»02

874 104 5
                                    

Song Jihyo

Jam tangan yang terlilit elok di pergelangan tangan itu aku tilik.Jarum jam sudahpun menunjukkan angka 1 menandakan waktu Daehan pulang dari sekolahnya.

Bergegas aku mengemas meja yang berselerak dengan kertas kertas kerja.Lambat nanti takut tak dapat jumpa dia huhu.

Kereta merah kesayanganku itu aku pandu dengan perasaan riang.Bergema lagu boom boom di dalam kereta ini.Setibanya aku di hadapan sekolah Daehan,terus sahaja aku meluru ke kelasnya.

Aku lihat suasana di dalam kelas Daehan agak sesak.Tak,bukan agak tapi memang sesak gila!Memang pada mulanya aku tak mahu masuk ke dalam memandangkan aku benci akan suasana yang sesak.

Namun,segalanya terbatas apabila mataku tertangkap figura lelaki yang aku langgar pagi tadi.Terus sahaja kakiku melangkah menyelinap masuk ke dalam kesesakan durjana ini.

Aku lihat dia sedang ralik berbual bual bersama seorang guru perempuan yang muda.Tak,aku bukannya cemburu ke apa cuma hmm entahlah haha cuma rasa tak suka tu datang menjengah hati aku.

Boleh pula dia tersenyum sebegitu dengan guru tu.Dengan aku pagi tadi punyalah serius je memanjang.Mataku tertacap pula pada tangannya.

Walau seleka bagaimanapun dia berbual,tangannya masih setua memegang erat tangan gadis comel itu.Tanpa sedar,aku tersenyum kecil.

Daehan yang sedang berseorangan di satu sudut terpencil itu aku dekati.

"Yah!Kenapa duduk seorang diri di sini?"

"Hmm.Noona lambat.Daehan lapar lah.Jom pergi cafe kegemaran noona tu,nak?"

"Hmm boleh juga.Lagipun,dah lama juga noona tak pergi ke sana."

Beg ultramannya itu aku angkatkan.Lalu tangan kecilnya menjadi pimpinanku.

Di dalam kereta,daehan riuh bercerita tentang sekolahnya.Dia kata,dia berkawan dengan budak perempuan yang comel itu.Ya!Yang ayah dia aku langgar tu!

Aku di sebelah hanya setia memasang telinga.Aku nak juga tanya apa nama ayah budak yang comel itu.Tapi,Daehan seolah olah tidak mahu ada yang mengacau penceritaannya.Jadi aku buat keputusan untuk berdiam diri.

Sampai sahaja di hadapan cafe kegemaran aku itu,aku pimpin tangan daehan memasuki cafe itu.Memandangkan sekarang waktu lunch,cafe itu sedikit penuh.

Kami duduk di tempat yang sedikit terpencil.Maklumlah,aku tak suka tempat yang terbuka.Daehan pula tiada kuasa untuk membantah.Jadi,ikutkan saja lah.

Sedang menunggu pesanan tiba,aku mengajukan soalan terhadap adik kesayangan aku seorang ini.

" dae han, budak perempuan comel tu sekelas dengan dae han kan? "

" nae, noona "

"Yang selalu hantar dia tu pula? ayah dia? nama dia apa ya, han? "

" nae, majayeo. Kim Mingyu ahjussi "

Buat seketika,aku terberimaginasi.

Nama yang indah,

Seindah wajah kacaknya, tubuhnya yang tegap, bibirnya yang kemerahan dan kening dia yang terukir cantik, juga rambut hitam lebatnya.

Oh, sungguh indah.

S

ebelum pelayan tadi menjentikkan kedua jari hantu dan ibu jarinya di hadapan mata aku.Terus sahaja aku tersentak.

Dia tersenyum sumbing melihat aku yang tersentak itu.

"Sorry unnie,saya ingatkan unnie aa sakit sakit ke hehe."

Cis,nasib sahaja budak ni cantik.Eh?

"Hmm takpe.Thanks sedarkan unnie dari mengelamun tadi."

"Hehe,no problem lah.Ok,bye!"

