»012

727 111 8
                                    

*ringan kan tangan awak awak semua type comment kalau nak update lagi laju dri biase huehue

|| 2 years ago..

" jihyo.. "
Jihyo tersenyum manis sebelum memeluk erat tubuh teman lelakinya. Namun, dia mati kata saat lelaki kacak itu menolaknya perlahan-lahan.

" kenapa ni sayang? awak okay? "
Soal Jihyo lalu cuha memegang pipi teman lelakinya. Namun sekali lagi tangan nya ditepis.
" jihyo. mari berpisah "

Cukup dua perkataan itu, dunia Jihyo seakan-akan terus menjadi gelap gelita.
" Jeon Jungkook-- awak kenapa? apa masalah awak? apa masalah kita? sampai kita perlu berpisah? jawab sayang, Jungkook! "

Dada Jungkook terus-terusan dipukul oleh Jihyo. Tetapi wajah Jungkook hanya kosong. Benar, langsung tiada sedih atau bersalah didalam dirinya pada saat itu. Dia malah boleh tersenyum.

" aku dan kau, tak ada masalah. kita berdua, definitely tak ada masalah. cuma, aku dah bosan dengan kau. jadi, harap kau faham dan lupakan aku "

Tenang Jungkook berkata sebelum melangkah keluar dari rumah Jihyo meninggalkan gadis itu terduduk dan menangis seorang diri.

|| now, Seoul City 2018

Jihyo mengeluh berat setelah mengenangkan insiden yang berlaku 2 tahun lepas. Dimana dia dan bekas teman lelakinya berpisah kerana lelaki itu sudah bosan dengan nya.

" dulu.. kau yang pergi. kau yang tinggalkan aku dengan alasan yang tak logik. dan sekarang, kau kembali? nak aku semula? aku rasa, kau memanh bodoh "

Bebel Jihyo seorang diri. Sungguh sakit hatinya apabila memikirkan tentang Jeon Jungkook.
" baik aku fikir pasal Kim Mingyu! eh tapi-- aku masih marahkan dia sebab kejadian di mall tu hm "

Jihyo mengubah posisi pembaringan nya. Hari sudah lewat malam tetapi dia masih belum boleh melelapkan matanya. Tepat pada masa, telefon nya berbunyi.

Dahi Jihyo berkerut melihat nombor yang tidak dia kenali menghantar pesanan kepadanya. Terus aplikasi whatsapp dibuka untuk lanjutan membaca pesanan yang telah dihantar itu.

" maafkan isteri saya atas apa yang dah berlaku pagi tadi "
Jihyo membaca setiap bait perkataan yang tertera di skrin telefonnya. Terus wajahnya berubah beserta moodnya.

" heh aku ingat dah lupa dah "

Jihyo yang tadinya mahu terus memaki hamun Mingyu dan Roseanne terhenti apabila dia teringatkan sesuatu.

Dia teringat yang..
Itu adalah kali pertama Mingyu menghantar pesanan kepadanya. Itu juga adalah kali pertama dia akhirnya tahu nombor telefon Mingyu.

" senanglah kerja aku lepas ni "
Jihyo tersenyum penuh makna.

♡ ♡ ♡

" awak tak malu ya, Roseanne? "
Soal Mingyu dengan mata tajamnya menikam mata bundar Roseanne.

" malu kenapa? "
Soal Roseanne semula, berpura-pura tidak faham dengan apa yang cuba Mingyu sampaikan.

" jangan cabar saya, Rose. Saya ulang, awak tak malu ke dengan apa yang awak buat di mall pagi tadi? "

Sungguh jelas wajah tegang Mingyu pada saat ini. Bermacam rasa sedang dia rasai pada saat itu. Entah kenapa dia agak serabut pada tika itu.

Nama Jihyo juga sedari tadi berlegar didalam benak fikiran Mingyu.

" tak, saya tak malu. dia yang patut malu sebab dah bermalam dirumah suami orang "
Tanpa berlapis Roseanne membalas. Mingyu menggigit pelan bibir bawahnya, menahan rasa geram.

" awak jangan berani cakap macam tu pasal dia. saya kenal dia dan Jihyo tu baik. tak macam apa yang awak sangka "
Roseanne tertawa mengejek apabila Mingyu mempertahankan Jihyo.

" tengoklah awak, gyu. jelas, awak pun sukakan dia macam mana dia sukakan awak kan? dan malam yang awak bawa dia pulang ke rumah kita tu, sebelum tu awak tiduri dia kan? sebab tu dia serabai semacam aja "

Panggg

Wajah Roseanne terpaling saat tamparan hebat Mingyu mengena pipi mulusnya.
" awak-- berani awak, Kim Mingyu! "
Jerit Roseanne dengan mata yang terbuntang luas memandang Mingyu.

Sungguh dia tidak sangka Mingyu akan menamparnya. Malah itu kali pertama Mingyu meyentuh Roseanne dengan kasar sebegitu rupa.

" cukuplah Roseanne! cukup dengan semua ni! saya dah tak tahan dengan awak! mula-mula awak abaikan saya, lepastu awak abaikan Hannah! then, saya dapat tahu awak ada lelaki lain diluar sana! dan sekarang awak nak bercakap buruk pasal orang lain pula?! saya dah penat dengan perangai awak! "

Akhirnya, Mingyu meluahkan segala yang selama ini dia pendam dengan jeritan yang sangat menakutkan. Airmata Roseanne terus tumpah membasahi pipinya.

" fuck all this shit! saya akan tidur dirumah Wonwoo malam ni. esok, pagi bila Hannah dah bangun,pandai-pandai lah awak jaga dia sementara saya tak ada ! "

Mingyu terus melangkah meninggalkan Roseanne dan kediaman yang mereka kongsi bersama. Kepalanya pada saat itu sungguh kusut.

Da entah mengapa, dia terfikirkan Jihyo.

" mata dia.. hidung dia.. bibir dan senyuman dia.. "
Mingyu tersenyum apabila wajah Jihyo singgah difikirannya. Rasa kusut yang ada padanya tadi seolah-olah berkurangan.

" berhenti fikir pasal dia, Kim Mingyu! kau dan dia tak lebih dari kenalan yang baru berjumpa tak sampai 5 bulan! "
Bebel Mingyu pada diri sendiri. Sedaya upaya dia membuang rasa aneh yang dia ada untuk Jihyo.

Namun hampa.
Rasa-rasa itu tidak berjaya dibuang.
Malah Mingyu sudah boleh agak, rasa istimewa yang dia ada pada Jihyo bakal bertambah, bertambah, dan bertambah.


INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now