»016

722 103 13
                                    

“ tuan, video ni-- ”
Terus Mingyu merampas telefon bimbit pembantunya, Seungkwan.

Mata Mingyu terbuka luas melihat video kejadian di mall tempoh hari. Api kemarahan nya kembali meningkat.
“ bodoh! tak makan amaran! ”
Carut Mingyu geram.

Seungkwan hanya diam. Takut dengan dia-dia jadi mangsa amarah Mingyu.
“ kwan, cari siapa yang post video ni mula-mula. dah dapat nanti bagitahu ”
Arah Mingyu tegas.

Seungkwan terus mengiyakan.
“ ada apa-apa lagi, Tuan? ”
Soal Seungkwan dalam rasa takut-takut. Mingyu kelihatan berfikir sekejap.

“ ada. call wonwoo, suruh dia jumpa saya malam ni dekat cafe Joshua ”
Tambah Mingyu. Seungkwan akhirnya beredar setelah yakin tiada apa-apa lagi yang Mingyu mahukan.

“ fuh! kesian isteri Tuan Mingyu tu kan? ”
Langkah Seungkwan terhenti apabila mendengar seorang pekerja perempuan seakan-akan membuka meja untuk bergossip.

“ ya! kesian gila! tak malu betul perempuan yang nak rampas Tuan Mingyu tu! ”
Tambah seorang lagi gadis.

“ perempuan tu pekerja baru syarikat ni kan? wah dia masih baru tapi dah berani sampai goda majikan sendiri! ”
Gadis ketiga pula bersuara. Seungkwan naik geram.

Dia berjalan kearah tiga orang gadis itu.
“ hoi perempuan semua! kalau tak tahu cerita sebenar, jangan main gossip ja ya?! aku cili mulut korang nanti tahulah! ”
Itu dia, Diva Boo kita keluar sudah.

Tiga orang gadis itu terdiam. Bukan takut dengan Seungkwan tapi takut kalau-kalau Seungkwan beritahu Mingyu dan mereka akan dipecat.

♡♡♡

“ saya dah balik! ”
Jihyo melangkah lemah masuk kedalam rumahnya. Langkah terus diatur ke ruangtamu.

“ jin oppa? jisoo unnie mana? ”
Soal Jihyo apabila dia hanya nampak Jin diruang tamu itu.
“ dia bawak Dae Han keluar berjalan ”
Balas Jin kemudian tersenyum.

Jihyo sekadar mengangguk. Tiada mood nak senyum balik. Mood dia rosak teruk selama beberapa hari ni. Dan dia juga dah minta cuti pada Minyu untuk beberapa hari.

“ duduk lah sini, hyo ”
Jin menepuk-nepuk sofa bersebelahan nya. Jihyo hanya turutkan.
“ hyo okay tak? kenapa nampak serabut aje ni? ”
Tanya Jin risau.

Tangan Jin juga naik mengusap pipi kanan Jihyo membuatkan gadis itu mati kata. Terpaku dengan perlakuan Jin.
“ oppa.. hyo okay. lepas ya? ”
Lembut Jihyo mengalihkan tangan Jin dari terus menyentuh wajahnya.

Jin yang sedar dia sudah salah langkah, menarik kembali tangan nya. Fokus kembali pada television yang terpasang.
“ hyo naik mandi dulu lah. nanti kalau unnie dan Dae Han dah balik, bagitahu lah”

Jihyo terus meninggalkan Jin seorang diri.
Lelaki berambut blonde itu tiba-tiba menarik segaris senyuman yang agak seram bila dilihat.

“lembutnya pipi dia”
Jin tersengih.

♡♡♡

“ kenapa kau nak jumpa aku ni, gyu? ”
Soal Wonwoo setelah dia dan Mingyu lama mendiamkan diri.
“ aku rasa.. aku dah sukakan gadis yang selalu kacau aku tu ”
Perlahan Mingyu bersuara.

Mata Wonwoo terbuntang agak luas.
“ yang kau jumpa setiap kali hantar Hannah ke sekolah tu ya? ”
Soal Wonwoo dan Mingyu mengangguk jujur.
“ wah-- dia lah yang dalam video tu? ”

“ video..? wah, cepat betul video tu tersebar sampai kau yang duduk di Ilsan pun tahu? ”
Mingyu mengetap bibir, geram masih berbaki. Wonwoo tersengih.
“ ya, aku rasa memang viral ”

“ tapi dia tak salah. jihyo tak salah. kau pun tahukan hubungan aku dengan Roseanne macam mana sejak 4 tahun lepas? ”
Wonwoo pula mengangguk.

“ tu yang aku pelik tu. apahal Roseanne sampai merayu bagai. bukan ke dia tak sayangkan kau dah, malah ada lelaki lain dibelakang kau? ”
Tambah Wonwoo pula.
“ ya. aku tak faham apa yang ada dalam fikiran perempuan tu ”

Mingyu memicit-micit kepalanya, mahu menghilangkan pening tetapi tidak berjaya. Dia betul-betul serabut memikirkan perihal Roseanne Park.

Wonwoo yang kasihan pada teman baiknya itu, menepuk-nepuk bahu Mingyu.

“ ceraikan Rosey secepat mungkin dan kau.. boleh bersama dengan pujaan hati baru kau tu ”
Wonwoo tersenyum kearah Mingyu. Dia tahu, kalau dia tak cakap macam tu pun, Mingyu tetap akan melakukannya.

“ thanks, wonwoo. aku tak tahu siapa lagi dah patut aku beritahu tentang ni semua. yalah, kalau mengadu pada omma aku, mesti dia bising dan menyebelahi Roseanne. dia kan sayang sangat kat Roseanne tu ”

Wonwoo tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya.
“ dah, jangan membebel lagi dah, Kim Mingyu. jom, aku hantar kau balik? ”
Wonwoo berdiri setelah menepuk sekali lagi bahu Mingyu.

“ tak apa lah, aku boleh balik sendiri. kau balik ke dulu. okay? ”
Wonwoo memandang Mingyu was-was.
“ betul ke bro? ”
Soal Wonwoo ingin kepastian.

Yalah, dia takut Mingyu terlampau stress sampai nak bawak kereta laju-laju lepas tu terjun kedalam sungai han. Ha, naya wonwoo nak kena jawab pada ahli keluarga Mingyu memandangkan dia yang meninggalkan Mingyu keseorangan.

“ aih kau ni. ya, aku okay. aku nak singgah rumah Jihyo sebelum aku balik jadi kau tak perlu ikut dan rehat lah dekat rumah”
Tambah Mingyu, cuba meyakinkan Wonwoo.

“ yalah yalah! bye bro! ”
Mingyu tersenyum paksa kearah Wonwoo sebelum kepala ditundukkan. Dia bertekad, dia akan ceraikan Roseanne kerana dia rasa, dia sudah punya perasaan suka pada Jihyo.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now