»023

732 101 26
                                    

Sedang jihyo khusyuk menyiapkan sarapan buat dia dan mingyu , tiba tiba ada tangan yang melingkari pinggangnya dari belakang .

" hye . "

Kepala mingyu direhatkan di atas bahu kanan jihyo . Jihyo pula sudah kaku tidak bergerak .

" Erm hye . Err mingyu saya tengah masak ni . "

" Ohh iya ? Masak apa ? "

" Scramble egg dan roti bakar je . Takpe kan ? "

Mingyu hanya menganggukan kepalanya .

" Ish sudah lah tu . Duduk sana , nanti saya siapkan sarapan . "
Nada jihyo berbaur kemarahan . Sedang asyik memasak , ada pula yang mengacau , siapa saja tak naik angin ?

" Ok ok teruskan . "

Pantas saja meja makan menjadi tujuan mingyu .

Tidak sampai 5 minit , sarapan sudahpun dihidangkan .

Baru saja tangan Mingyu ingin mencapai makanan, telefon yang berada didalam poket seluarnya berbunyi.

Terus saja panggilan dari nombor yang tidak dikenali itu diangkat. Jihyo pula hanya memerhati Mingyu.

Riak wajah Mingyu berubah tegang setelah beberapa minit panggilan itu berlanjutan.

“ haih-- ”

Mingyu mengeluh setelah panggilan dimatikan. Dia memandang kearah Jihyo dengan riak wajah bersalah.

“ awak habiskan sarapan, okay? saya perlu pergi ni. ada hal penting di pejabat ”
Kata Mingyu sambil bangun dari duduk.

Sempat Mingyu berjalan kearah Jihyo lalu dahi gadis itu dicium.

Jihyo mahu menghalang pemergian Mingyu tapi entah kenapa mulutnya bagai terkunci.

“ tak guna! kot ya pun penting, makan lah tu! buat penat je masak! ”

Jihyo merungut seorang diri. Hilang mood nya untuk makan pagi itu. Terus Jihyo bangun dan berjalan kearah pintu apartment.

Menunggu Mingyu sambil memeluk tubuh.

Dan tak sampai 10 minit, Mingyu sudah berjalan kearah pintu keluar dengan pakaian casual.

Mingyu memakai Jeans dan kemeja hitam yang lengan nya dilipat separas siku. Rambut lebatnya juga disikat kebelakang. (macam dekat MAMA HK. HOTTTTT)

“ eh? nak pergi pejabat ke nak dating dengan isteri awak? ”
Soal Jihyo sinis. Mingyu memandang Jihyo dengan pelik.

“ kenapa cakap macam tu? ”

“ dah awak pakai macam ni. kacak dan kemas macam nak impress someone je ”

Mingyu ketawa mendengar bebelan Jihyo itu. Terus tangan nya dibawa melingkari pinggang Jihyo lalu ditarik badan mereka agar dekat.

Jihyo sekadar berdecit lalu memalingkan wajah. Merajuk lah katakan.

“ hey, kalau betul saya nak impress someone, that someone is you. okay? saya dan Roseanne, we're over. i want you to be my forever ”

Lembut saja tutur kata Mingyu. Jihyo akhirnya memandang kearah Mingyu. Dia kaku apabila wajah Mingyu dan wajahnya benar-benar rapat.

Kalau salah seorang dari mereka bergerak, mereka pasti bercium.

Mingyu tersenyum suka melihat wajah Jihyo yang sudah merah.

“ comel ”

Bibir Mingyu mencium pantas pipi Jihyo sebelum terus keluar dari rumah.

Jihyo? Ha kaku dia situ. Terkejut gamaknya. Dan pipinya masih merah. Malu tapi suka auch.

♡♡♡

“ Puan Song ”

Mingyu menghulurkan tangan nya untuk salam perkenalan namun wanita tua itu hanya memandang jelek huluran Mingyu itu.

“ duduk je lah, Kim Mingyu. saya tak ada masa nak salam perkenalan atau apa-apa yang lain ”

Mingyu menarik kembali tangan nya lalu duduk dihadapan Puan Song.

Wanita tua merangkap omma kepada Jihyo itulah yang telah menghubungi Mingyu sewaktu dia ingin bersarapan tadi.

Mingyu pula terus bersetuju apabila dia tahu Puan Song itu omma Jihyo.

“ jadi, kenapa ya Puan? ”

“ mana anak saya? dah dekat seminggu dia tak balik kerumah ”

“ anak puan, puan tanya saya kenapa? ”

Sakit hati Mingyu apabila Puan Song berbicara seolah-olah dia bukan penyebab Jihyo keluar rumah dan menangis sakan.

Puan Song yang terkejut dengan jawapan Mingyu itu terus memandang Mingyu dengan pandangan geram.

“ saya tau kamu tau dia dekat mana. dan saya jugak tau kamu, Kim Mingyu dah beristeri dan ada anak. jadi, jauhkan diri kamu dari Jihyo ”

Mingyu sudah agak Puan Song akan kata begitu.

“ saya akan bercerai dengan isteri saya ”

“ tak guna punya anak. sampai rosakkan rumah tangga orang lain. tak pernah aku ajar dia jadi perempuan sundal ”

Mingyu mengejap rahangnya beberapa kali. Suasan diantara mereka berdua kini menjadi semakin tegang.

“ dia tak rosakkan apa-apa. saya dan isteri saya memang dah lama rancang untuk bercerai ”

Mingyu cuba mengawal suara dan emosinya. Kalau Roseanne pun dia sanggup tampar kerana memanggil Jihyo sundal, pasti pada Puan Song pun dia boleh buat begitu.

“ konon. keputusan saya masih muktamad, jauhi Jihyo atau kamu tak akan dapat jumpa Jihyo dah ”

Puan Song kemudian pergi meninggalkan Mingyu dengan rasa serabut yang teramat.

“ maaf, saya mungkin tak akan dapat ikut arahan puan tu ”
Mingyu mengeluh pelan.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now