»026

677 110 15
                                    

“ kenapa unnie ada dekat sini? jin oppa mana? ”
Soal Jihyo sebaik dia memasuki rumah. Sudah seminggu lebih dia tidak pulang kesana.

Namun kerana amarahnya kepada Mingyu, pasti saja Jihyo pulang. Memang taklah dia nak duduk lagi di apartment Mingyu setelah kata-kata Mingyu berjaya menghancurkan hatinya.

Jisoo tersenyum kelat mendengar persoalan Jihyo itu. Ditarik adiknya itu agar mereka duduk bersebalahan. Lalu Jisoo memeluk Jihyo erat.

Jihyo yang kebingungan bertambah bingung apabila Jisoo mula menangis. Terus Jihyo juga memeluk Jisoo dengan erat.

“ jin dan unnie dah bercerai.. ”
Perlahan saja suara Jisoo. Jihyo mati akal. Berita itu benar-benar mengejutkan Jihyo.

“ jadi unnie tak jadi balik ke HongKong? ”
Jihyo bertanya setelah agak lama dia berdiam diri.

“ jadi dan dia akan balik ke HongKong bersama kamu, Jihyo. tiada bantahan ”
Tiba-tiba suara Puan Song kedengaran.

Jihyo memandang Puan Song dengan pandangan terkejut.

“ kenapa tiba-tiba, omma?! jihyo tak mahu!” Jihyo akhirnya memprotes. Puan Song tersenyum sinis. Dia berjalan mendekati Jihyo dan Jisoo.

Sebuah tamparan yang agak hebat mengena di pipi kiri Jihyo.

“ sebab aku nak kau jauh dari Kim Mingyu! aku nak selamatkan anak aku dari lelaki tak guna macam dia! kalau isteri dia sendiri dia sanggup curangi, inikan pula kau! perempuan simpanan dia! ”

Jeritan lantang Puan Song kedengaran disegenap ruangan itu. Jihyo buat kesekian kalinya mati kata. Kepalanya ditundukkan. Menahan diri dari menangis.

Dan dia teringat apa yang berlaku siang tadi. Mingyu.. benar-benar telah melukakan hatinya.

“ omma tak perlu paksa saya. saya akan ikut Jisoo unnie dengan rela hati. kalau omma tak nak saya balik sini lagi pun takpe. saya tak kisah ”

Jisoo memandang adiknya dengan pandangan tidak percaya.

“ itu maknanya hyo kena tinggalkan Mingyu-- ”

“ ya, unnie. hyo tahu. mungkin ada betulnya kata omma tu. hyo akan ikut unnie dan mulakan hidup baru ”

Puan Song terdiam sebelum tersenyum puas.

“ bagus, akhirnya anak omma dah kembali. takde dah setan yang merasuk kamu kan? ”
Perli Puan Song dengan senyuman puas nya itu.

♡♡♡

“ Roseanne, awak dah ada Jungkook. tapi kenapa awak buat saya macam ni? kenapa awak masih nak ikat saya dengan perkahwinan tanpa makna kita ni? ”

Mingyu jatuh melutut dihadapan Roseanne. Airmatanya juga gugur buat kali pertama. Seumur hidupnya, tidak pernah Mingyu menangis dihadapan seseorang.

Malah lelaki itu jarang sekali menangis. Atau boleh dikatakan, kali terakhir dia menangis adalah 10 tahun yang lepas.

“ sebab saya masih nak jadi isteri awak ”

“ habis jungkook? apa ni, Roseanne? awak tak boleh sukakan dua lelaki dalam satu masa yang sama ”

Suara Mingyu jelas bergetar kerana menangis. Roseanne diam untuk seketika. Dipandang Mingyu yang nelutut dihadapan nya itu.

“ saya tak kisah. saya nak awak dan saya juga nak Jungkook ”

Roseanne mengusap rambut hitam Mingyu dengan lembut. Sengaja dia berbuat begitu. Cuba memujuk Mingyu.

“ awak gila dan awak teruk, Roseanne. perempuan paling teruk yang pernah saya jumpa. sumpah. ”

Tanpa Mingyu sedar, Roseanne tersenyum sinis. Dia suka melihat Mingyu dalam keadaan lemah sebegitu rupa.

“ shh, jangan menangis, gyu ”
Roseanne turun dari katil lalu memeluk Mingyu. Kononnya pelukan yang membawa makna kasih sayang.

Namun ianya palsu. Dia tidak mahu kehilangan Mingyu atau dalam kata lain, dia tidak mahu kehilangan duit Mingyu.

♡♡♡

“ setidaknya bagitahu Mingyu yang kita akan ke airport esok, jihyo ”
Jisoo mengusap perlahan kepala Jihyo.

“ tak perlu, unnie. dia bukan kisah pun. dia pun bukan siapa siapa pada hyo. dia cuma seorang kenalan ”

Ada nada dingin dalam nada suara Jihyo. Jisoo sekadar mengeluh sebelum bangun dari duduk lalu keluar dari rumah. Dia mahy menghiru pudara segar.

“ aku tak dapat pengakhiran yang bahagia, nampaknya Jihyo pun sama. malangnya nasib kami adik beradik ni, wahai tuhan ”

Jisoo tersenyum kelat memandang kearah langit. Entah kenapa dia rasa yang hidup ini terlalu kejam terhadap dia dan Jihyo.

“ jin.. ”

Nama bekas suaminya bergayut dibibir Jisoo. Dia rindukan lelaki itu. Tetapi dalam masa yang sama, dia bencikan Jin dan cinta palsu lelaki itu.
Jihyo pula didalam biliknya hanya memandang kosong ruangan sederhana besar itu.

Didalam fikirannya penuh dengan wajah Mingyu, didalam hatinya pula penuh dengan nama Mingyu. Dia juga rindukan Mingyu.

Tapi Jihyo tahu, dia dan Mingyu tidak mungkin akan dapat hidup sekali.

Dan esok, dia dan Jisoo akan berangkat ke HongKong. Jihyo hanya harapkan satu. Dia berharap agar dia dapat lupakan Mingyu.

Dan mulakan hidup baru tanpa Mingyu bila dia sampai di HongKong nanti.

“ selamat tinggal, Kim Mingyu ”

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now