Dia beredar dengan sangat riang memulakan kembali kerjanya.Daehan pula sedang ralik melantak red velvet kegemarannya.

♡♡♡

"Hannah, jom balik."
Hannah sekadar menganggukkan kepalanya dengan senyuman manis. Langkah kecil Hannah mengikut langkah bapanya, Kim Mingyu.

"Pakai seatbelt, babygirl."
Dan sekali lagi Hannah menurut arahan bapanya tanpa bantahan. Setelah itu, Mingyu memulakan pemanduan. Mana lagi destinasi nya kalau bukan ke rumah.

Dalam lingkungan 15 minit memandu, kereta mewah Mingyu masuk kedalam kediaman besar Kim.
Tangan Hannah dipimpin semasa menuju masuk kedalam rumah.

"Mama! Hannah dan papa dah balik! mama kat mana~"
Riuh hannah sebaik dia melangkah masuk kedalam rumah. Mingyu tersenyum sedikit. Geli hati dengan sikap Hannah.

"Hannah, papa rasa mama ada di bilik. apa kata hannah pergi mandi dan suruh Choi ahjumma sediakan makan tengahari?"

Kata Mingyu lembut sambil mengusap perlahan kepala Hannah.

"Eung, papa!"

Dengan kaki comelnya, Hannah berlari anak menuju kebiliknya. Mingyu pula mengambil langkah menuju kearah bilik yang dia kongsi dengan isterinya.

"Roseanne ."
Panggil Mingyu saat melihat isterinya sedang duduk diberanda bilik.

"Ya?"
Balas Roseanne malas. Malah kepala tidak dipusing untuk melihat si suami yang baru pulang.

"Awak belum makan tengahari kan? marilah makan sekali.Hannah dah tunggu awak."
Kata Mingyu sambil menanggalkan tali lehernya. Lengan baju juga dilipat sehingga ke siku.

"Awak turun lah dulu, gyu.Nanti saya ikut."

Balas Roseanne dengan matanya masih memandang kearah luar. Mingyu mendengus perlahan.

"Pandang saya Roseanne Kim, bila awka tengah bercakap dengan saya!"

Cukup satu gertakan, Roseanne langsung bangkit dari duduknya dan mendekati Mingyu. Mata bundar Roseanne berlawan tatapan mata tajam suaminya, Mingyu.

"Mingyu, tolonglah. saya betul-betul menyampah dengan awak ni!"

Teriak Roseanne sedikit kuat. Tidak mahu Hannah dan orang gaji mereka, Choi ahjumma dengar jeritan nya.

Mingyu memandang Roseanne tajam.
"Roseanne. saya tak faham apa masalah awak.Saya tak faham apa masalah kita.Kenapa kita jadi macam ni?Kenapa lepas 3 tahun perkahwinan kita,awak berubah sampai macam ni?"

Panjang Mingyu berkata-kata. Tak, tiada nada sedih didalam percakapan nya. Yang ada cumalah ketenangan. Kerana dia sudah biasa. Biasa dengan sikap isterinya yang berubah sejak bertahun yang lepas. Mingyu sendiri tidak pasti mengapa dia berubah.

Roseanne merengus geram.
"Saya dah banyak kali cakap, ceraikan saya!Tolonglah, gyu!Susah sangat ke?!Saya tak rasa awak masih cintakan saya lepas apa yang dah jadi.So,ceraikan saya! "
Bentak Roseanne lagi

Mingyu sekadar tersenyum sinis.
"Ya,saya memang tak cintakan awak dah.Perasaan saya dah lama mati untuk awak, Roseanne.Tapi, saya sayangkan Hannah.Saya tak sanggup tengok dia terluka kerana kita berpisah.Tidak lagi sebumbung. Tolong faham."

Balas Mingyu tenang sebelum mendekatkan lagi jaraknya dengan jarak Roseanne. Dipegang dagu Roseanne lalu bibir isterinya dicium agak lama. Roseanne juga hanya membiarkan. Dia sudah biasa dengan sikap Mingyu yang satu itu.

"Makan sekali."
Arah Mingyu setelah ciuman dileraikan.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae






[C] InsanityWhere stories live. Discover now