»010

739 105 1
                                    


*Update akan dilajukan memandangkan kedua dua manusia yang tulis cerita ni otw pt3 tahun depan ')

♡ ♡ ♡

" aku..kat mana ni..?"
Perlahan kepalanya yang masih terasa sedikit berdenyut dipicit. Belum sempat Jihyo turun dari katil, satu figura kecil naik keatas katil.

" hai, unnie cantik! "

Mata Jihyo terus terbuka luas saat melihat Hannah berada betul-betul dihadapannya.

" hannah..? unnie kat mana ni sayang? "
Soal Jihyo lembut sambil mengusap perlahan kepala anak kecil itu.

Hannah tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun elok.

" dekat rumah hannah lah! cepat bangun. appa suruh panggil unnie untuk sarapan sekali "
Terus sahaja Hannah menarik tangan Jihyo.

Tak semena-mena Jihyo terus didorong kearah dapur. Sebelum dia memasuki ruangan dapur, langkah dihentikan.
" hannah pergi dulu ya. unnie ikut kejap lagi "
Jihyo berkata lembut.

Hannah sekadar menganggukkan kepala lalu melepaskan tangan Jihyo yang tadinya dia pegang erat. Jihyo mengeluh panjang. Dilihat pakaian nya pada tika itu. Serabut.

Seluar pendeknya yang kelihatan lebih pendek kerana terlipat dibetulkan. Lengan kemeja panjang nya dilipat sehingga lengan. Rambut panjang yang tadinya dilepaskan kini diikat kemas.

Setelah yakin penampilan nya lebih elok dari tadi, dia melangkah masuk kedalam ruang makan. Benda pertama yang dihat Jihyo sewaktu matanya melekap di meja makan adalah Kim Mingyu.

Rambut Mingyu yang sedikit serabut dan morning face Mingyu yang pada Jihyo sungguh comel berjaya mendatangkan senyum dibibir gadis itu.

Namun, satu saja yang berlegar didalam kepala Jihyo. Dimanakah isteri lelaki itu?
" duduk, jihyo. awak berdiri aje disitu, makanan ni tak akan terbang masuk kedalam mulut awak "

Jihyo tersedar dari lamunan nya apabila diperli oleh Mingyu. Terus dia mengambil tempat disebelah Hannah.
" maaf, kalau saya dah menyusahkan awak encik Kim "

Mingyu yang tadinya sedang menjamah makanan terus terhenti.
" awak bukan aje menyusahkan saya, awak menyusahkan keluarga awak juga. awak tahu? mesti diorang risau anak dara macam awak ni, tak balik kerumah "

Jihyo menundukkan wajahnya. Berasa malu dan segan dengan Mingyu. Mingyu memandang Jihyo sekilas sebelum kembali memegang sudu dan garfu.

" hannah, dah siap makan kan? hannah masuk bilik dan mandi, okay? appa nak berborak sikit dengan unnie cantik Hannah ni "
Hannah tersenyum sebelum mengangguk.

Sempat dia mencium pipi kanan Mingyu sebelum terus berlalu pergi. Jihyo hanya diam, masih menundukkan kepala dan langsung tidak menyentuh sarapan yang terhidang didepan nya.

" makan, jihyo. apa makanan yang saya masak tu nampak terlalu hodoh sampai awak takut nak makan? "
Sekali lagi dirinya diperli oleh Mingyu.

Terus tangan Jihyo mencapai kedua sudu dan garfu. Mingyu tersenyum puas apabila akhirnya Jihyo menjamah makanannya.
" awak kenapa? awak baru aje habis belajar. saya tak rasa awak suka pergi tempat macam tu dan bermabuk "

" saya okay, encik Kim. awak tak perlu kisah "
Balas Jihyo acuh tidak acuh. Mingyu merengus perlahan.

" saya tanya elok-elok, jadi jawablah elok-elok "

Tegas saja bunyi suara Mingyu. Dan suara itu walaupun pada Jihyo sangat sexy, tetapi masih menggentarkan dirinya.
" saya stress dengan kerja dan bekas teman lelaki saya "

" oh? bodohnya awak. hanya sebab benda remeh, awak pergi ke tempat tak elok dan bermabuk? mana prinsip hidup awak, jihyo? "
Sinis lagi perlian Mingyu pada Jihyo.

" awak-- berhenti lah perli saya "
Mingyu dibuat menahan senyum melihat muka Jihyo yang sedang mencebik.

" maaf kalau bahasa saya kasar. jadi, kenapa dengan kerja? "

Jihyo akhirnya mengangkat wajah. Terdiam dia saat matanya dan mata Mingyu melakukan kontak mata bersama. Pandangan Mingyu padanya penuh dengan rasa risau. Dia yakin.

" saya hilang kerja saya dan semua interview yang saya pergi, masih belum beri apa-apa respon. silap-silap saya boleh mati dulu sebab tak bergaji "
Mingyu tertawa perlahan mendengar celotehan Jihyo itu.

" kerja dengan saya. masuk kerja esok. sharp pukul 8:30 "
Mata Jihyo terbuntang luas mendengar kata-kata Mingyu itu.
" encik serius?! "

Mingyu menganggukan kepalanya. Jihyo terus tersenyum senang.
" there you go. senyum pun. awak nampak buruk bila tak senyum "
Kata Mingyu tak berlapis.

Terus lengannya dipukul oleh Jihyo.
" sakitlah! tak jadi ambil awak kerja dekat syarikat saya nanti tahulah! "
Ugut Mingyu. Jihyo spontan memeluk lengan Mingyu dengan mimik muka yang dibuat-buat sedih.

" ala-- encik Kim, kejam nya awak! "
Bebel Jihyo dengan wajah yang cemberut. Dalam diam Mingyu menahan rasa geli hati dengan sikap Jihyo itu. Perlahan lengannya ditarik dari terus dipegang Jihyo.

Namun, dia bukan menarik lengannya kerana dia takut Roseanne nampak, tetapi supaya dia dapat bangun dari duduknya.
" awak nak pergi mana? "
Soal Jihyo saat melihat Mingyu sedang berdiri.

" nak bersiap. saya perlu ke pejabat. awk pun, siaplah. saya hantar awak balik dulu sebelum saya ke office "
Arah Mingyu.

" em.. baju? "
Soal Jihyo dengan rasa segan. Sudahlah dia bermalam dirumah Mingyu dan isterinya, ini nak minta baju pula? Sungguh dia rasa pada saat itu dia adalah manusia paling tidak malu atas dunia ini.

Mingyu menarik segaris senyuman apabila dia perasan muka Jihyo memerah menahan malu. Perlahan dia mendekati Jihyo lalu kepala gadis itu diusap perlahan.
Perlakuan itu membuatkan Jihyo terdiam dan terpaku sebelum perlahan kepala didongakkan bagi memandang Mingyu yang sedang berdiri.

" saya akan hantarkan baju ke bilik nanti. awak pergi aje mandi dulu "
Jihyo hanya mampu diam dengan mata yang terkebil-kebil melihat Mingyu melangkah meninggalkan ruangan dapur.

Dupp Dapp Dupp Dapp

" laju nya kau berdegup.. kau okay ke ni? sah lah kau betul-betul jatuh cinta dengan suami orang! this is insane! "
Jihyo memicit kasar kepalanya.


INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now