»021

727 101 19
                                    


Kaki Mingyu melangkah memasuki gudang lama itu . Dapat saja panggilan daripada Seungkwan , terus mingyu datang .Rasa sakit hatinya membuak buak apabila teringatkan tentang pipi mulus jihyo ditampar .

Telinga mingyu menangkap sayup sayup suara gadis yang sedang menangis . Namun , sedikitpun tidak mendatangkan rasa belas kasihan di dalam hati mingyu .

" Jadi , dia yang tularkan video tu ? "

Seungkwan menganggukkan kepalanya apabila mingyu mula bertanya .

Mingyu melangkah merapati gadis itu.

" Nama kau ? "

" Min isk isk , Min Aera . "
Mingyu tertawa perlahan apabila mendengarkan tangisan gadis itu .

" Ouh okay . Min Aera . Aku tak tahu kau ni bodoh atau kau ni memang bengap . Yang aku tahu , aku akan balas setimpal dekat kau . "

" Apa salah saya , encik ? isk isk Tolong lah saya merayu , tolong . "

Gadis itu mula melutut betul betul dihadapan kaki mingyu . Tangannya naik memegang kaki mingyu . Bersungguh sungguh memohon keampunan . Memohon kemaafan .

Mingyu hanya mengukirkan senyuman sinis . Kakinya menendang gadis yang bernama Min Aera itu .
Seungkwan yang melihat pula sudah ternganga . Nasib tak masuk lalat aja .

Tak pernah pernah tuannya marah sampaikan sanggup menendang gadis bodoh . Ini ? Hanya disebabkan jihyo , dia sanggup pecah rekod . Hebat sungguh penangan cinta dari jihyo .

" Ops sorry ya Aera . Aku tak sengaja . Maklumlah aku tak mahu disentuh oleh najis seperti kau ni . "

Aera hanya mampu menangis . Sungguh , dia benar benar menyesal .

" Erm jadi , jihyo , ya gadis yang kau tularkan di video itu , ditampar oleh omma dia so ya , aku kata setimpal kan ? "

Terus tangan mingyu dianggkat menampar pipi mulus gadis itu .Merah pipinya menerima tamparan dari mingyu .

♡ ♡ ♡

Kereta diparkir di basement apartment yang sudah lama tidak Mingyu gunakan. Tetapi sekarang, kerana keberadaan Jihyo
disitu, suruh datang hari-hari pun tak apa.

“ jihyo? ”
Mingyu metutup pintu apartment besar tersebut sebelum terus melangkah kearah bilik tidur utama.

Mingyu tersenyum kecil melihat Jihyo sedang tidur. Terus dia mendekati katil lalu duduk disisi katil itu. Senyuman kecil nya melebar.

“ comel ”
Bisik Mingyu perlahan. Jari panjangnya mengalihkan helaian rambut yang menutupi mata kanan Jihyo.

“ maaf sebab saya, awak kena lalui semua ni. saya betul-betul minta maaf ”
Ucap Mingyu sayu. Dia menghembus nafas berat sebelum berdiri semula.

Baru saja dia mahu berjalan pergi, jarinya ditaut dengan jari-jari seseorang. Terus dia berpaling. Siapa lagi kalau bukan Jihyo kan?

Mingyu tersenyum kepada Jihyo yang masih kelihatan mamai.
“ hai, sleeping beauty ”
Usik Mingyu lembut. Jihyo ketawa perlahan.

“ hai, putera kacak ”
Mingyu sudah kembang erk.
“ lepas. saya masakkan awak makan malam sebelum saya balik ”
Kata Mingyu lembut.

“ oh-- awak tak akan bermalam disini?”
Soal Jihyo kemudian bibir digigit perlahan. Sudah muncul riak bersalah diwajah lelaki itu.

“ malangnya tak, maaf. saya janji esok saya akan teman awak semalaman disini ya?”

♡♡♡

Mingyu memandu dalam keadaan tenang ke rumahnya . Siap saja parkirkan kereta di garaj , terus dia meluru ke pintu masuk .

Badannya terasa sungguh letih diminta untuk dijiruskan air .

" Haa baru balik dari jumpa betina sundal tu la kan ? Apa awak fikir saya tak tahu perempuan sundal tu duduk di kondo awak ? Dah sundal mahu jadi pengemis pula . "

Mingyu memegang kepalanya . Sungguh , dia benar benar penat . Gaduh nanti saja tak boleh ke ?

" Haa tak jawab tu ya lah tu . Awak tak fikir kan anak awak dah ke ? Sayang sangat betina sundal tu ? Bawak saja dia masuk kubur sekali . "

//prang//

Pipi yang ditampar tadi , roseanne pegang . Terus mulutnya tidak berkata apa apa .

" Betina sundal itu kau ! Pengemis itu kau ! Sedar diri kau ! Tiba tiba jadi baik datang mengemis balik cinta aku! Pergi mati lah sial ! Hannah tu , kau nak kan ? Ha ambil , ambil saja semuanya dari aku . Aku dah penat . Untuk apa kau berbaik dengan aku bila kita dah di ambang penceraian ? "

Tubuh roseanne ditolak kasar oleh mingyu . Tangan mingyu sudah menyerabutkan rambutnya .

Roseanne sudah tak tahu mahu berkata apa .Lama Roseanne berdiri kaku . Tahu tahu saja mingyu sudah kembali . Sangkanya mahu memujuk , namun mingyu membawa satu bagasi bersamanya .

" Duduklah puas puas di rumah ni dahulu . Nanti aku balik sini bila kau dah berambus dari sini . Jangan risau , penceraian kita biar aku yang uruskan . "

Sekali lagi , Roseanne terkaku . Apa ini pengakhirannya ?

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now