»09

706 108 11
                                    

Champagne di dalam sebuah gelas
jihyo teguk rakus.Kepala mula berpusing pusing. Betapa bodohnya dia, hanya disebabkan bekas teman lelakinya, Jihyo meneguk air yang memabukkan itu.

Rambut yang pada mulanya kemas sudah habis serabai teruk.Dirinya memang benar benar kusut sekarang ini.

Dengan kerja yang sudah tiada , Dengan si dia yang muncul tiba tiba .

Gelas yang sudah kosong , jihyo hulurkan sekali lagi ke bartender club itu. Menyuruhnya untuk sekali lagi memenuhkan gelas itu dengan champagne.

Sekali lagi air dalam gelas itu habis.Sekali teguk sahaja , ianya meluncur laju dari mulut , kerongkong dan akhirnya ke perut.Jihyo kelihatan gembira.Dunia ini seolah olah dia yang punya.

Sudah rasa puas melayan air yang mengkhayalkan itu , dia mula mengangkat kaki ingin beredar.Kepala terasa berpusing pusing namun dia gagahkan badan untuk berjalan.

Tangan kiri setia memegang palang palang yang berdekatan manakala tangan kanan memegang kepala yang berpusing pusing.

Tidak lama sebelum selamat tubuh Jihyo jatuh keatas lantai kyo club itu , ada satu tangan yang menyambut.Tangannya erat memegang pinggang ramping jihyo.

Harumannya menusuk hidung.
'Arhhh ,kenapa wangi sangat ? '
Jihyo jadi lebih berani , tangan naik menarik kepala lelaki itu dan dia kucup pipi lelaki itu sekilas.Mungkin semua ini kesan dari champagne yang diminumnya tadi.

" Hey ,pretty girl ."

" Alone,huh ? "

Jihyo tak menjawab.Hanya menganggukkan kepala memandangkan kepala dia benar benar sakit.Rasa menyesal telan air itu mula hadir dalam jiwa.

" Jom I bawa you pergi kereta you."

Jihyo hanya mengikut.Lelaki itu yang memimpin.Lagipula , langkah dia  memang langsung tidak betul.

Keluar saja dari club itu , badan jihyo  ditolak kasar ke dinding.Tak kasar sangat tapi mampu buat belakang badan nya sakit.

" Erghh aku tak boleh tahan dah , sayang. "

dia terkesima.Whattefuk?

Pantas Jihyo menolak badan lelaki menjauhi dirinya.Sebelum sempat bibir lelaki itu hinggap di lehernya. Jangan tanya macam mana jihyo boleh sedar macam tu je.

" Hey , kenapa pula ni ? Tadi siap cium pipi I ."

'sialan.aku cium pipi dia ? '
Pantas tangan dibawa ke mulut.Menggeser , menonyoh bibir yang dikatakan telah cium pipi lelaki itu.

lelaki itu senyum sinis.Tangannya menangkap tangan jihyo.Sebelah lagi tangannya mula menyentuh privasi jihyo.
'Sialan.Aku taknak !'
hati jihyo membentak sekeras kerasnya.

Sedaya upaya jihyo tolak lelaki itu tapi heyy tenaga lelaki tu jauh lebih kuat berbanding tenaga perempuan.Tak percaya ? Ada aku kesah ? AHAHAHAHAHAHAHAHAGA

Mulut mula meronta ronta meminta tolong.Berharap akan ada keajaiban yang berlaku.Berharap dia diselamatkan.

♡ ♡ ♡

Gula gula yang berada didalam sebuah balang, Mingyu pandang dengan sekuntum senyuman.Dia dah janji mahu bawa balik sebalang gula gula untuk hannah memandangkan dia tak dapat luangkan masa dengan anak kecil itu petang tadi.

Tiba tiba terdengar suara meminta tolong.Memang pada mulanya Mingyu malas nak menolong.Tapi , bila dengar betul betul macam suara yang dia kenal pula.

Terus, kaki melangkah ke belakang kedai yang dimasuki tadi.Matanya menangkap kelibat seorang lelaki cuba untuk mencium seorang perempuan.Lantas Mingyu hayunkan kaki ke arah mereka.

