»06

685 105 24
                                    


Jin dan Jisoo yang kebetulan melintasi cafe di mana beradanya jihyo dan mingyu itu tercengang.Jisoo tidak percaya adiknya sudah ada buah hati.

Namun berlainan pula dengan jin.Hatinya sakit melihatkan dua merpati itu berseronok.Mungkin nampak seperti jihyo sahaja yang genbira.Tapi di mata jin,semua sama saja.

Kini,mingyu sudah menjadi musuh Kim Seok Jin.Mata Jin tajam memerhati mereka berdua.Seolah olah boleh tembus anak matanya melihat mereka.

Tangan usah dikata.Sudah digenggam penuh erat.Habis merah tangannya.Tak lupa juga urat urat hijau yang mula mempamerkan diri.

Jisoo masih lagi tidak sedar akan perangai suaminya itu.Tangannya ingin menarik Jin memasuki cafe itu.Namun,Jin sudahpun ke hadapan.Meninggalkannya di belakang.

Jin dengan mukanya yang bengang itu terus sahaja duduk bersebelahan dengan jihyo.Jihyo dan Mingyu yang masih tidak memahami situasi yang berlaku tersentak.

"Kau gila atau apa?" Mingyu bersuara keras.

Jisoo hanya diam menghirup air jihyo.

"Aku?Gila?Huh,kau tu ingat sikit.Kau sedang minum dengan anak dara orang."

"Sekejap.Kau cuma abang ipar kan?Dan sudah tentu ini kakak jihyo.Kakak dia pun tiada masalah.Jadi apa masalahnya dengan kau?"

Mingyu menatap dalam mata jin.Dia bukan bodoh untuk tahu apa perasaan jin terhadap jihyo.Dia juga lelaki!

"Aku dah anggap dia seperti adik aku.Aku tak nak dia rosak hanya sebab jantan seperti engkau."

Jihyo mula memicit kepalanya.Apa apa saja dua orang ini.dari tadi lagi asyik bergaduh saja!

"Sudahlah tu.tak malu ke dengan orang sekeliling?"

Jin dan Mingyu mengalihkan pandangan mereka ke arah jihyo.Jihyo yang ditatap tajam itu terkedu.Wahh berani beraninya dua makhluk di depannya ini menjeling dia.

Jihyo membalas kembali jelingan dua makhluk di hadapannya lalu dia menarik tangan Jisoo keluar dari cafe itu.Musnah masa berduanya bersama mingyu!

Sebelum beredar sempat dia meletakkan not 20 ringgit di atas meja.Jin dan Mingyu hanya membiarkan.Jihyo beredar dengan hati yang panas.

Siapa saja tak panas hati kalau masanya bersama crush dimusnahkan?Cuba beritahu sikit.Siapa?Siapa?!

Tangan Jisoo ditarik kasar memasuki kedai kasut.Dia berkeliaran di dalam kedai itu dan membiarkan Jisoo bersendirian membawa hala tuju sendiri.Alah bukannya jisoo tidak tahu kawasan mall ini.

Sedang mata ralik memerhati segenap kawasan kedai itu,kornea matanya terpaku pada sepasang kasut .Kasut nike hitam kelabu itu menarik perhatiannya.

Tangannya dibawa membelek belek kasut itu.

'Ala tapi aku tak tau saiz dia.'Getus hati jihyo.

Mulut jihyo memanggil nama Jisoo dan Jisoo datang menghampirinya.

"Kenapa?"

"Ermm Hyo nak tanya ni.Kalau kaki Encik Mingyu kan,unnie rasa saiz berapa?"

Jisoo yang mendengar mula menepuk dahi.

"Hyo ingat unnie ada masa nak usya kaki dia?"

"Alalalala unnie.Tolonglah.Tolong tanya dia saiz berapa."

"Ishh apa pula.Kantoi lah nanti.Unnie ada idea."

Suara Jisoo memanggil seorang gadis yang sedang berjalan berseorangan melintasi mereka.

"Boleh tak saeng tolong unnie?"

"Tolong apa?"

"Unnie ni nak bagi kasut dekat crush dia tapi dia tak tahu saiz kaki crush dia.Boleh tak saeng pergi dekat crush dia dan tanya berapa saiz kaki dia?"

"Ouhhhh boleh boleh"

Jihyo dan Jisoo sudah tersenyum riang.Jihyo menunjuk Mingyu yang sedang duduk berseorangan di cafe tadi.Jin oppa tidak tahu lah kemana.

Sedang Jihyo meliarkan mata melihat sekeliling,gadis tadi datang menyapanya.

"Unnie.Saiz kaki dia 30."

"Okay thank you."

Jihyo menayangkan senyuman manisnya kepada gadis yang telah membantunya sebentar tadi.Selepas itu,pantas dia membuat pembayaran sekaligus membalutnya sekali.

♡ ♡ ♡

Hannah yang baru balik dari sekolah dengan tangan membawa sebuah kotak sederhana besar itu mingyu pandang aneh.' Datang mana pula kotak ni? '

"Hannah,kotak apa tu?"

"Ni?Ni untuk appa.Ada unnie cantik tadi bagi."

"Siapa?"

"Ermm unnie tu kata jangan bagitau appa siapa dia "

Mingyu pandang anak perempuannya itu dengan pandangan garang.Seolah olah mahu memarahi anak kecil itu.

"Hannaaahh,tak mahu dengar cakap appa ?"

Hannah menundukkan kepalanya.Gentar dengan ayahnya.Takut dimarahi walau dia tiada pula buat silap.Tubir matanya mula bertakung.Menampung permata permata jernih.

Mingyu yang sedari akan hal itu terus berubah riak wajahnya.Tangannya dibawa mengelus lembut ubun ubun anaknya.

Bibir mingyu mengukir senyuman kecil.

"Heyy,sayang.Appa tak marah Hannah lah.Appa gurau je,sayang."

Mingyu mengucup lembut ubun ubun anaknya.Hannah yang mendengar mendongakkan kepala.

" Appa tak marah Hannah? "

"Tak."

"Betul?"

"Ye"

" Betul appa tak marah Hannah?"

" Ye sayang "

" Hmm Hannah minta maaf.Hannah sayang appa ! "

" Appa pun sayang Hannah.Jom kita pergi playground lepas tukar baju "

Hannah bersorak riang.Inilah dunia kanak kanak.Bermain,bermain dan bermain.Tiada masalah yang membelenggu hidup mereka.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now