»013

778 105 6
                                    

Jam loceng yang berbunyi nyaring itu dicapai lalu dicampaknya.

' Maaflah , aku langsung tiada rasa minat nak jejak kaki di office itu. '

Jihyo kembali masuk ke dalam selimutnya.Dia tidak sedih , cuma marah.Ya , marah.Salahkah kalau dia nak marah bila ada manusia yang panggil dia sundal ?

Kepala yang serabut itu dihentak hentak ke tilam.Rambut jihyo , tak usah tanya , sudah serabai teruk.Dia lantas bangun dari katilnya dan melangkah menuju ke bilik mandi.

Badan yang lemah itu disegarkan.Jihyo merendamkan keseluruh tubuhnya ke dalam bathtub itu.Habis dengan kepala kepala masuk.

Otak ligat memikirkan segala masalah yang melanda dirinya.

' Mengapa semua masalah harus datang dalam satu masa ? '

Dan ada juga satu nama yang acap kali singgah di kotak fikiran Jihyo.

Kim Mingyu.

♡ ♡ ♡

Mingyu sedari tadi memandang kosong semua kertas kerja yang ada diatas mejanya. Dia sebenarnya sedang menunggu PA nya untuk mengumumkan kehadiran seseorang.

Siapa lagi kalau bukan Jihyo.

Jam tangan berjenama Rolex nya dipandang sekilas. Sudah pukul 9:15 minit dan bayang gadis remaja itu masih tidak kelihatan. Kepala Mingyu tertunduk kerana dia sedang memikirkan sesuatu.

" kenapa kau tak datang.. huh? "

Namun kemudian, kepalanya ditegakkan kembali. Badan disandarkan pada kerusi sebelum kepalanya yang terasa pening dipicit bersama keluhan berat.

" kau boleh ke, gyu? sah lah dia tak akan datang lepas apa yang dah jadi di mall tu "
Mingyu mendengus kasar. Marah pada dirinya.

Kenapa lah dia terlalu lambat bertindak apabila Roseanne sewenang-wenangnya memaki dan mencaci Jihyo didepan matanya.

" Encik Kim, meeting encik dah nak mula ni. jom? "
Terus mata Mingyu jatuh memandang PA nya, Choi Hara.
" batalkan. batalkan semua meeting saya harini. saya ada urusan diluar pejabat "

Mulut Hara dibuat ternganga luas.

' biar betik boss aku ni?! tak pernah ada apa-apa yang boleh buat dia tinggalkan meeting dia? isteri dia masuk hospital pun dia tak batalkan meeting! ini-- keajaiban betul ni! '

Senpat Hara bercakap tentang sikap Mingyu yang tidak pernah dia lihat itu.
" b-baik encik Kim. nak saya re- schedule semua meeting tu ke? "
Mingyu mengangguk sekilas sebelum terus meluru keluar dari pejabatnya.

Hara dibuat mati kata.
" fuhh! apa-apa pun yang buat encik Kim batalkan meeting dia mesti sangat penting malah lebih penting dari isteri dia! "
Bebel Hara sendirian sebelum turut keluar dari pejabat besar Mingyu.

♡ ♡ ♡

Sedang elok Mingyu memandu, matanya tertancap pada dua susuk tubuh didalam sebuah cafe. Satu darinya amat Mingyu kenal.

' Jihyo? siapa pula disebelah dia tu? '

Terus keretanya diparkir dibahu jalan lalu laju saja kakinya melangkah kearah cafe tersebut.

" lepaskan saya, jungkook! saya taknak tu taknak lah! "

" awak fikir saya kisah? tolonglah, jihyo! beri saya lagi satu perluang! "

" tak dan tak akan! saya dah ada kekasih baru lah! "

Mendengar itu, Jeon Jungkook tersenyum mengejek. Dia yakin Jihyo sedang cuba berbohong kepadanya. Baru sahaja Jungkook mahu memegang tangan Jihyo, satu tangan lain terlebih dulu menyambar dan menggenggam erat tangan gadis itu.

Terus Jihyo sedikit mendongak untuk melihat wajah lelaki tinggi yang telah memegang dan menarik tubuhnya supaya mereka berdiri lebih dekat.

" Mingyu? "

Mingyu memasang riak wajah tenang sebelum matanya dan mata Jungkook membalas tatapan.
" kau?-- kenapa kau pegang dia hah?! "
Suara Jungkook meninggi tanda tidak puas hati.

" sebab dia teman wanita aku. dia milik aku "
Tenang Mingyu menjawab. Jungkook terdiam. Hanya matanya yang memandang Mingyu dengan pandangan marah dan berang.

Jihyo pula sudah mati kata. Jantungnya berdegup kencang mendengar bait kata yang Mingyu katakan kepada Jungkook.

Sungguhpun dia tahu lelaki itu tidak memaksudkan kata-katanya, tetap saja Jihyo berasa debar dan bahagia.

" sekarang,, kau lihat sendiri. dia betul-betul dah ada teman lain. jadi aku rasa, kau dah boleh berhenti ganggu dia "
Sekali lagi Mingyu bersuara.

" baiklah. untuk sekarang, aku biarkan dulu. tapi aku tak janji yang aku takkan cuba untuk dapatkan jihyo lagi sekali "
Jungkook berkata sinis sebelum melangkah pergi.

Sempat dia sengaja melanggar bahu Mingyu sehingga Mingyu terdorong sedikit kebelakang. Jihyo yang dari tadi berada selamat didalam dakapan Mingyu dilepaskan perlahan-lahan.

" awak okay? dia ada buat apa-apa yang tak elok pada awak, hm? "
Soal Mingyu sambil tangan nya memegang erat kedua bahu Jihyo.

Langsung Mingyu tidak pedulikan mata-mata yang memerhati mereka sejak tadi.
" saya okay. lepas. nanti makin ramai pula orang panggil saya sundal "

Mingyu menggigit pelan bibirnya apabila mendengar perlian sinis Jihyo itu.
" duduk. kita perlu berbincang "
Tegas saja bunyi arahan Mingyu itu.

Jihyo hanya akur kerana berasa seram dengan Mingyu.
" jadi, apa yang perlu dibincangkan sangat tu? penting? "
Soal Jihyo nak tak nak.

Mingyu mengeluh.
" kenapa tak masuk kerja? "
Jihyo hanya diam. Sekali lagi Mingyu mengeluh kesal.

" look, kalau ini sebab hal dimall tu, tolonglah. saya minta maaf. jangan serabutkan diri awak dah. masuk kerja dengan saya. macam mana awak nak sara diri kalau awak tak bekerja huh? nak harapkan omma dan kakak awak tu aje ke? "

Jihyo hanya diam, setia mendengar bebelan demi bebelan yang dilemparkan oleh Mingyu.

Dalam diam, bibir Jihyo mungkir segaris senyuman. Entah kenapa dia rasa yang Mingyu sedang risaukan dia sebab itulah Mingyu membebel secara percuma.

Dan sebenarnya, Jihyo tidak terlalu memberi perhatian kepada bebelan Mingyu. Sebaliknya, mata dan fokus Jihyo adalah pada bibir Mingyu.

' sexy '

Bisik hati nakal Jihyo.
" hey Cik Jihyo, saya bercakap dengan awak ni. awak pandang apa tu? dengar tak apa yang saya cakap? "

Terus Jihyo mengembalikan fokusnya kepada keseluruhan wajah Mingyu, bukan hanya bibir lelaki itu.

' ops-- bibir awak lagi menarik dari bebelan awak, encik Kim '

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now