»032

763 105 10
                                    

“ Mingyu, hantar hannah ke rumah saya. sejak kita cerai 3 minggu lepas, saya langsung tak pernah tengok dia ”

“ sejak bila awak kisah pasal dia,
Roseanne? ”
Balas Mingyu. Telefon pintarnya dipegang malas.

Dia sedang berbual bersama Roseanne melalui telefon.

“ gyu, dia anak saya jugak. jangan lupa tu. dia keluarnya dari perut
saya ”
Suara Roseanne seakan-akan dingin dan memerli.

Mingyu berdecit sebelum sebelah tangan nya memicit perlahan tengkuk yang terasa lenguh dan sakit.

“ saya hantar dia petang ni. saya kat pejabat lagi ni. sabar ya? ”
Akhirnya Mingyu mengalah. Ada betulnya juga kata-kata Roseanne.

Roseanne ibu kandung Hannah jadi Roseanne ada hak untuk menjenguk dan menjaga Hannah.

♡♡♡

Mingyu mengeluh lega setelah dia melihat Roseanne dan Hannah memasuki rumah gadis itu.

Pandangan Mingyu dibuang kearah luar keretanya. Dia terasa kosong.

Dia masih tidak menghidupkan enjin kereta kerana dia tidak tahu mahu tuju kemana.

Nak balik rumahnya, pasti bosan. Roseanne sudah tiada dirumah, Hannah pula dengan Roseanne. Memang tinggal Mingyu sajalah kalau dia balik rumah.

Jadi akhirnya Mingyu mengambil keputusan untuk singgah di apartment nya yang hanya dia duduk sewaktu dia bujang.
Dan sewaktu Jihyo ada disana.

Mingyu menutup pintu apartment sederhana besar itu lalu terus menuju kearah ruangtamu.

“ gyu, awak nak makan apa? ”

Terus Mingyu berpaling kearah belakangnya. Namun kosong. Tiada siapa disana.

“ gyu, jom lah tengok tv dengan
saya! ”

Mingyu kembali memandang hadapan, kearah sofa diruangtamu. Dia tersenyum kecil melihat Jihyo yang sedang tersenyum kearahnya.

“ hai, sayang-- ”
Mingyu berhenti melangkah. Kerana bayangan Jihyo sudah hilang dari pandangan nya.

“ siapa yang aku nak tipu? aku rasa semua orang tau yang aku rindukan kau, Jihyo ”
Bisik Mingyu perlahan. Rambutnya diserabutkan.

Nampaknya dia masih belum dapat melupakan Jihyo, yang boleh dikatakan kekasih gelapnya dulu.

♡♡♡

“ Jihyo hantar Daehan ke sekolah ya, omma! kami pergi dulu! ”
Jerit Jihyo yang sudah memimpin tangan Daehan kearah keretanya.

“ hati-hati! ”
Puan Song membalas dengan senyuman.

“ yay! dah lama noona tak hantar Daehan pergi sekolah! ”
Daehan bersorak gembira. Jihyo yang memandung turut tersenyum.

Perjalanan ke sekolah yang mengambil masa 10 minit itu dimeriahkan dengan suara kecil Daehan yang memebebel itu ini.

“ berhenti membebel lah Daehan. kita dah sampai ni ”
Arahan Jihyo hanya Daehan ikut. Dia budak kan. Mestilah lurus mengikut arahan.

“ bye noona! ”
Daehan terus berlari memasuki kawasan sekolah. Jihyo pula kekal bersandar pada pintu keretanya.

Ingin memastikan Daehan betul-betul masuk kedalam sekolah bukan melencong ketempat lain pula.

Saat Jihyo menoleh memandang kearah kanan, pandangan nya dan pandangan seorang lelaki yang sangat dia kenal bertembung.

Hati Jihyo terasa sakit apabila Mingyu hanya memandangnya sekilas. Seolah olah mereka tidak pernah kenal sebelum ini.

“ kenapa kau sakit hati ha? bukan ni ke yang kau nak? ”
Jihyo menyoal diri sendiri.

Sementara Mingyu yang dah masuk semula kedalam keretanya hanya mampu menahan rasa.

Kalau ikutkan hati, nak je dia lari kearah Jihyo kemudian memeluk tubuh Jihyo. Tetapi, otaknya melarang Mingyu daripada buat sedemikian.

“ cukuplah perkahwinan pertama kau jadi pengajaran untuk kau, Mingyu ”
Bebel Mingyu seorang diri.

Dia dah memasang prinsip hidup yang baru. Dia tak mungkin akan berkahwin sekali lagi. Rasanya dia sudah serik.

Tapi siapa boleh tipu hati? Hati Kim Mingyu tu dah berpaut pada satu nama lain selain Roseanne.

Jihyo.

Namun demi prinsip dan ego, Mingyu bertekad nak buang segala rasa yang dia ada terhadap Jihyo.

♡♡♡

“ tengoklah awak, gyu. teruk dan sunyi. nasiblah awak ada Hannah ”
Roseanne mula bersuara.

Dia dan Mingyu sedang bersandar pada kereta lelaki itu sambil memerhatikan Hannah yang sedang bermain ditaman.

“ habis tu? ”
Balas Mingyu malas.

“ mana pergi kekasih gelap awak tu? lepas awak dah tak beristeri, dia taknak awak pulak? dia memang suka suami orang ya?”
Roseanne menyoal sekali memerli.

Mingyu berdecit. Pandangan nya masih lagi pada Hannah bukan Roseanne. Roseanne pulak sebaliknya, dia memandang sisi wajah bekas suaminya.

“ awak tak bencikan saya? ”
Soal Roseanne dengan soalan lain pulak. Kerana dia dapat rasa yang Mingyu taknak bercakap soal Jihyo.

“ buat apa saya nak bencikan awak,
Roseanne? ”
Soalan dibalas soalan.

“ sebab saya curang, sebab saya bukanlah isteri yang baik yang pernah awak harap saya jadi ”
Balas Roseanne tenang.

“ tak ”
Mingyu membalas sepatah.
“ kenapa? ”
Roseanne menyoal lagi.

“ sebab awak cinta pertama saya yang saya harap akan kekal selamanya. tapi, tak semua yang kita nak kita akan dapat. lagipun saya rasa awak tau nama baru yang ada dalam hati saya kan? jadi saya sebuk mencintai dia dari membenci awak, Roseanne ”

Panjang Mingyu menerang sebelum kepalanya menoleh memandang Roseanne. Pandangan mata mereka bertembung lama.

Roseanne bertindak merapatkan wajah mereka. Melihat Mingyu tidak menjauh, Roseanne merapatkan bibir mereka sehingga mengena satu sama lain.

Tanpa mereka tahu, Jihyo memerhati mereka dari jauh. Gadis itu tersenyum tetapi airmatanya laju mengalir.

Kerana dah tak tahan untuk terus melihat, Jihyo berlari pergi.

“ what was that for? ”
Tanya Mingyu setelah dia menjarakkan semula wajahnya dan wajah Roseanne.

Roseanne tersenyum nipis.

“ goodbye kiss. sekarang saya betul betul lepaskan awak. pergi lah pada perempuan yang awak cinta tu. maafkan kesalahan saya selama ni ”

Mingyu akhirnya turut senyum.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now