»014

739 103 19
                                    

Rindu saya ? ( '∀`)☆ eh entah ada ke tidak orang rindu HAAHHAHAHAHAHAHAHA


Genap seminggu Jihyo tidak jejakkan kaki ke tempat kerja barunya.Ya , selama seminggu itu juga otaknya ligat memikirkan patutkah dia berkerja di syarikat mingyu ? Patutkah dia melibatkan diri dalam syarikat itu .

Dan kini , dia sudahpun berada di tempat kerjanya.Di meja kerjanya.Di bilik kerja nya sendiri.Tak diterima akal apabila dia masih diterima bekerja di sini.Sangkanya dia tak akan diterima lagi kerana seminggu kot dia tak hadirkan diri.

dah macam nak bagi keputusan terima lamaran meminang ke tak ahahah.

Fail yang bertimbun di atas meja dipandang sepi.Jam tangannya yang elok terletak di pergelangan tangan , ditatap.

' Ouh , sudah tiba waktu untuk lunch.Sorry ya file file sekalian , makanan lagi menggoda.'

Seraya itu pantas jihyo meninggalkan bilik kerjanya.Elok sahaja dia berjalan ingin ke lift , terasa badannya berlanggar dengan sesuatu.Bukan sesuatu , tapi seseorang.

Pantas kepalanya didongak melihat gerangan yang melanggar tubuh nya.Lidah yang tadinya ingin memaki hamun terus saja terkelu.Segala pergerakannya seolah olah terhenti.

Atau mungkin masa memang terhenti?

" Erkk encik mingyu . Maaf , saya tak sengaja. "

" Erm tapi ada balasannya . "

Jihyo menayangkan mukanya yang penuh dengan tandatanya.' Dia yang tiba tiba berdiri depan aku , aku pula yang dihukumnya ? Wahh bagus bagus saya suka em '

" Awak wajib lunch dengan saya dan hannah.Takpe , saya belanja . "

" Maaflah , saya tak mahu lah nanti takut terserempak dengan isteri encik , nanti lagilah dituduhnya saya ni menyundal dengan suami kesayangan dia ni . "

" Saya tak minta pendapat ataupun kebenaran awak , sweetheart . Saya kata wajib jadi yaaa awak perlu patuhi . Ok jom ."

Tangan kecil jihyo itu ditarik lembut oleh mingyu.Jihyo yang terkedu itu hanya merelakan. Tak dinafikan , dia juga rindukan hannah.

♡ ♡ ♡

Sementara menunggu pesanan mereka tiba , jihyo ralik berbual bual bersama hannah . Mingyu pula setia dengan gadget nya.

Tiba tiba satu pesanan masuk.Mingyu lantas membuka pesanan dari isterinya itu.Laju saja jari jemarinya membalas pesanan sang isteri.

Jihyo yang melihat mingyu ralik membalas pesanan seseorang itu mula berasa panas hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihyo yang melihat mingyu ralik membalas pesanan seseorang itu mula berasa panas hati.Bayangkan , makanan sudah sampai namun mingyu langsung tak menyedarinya.

Hannah mula menukar tempat duduk.Badan dibawa duduk di sebelah appanya.Mata kanak kanak itu pula mula menjenguk jenguk telefon pintar ayahnya.

" Omma ajak kita lunch sekali ? "

Mingyu sudah tersentak.Jihyo pula sudah sedia dengan muka bengangnya.

' Wah wah wah patut saja tak sedar makanan sudah sampai.Chat dengan kesayangan rupanya. '

" Saya mengganggu ya ? Maaflah saya tak tahu pula. "

Jihyo mula bangkit dari kerusinya.

" Ehh tak tak lunch kami tak jadi. Duduk balik . "

Tangan jihyo diraih oleh mingyu supaya duduk kembali.

" Sudah sudah mari makan . "

Hannah menayangkan muka masamnya.Jarang jarang ommanya mahu makan bersama , ini sudah tiba masanya , appa pula tak mahu.

Makanan yang menjadi pesanan kanak kanak itu tadi langsung tidak luak . Geram kerana tak dapat makan tengahari bersama omma nya.

Anak mana yang tak mahu kasih sayang daripada omma kandungnya kan ?

♡ ♡ ♡

Roseanne yang geram itu mula menukar pakaiannya.Lokasi Mingyu pantas saja dijejaknya.Dia harus cari tahu ! Entah entah perempuan sundal itu yang menjadi peneman suaminya !

Mall yang menjadi lokasi Mingyu berada itu dipandang sinis . Jangan cabar aku , jihyo . Aku akan buat apa saja asalkan Mingyu , aku punya .

Bertambah sinis senyuman wanita itu apabila melihat kelibat mingyu , jihyo dan hannah keluar dari mall itu seperti sebuah keluarga yang bahagia.

Tangan kanan mingyu memegang tangan kiri hannah manakala tangan kiri jihyo memegang tangan kanan hannah.

' Kau tunggu saja ya perempuan sundal . Aku akan pastikan kau menyesal bermain dengan aku . Aku akan pastikan kau dapat malu hari ini juga . '

Kaki Roseanne muka melangkah ke keluarga yang kononya sebuah keluarga itu . Lantas , tangannya naik dan akhirnya hinggap di pipi mulus jihyo.

Tak tak. Takde adegan lempang harap maklum.

Tangannya diangkat meraih tangan jihyo.Mata Roseanne yang cantik itu mula berair.Tambah lagi , gelagatnya yang seakan merayu rayu itu.

Jihyo tak mampu buat apa apa . Dia juga terkesima dengan apa yang berlaku .

" Tolong , tolonglah cik jihyo . Saya minta sangat tolong jangan rampas suami dan anak saya . Saya sudah tiada apa apa lagi selain dia dan anak saya ."

Roseanne masih lagi mengalirkan air matanya . Tangannya mula turun ke kaki jihyo . Melutut kepada jihyo.Meminta agar tidak mengambil keluarganya.

Orang ramai yang lalu lalang di mall itu apa lagi , masing masing mengeluarkan gadget . Merakam detik detik lakonan hebat Roseanne Park .

Jihyo dan Mingyu sudah tak tahu ingin berkata apa . Hanya berharap semua ini mimpi . Apa , gila sungguh isterinya kalau kalau benda ini realiti. Tak sanggup rasanya dia mahu terima semua kejadian ini .

Dia cuma kasihan kan jihyo . Kalau dia tidak membawa jihyo keluar lunch bersama , pasti sahaja mereka tidak jadi begini . Ya tuhan , tolong katakan semua ini hanya mimpi semata mata .

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now