, Rosé akan bagi balik Hannah pada kau ”

Wonwoo tersenyum sinis. Mingyu memandang Wonwoo dengan pandangan pelik.
“ kenapa kau cakap macam tu? ”
Soal Mingyu, tak faham dengan apa yang cuba Wonwoo sampaikan.

“ lembap nya kau, encik Kim! ”
Mingyu memandang Wonwoo yang sedang ketawa dengan pandangan menyampah.

“ Hannah tu, dari kecil, kau yang jaga kan? aku percaya, isteri kau takkan dapat tahan jaga dia sebab Rosé tu mana pernah jaga budak ”
Terang Wonwoo.

Mingyu terdiam.
“ dasar Kim Mingyu bodoh-- kenapa kau tak terfikir pasal ni? ”
Kata Mingyu perlahan.

Wonwoo tersenyum apabila dia dapat lihat wajah tegang Mingyu sudah kembali biasa.

“ tapi hannah tak suka Jihyo. Hannah taknak Jihyo gantikan Roseanne ”
Balas Mingyu, itu lagi satu hal yang buat dia serabut. Wonwoo mengeluh.

“ tu, masalah Jihyo. dia kena pandai ambil hati Hannah ”
Bergeliga betul otak Wonwoo ni ya.

“ hey, Hannah sampai menjerit dekat aku tau? ini kan pula Jihyo. Silap hari, boleh aje dia cederakan Jihyo tu ”
Wonwoo sekali lagi tertawa mendengar bait-bait kata yang Mingyu lontarkan.

“ encik Kim Mingyu, berhenti berfikiran negatif dan pergi lah berehat ”
Bahu Mingyu ditepuk beberapa kali. Mingyu hanya diam.

Masih lagi kusut. Walaupun idea Wonwoo bernas, masalahnya kalau Roseanne tak sign surat penceraian, memang sampai sudahlah mereka tak akan bercerai.

“ takkan nak paksa dia? nak paksa macam mana? nak kena heret dia ke mahkamah ke?”
Soal Mingyu bertalu-talu kepada diri sendiri.

Dia bersandar dikerusi yang diduduknya. Memerhati Wonwoo yang sedang merokok.
“ kau cakap macam kau dah berkahwin sedangkan kau tak ada girlfriend. atau sebenarnya kau ada? ”

Wonwoo terus terbatuk mendengar soalan Mingyu itu. Fuh, perit tekaknya kerana batuk yang bercampur dengan asap rokok.
“ Kim Mingyu tak guna! sakit tekak aku! ”
Kali ini giliran Mingyu pula ketawa sakan. Ha, balas dendam namanya ni

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now