" Bro,apa buat perempuan macam ni , nak , kawin lah."

Tangan mencengkam kasar bahu si lelaki.Sebelum lelaki itu ditarik dan dihadiahkan sebiji penumbuk.Mingyu halakan pandangan ke arah si gadis yang teraniaya.

Dan pada saat itu , mulutnya memang sudah habis tercengang.Jihyo ?!

" Kau jangan kacau ah ! Takde kaitan dengan kau kan babi ! "

"Kalau libatkan perempuan ni , memang sah sah ada kaitan dengan aku ! "

Sekali lagi lelaki tadi makan sebiji penumbuk.Kali ini lebih kuat .

" Apahal pulak haa? Kau ada langgan dia ke ?!"

" such a bastard. She's mine so get your dirty hands off her, bro. "

"Ehh pergi mampus lah."

Bukkk

Sekali lagi.Lelaki itu terjatuh.Ya , Mingyu tahu dia kuat ahahah.

Kali ini kaki pula jadi watak tambahan.Kakinya mula menendang lelaki itu.Tak lah banyak sangat.Tiga kali je dia tendang.

Jihyo yang seperti tidak sedar itu diangkat.Bajunya dbetulkan. Untuk beberapa ketika, Mingyu meneliti setiap sudut wajah Jihyo. Pipinya yang memerah, bibirnya yang basah dan rambut yang sedikit terjuntai.

Sungguh penampilan Jihyo yang serabut tetapi comel itu berjaya mengusik hati lelaki Kim Mingyu.

'Aku tak tahu kereta kau di mana.Aku tak tahu rumah kau di mana.Apa aku perlu buat ?'

Akhirnya bila sudah malas berfikir , Mimgyu baringkan jihyo di seat sebelah.Kereta dia , ya kereta siapa lagi ?

'Hmm mana aku nak bawa dia.Hotel?Nanti dia bangun terkejut pula.'
Puas encik otak memikir sudahnya jihyo dibawa pulang ke rumahnya sendiri.

Loceng ditekan memandangkan tak cukup tangan nak buka pintu.

Roseanne.

♡ ♡ ♡

" jadi, Kim Mingyu. siapa dia? "
Soal Roseanne apabila suaminya melangkah masuk ke bilik tidur yang mereka kongsi bersama. Mingyu hanya diam, malas mahu membazir air liur.

Roseanne tiba-tiba tertawa sinis.
" oh selama ni awak yang teraniaya? sebab saya curang dan keluar dengan lelaki lain? awak aje mangsa keadaan? ya, gyu? macam tu? jadi-- perempuan tu apa? perempuan simpanan awak? "

Mingyu terus memandang Roseanne tajam. Dia menghapuskan jurang diantaranya dan Roseanne. Wanita itu sekarang dibawah taklukan Kim Mingyu.

" jangan gelar dia perempuan simpanan, dia lebih suci dari itu dan yang pasti, Roseanne Kim, dia jauh beza dari awak "
Roseanne mengetap bibir mendengar perlian si suami.

" ceraikan saya, kalau macam tu. dan kahwin dengan perempuan yang awak bawa balik tu "
Kata Roseanne dengan suara yang kononnya tenang.

Walhal dia sudah berasa seram dengan aura yang diberikan oleh Mingyu.
"saya tak sukakan dia. buat apa saya nak kahwin dengan dia? lagipun, awak bodoh ya Roseanne? saya dah ada anak dan isteri yang saya sayang"

Mingyu kemudian terus melangkah masuk kedalam bilik air.

Dibawah pancuran air, dia berfikir. Adakah betul apa yang dia cakapkan kepada Roseanne tadi? Dia tidak sukakan Jihyo tetapi dia masih sayangkan Roseanne?

Rasanya, semua kecuali Mingyu yang agak bengap tu, tahu yang itu adalah pembohongan.

INSANITY

L I S A F I C E N T

collaboration with

LalisasBae

[C] InsanityWhere stories live. