»04

688 110 16
                                    

Phone yang memanggil manggil dengan lagu tempo itu jihyo capai.Ada ada sahaja yang mengganggu tidur lenanya.Dia tekapkan ia di tepi telinga.

Kedengaran suara Jisoo di telinga.

"Jihyo,boleh tak tolong jemput unnie dengan oppa dekat airport?"

"Hah?!Airport?!Asal hyo baru tahu?!Kenapa unnie tak beritahu awal awal??Hyo tak siap apa apa lagi.Hmm."

"Alah unnie nak buat suprise.Tak apa lah,Hyo mandi,bersiap dulu lepastu datang.Kami pun nak pergi makan dekat McD dulu."

"Ouh okay.Nanti hyo datang.Bye."

Panggilan unnie kesayangannya itu dimatikan.Dengan pantas dia meluru masuk ke dalam bilik mandi.

Sejurus selepas mandi,kakinya menuju ke arah tempat pakaian.Pakaian yang disusun rapi di dalam closet nya itu ditatap.

Kepala runsing memikirkan pakaian apa yang ingin dipakainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepala runsing memikirkan pakaian apa yang ingin dipakainya.Akhirnya dia hanya mencapai blouse bewarna biru dengan seluar jeans.

Kunci kereta yang tergantung elok di dinding itu jihyo capai dan dia memasuki kereta kesayangannya itu.Enjin kereta dihidupkan dan kereta gadis bernama jihyo ini meluncur dengan gahnya di atas jalan raya.

♡ ♡ ♡

"Jinnie,kenapa tak makan?"

Jisoo naik hairan melihat suaminya yang hanya termenung dan makanannya langsung tidak diusik.

"Uh?Oh awak tak mahu tunggu jihyo?Kita makan bersama?"

"Entah mahu atau tidak jihyo tu makan nanti.Makan saja dulu.Tak perlu tunggu dia."

Jin mula menyuapkan burgernya ke dalam mulut.Jisoo hanya tersenyum kecil.Apa apa saja jin ini,jihyo itu takkan mahu buat dia dan jin menunggu terlalu lama.

Sudahlah mereka menunggu jihyo hampir setengah jam.Mana mahu jihyo menghabiskan masa mereka hanya untuk mengajak makan bersama.

Jisoo kenal benar dengan perangai adiknya yang seorang itu.

Jisoo yang enak melayani makanan yang tersedia tersentak apabila bahunya ditepuk kasar dari belakang.Habis tersembur burger yang dikunyahnya.

Jin yang memerhati menghulurkan sekeping tisu sambil menahan dari meletusnya ketawa.Jihyo juga begitu.Menutup mulut agar tiada satu ketawa pun yang keluar.

Muka jisoo mula memerah.Tangannya naik menampar kuat bahu jihyo.

"Apa hyo ni ! Jatuh maruah unnie tahu tak?!"

"Alah tak tahu pula akan jadi sampai macam tu.Sorry,unnie.Jihyo janji tak buat lagi."

Jihyo hanya memandang muka kakaknya yang masih lagi merah menahan marah.

[C] InsanityWhere stories live. Discover now