»05

745 116 10
                                    

“Kau buta atau apa? Tak nampak aku jalan ni sampai boleh langgar aku?”
Soal Jin sinis dengan matanya masih berlawan mata dengan lelaki bertubuh tinggi lampai itu.

“Huh? Lain kali jalan pandang depan. bukan pandang phone kau tu.”
Jihyo yang dihadapan terdengar suara yang sangat dia kenali.
Terus saja kepalanya berpaling ke belakang.

“ Encik Kim? ”
Laju saja bibir Jihyo menuturkan nama lelaki yang dia minati itu. Jihyo memandang Jisoo yang mahu memasuki sebuah kedai terlebih dahulu.

“ Unnie masuk dulu.Hyo nak pergi tandas .”

Jisoo sekadar mengangguk dan terus menilik baju-baju yang terdapat didalam kedai itu. Jihyo pula terus melangkah laju mendekati Mingyu dan Jin yang masih lagi nampaknya berperang mulut.

“ Encik Kim? ”
Jihyo menegur Mingyu terlebih dahulu. Dahi Jin dibuat terkerut-kerut. Pelik Jin kerana tidak menyangka Jihyo dan Mingyu saling mengenali.

“ Jihyo? Awak buat apa disini? ”
Soal Mingyu. Dia memandang Jihyo sekilas sebelum kembali memandang Jin dihadapan nya.

“ Umm, Encik Kim dengan abang ipar saya ni ada masalah ke? ”

Kening Mingyu terangkat sebelah.
“ Abang ipar awak rupanya? Hah nasihat sikit abang ipar awak ni supaya bila berjalan pandang depan bukan pandang phone. Lepastu, sedar salah sendiri. Jangan asyik nak salahkan orang lain .”

Jin mengetap rahang beberapa kali. Tangan juga digenggam erat. Sakit hatinya mendengar perlian pedas dari Mingyu. Jihyo sekadar tersengih suka.

“ savage juga ya encik ni? ”
Mingyu mendengus geram.

Baru sahaja dia ingin meninggalkan Jihyo dan Jin, tangan Mingyu dipegang erat oleh Jihyo. Makin tinggilah perasaan geram dan marah yang Jin tahan tadi.

“ Apa? ”
Soal mingyu mahu tidak mahu.

Jihyo tersengih.
“ Jom lunch dengan saya? Lagipun encik seorang je kan? biar saya teman encik macam haritu di kafe .”
Ajak Jihyo lembut. Telinga Kim Seok Jin seakan-akan bernanah.

Mingyu menghadiahkan senyuman sinis kepada Jihyo.

“ Saya tak akan pernah makan dengan awak kalau dia ada sekali .”
Kata Mingyu tanpa rasa bersalah menundingkan jari telunjuknya kearah Jin.

“ Amboi kau, melampau ya? Kau yang langgar aku .”
Balas Jin geram.

“ Oh ya? Kau yang berjalan tak gunakan mata kau tu .”
Kata Mingyu tenang. Baru sahaja tangan Jin mahu diangkat, Jihyo berdiri diantara mereka.

“ Dahlah tu, Jin oppa. Jisoo unnie ada dalam kedai tu. Oppa pergi lah teman dia, okay? Hyo nak pergi lunch dengan encik Kim ”
Lancar saja Jihyo berkata-kata.

“ Oppa ta benarkan hyo keluar makan dengan dia ni .”

Larang Jin. Mata Jihyo sedikit membulat.
“ Sorry, oppa tak ada hak nak halang hyo.”
Pangkah Jihyo. Jin bertindak memegang kemas lengan Jihyo. Dia mula ingin menarik Jihyo mengikutnya pergi kepada Jisoo.

Namun tiba-tiba pegangan Jin pada lengan Jihyo terlepas kerana Kim Mingyu. Lelaki itu menepis kasar tangan Jin sehingga terlepas.

“ dia. ”

Mingyu menapak setapak mendekati Jihyo.

“ akan. ”

Tangan Mingyu menggenggam erat tangan Jihyo.

“ makan. ”

Mingyu menarik Jihyo merapatinya.

“ dengan aku ”

Akhirnya ayat Mingyu yang sengaja dicakap satu persatu perkataan nya, habis. Urat-urat dileher Jin timbul apabila rasa tercabar dan cemburu.

Manakala Jihyo hanya diam. Dia suka bila Mingyu buat begitu kepadanya. Dalam diam Jihyo menahan sengih. Sungguh dia bahagia dipegang Mingyu sebegitu rupa. Jin akhirnya mengalah.

Dia melangkah pergi kearah Jisoo dengan rasa yang tertahan-tahan. Rasa marah, bengang, cemburu dan bermacam lagi. Mestilah dia cemburu dah kalau Jin itu sudah lama menaruh perasaan pada Jihyo.

Biarpun dia telah BERKAHWIN.

Mingyu yang puas melihat muka marah Jin, tersenyum sinis. Dipandang Jihyo yang kini berada betul-betul ditepinya. Dengan tangan Mingyu yang melingkari pinggang Jihyo.

Tiba-tiba suatu rasa yang aneh muncul dalam diri Mingyu apabila matanya dan mata Jihyo bertembung. Rasa aneh yang pernah Kim Mingyu rasai apabila kali pertama dia sedar yang dia sayangkan isterinya, Roseane.

Mengenangkan itu, pantas kepalanya digeleng beberapa kali sebelum Mingyu menolak Jihyo sedikit kuat agar jauh darinya. Jihyo sekadar tertawa suka.
“ pegang saya lama-lama pun tak apa”

Kata Jihyo bertujuan nak mengusik Mingyu.

“ Diam. Ikut saya kalau rasa masih nak lunch sekali. ”

Mingyu berjalan laju meninggalkan Jihyo. Sekali lagi Jihyo tersengih sebelum mengikut langkah panjang Mingyu.

♡♡♡

“ Jadi, encik buat apa disini? ”
Soal Jihyo setelah dia dan Mingyu selesai memesan makanan masing-masing.

“ Ini mall kan? Tak akan saya dekat sini nak jemput hannah pula kan? ”
Perli Mingyu sinis.

“ Oit dah dah lah jadi savage nya tu encik Kim. Tanya pun tak boleh ”
Jihyo mencebik geram. Mingyu tersenyum sedikit namun senyuman nya mati apabila dia tersedar yang dia tidak sepatutnya tersenyum.

‘ Apa yang aku rasa ni..? ’
Soal hati Mingyu. Mata tajamnya terus memerhati Jihyo yang sedari tadi bercerita dan membebel mengenai sesuatu. Langsung Mingyu tak dengar apa yang dicakapkan kerana dia sibuk.

Sibuk memerhati setiap sudut wajah cantik Jihyo.
‘ rambut panjang ikal mayang, mata tak bulat dan tak sepet, hidung sedikit mancung dan.. bibir merah jambu semula jadi.. cantik. ’
Sekali lagi hati Mingyu berbicara.

‘ kejap-- sedar Mingyu! kau gila ke apa pandang dia tak henti ni?! ’
Mingyu segera mengalihkan matanya dari terus memandang Jihyo. Jihyo pula dalam diam tersengih sendirian.

Bukannya dia tidak perasan yang Mingyu sedari tadi asyik memandangnya.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now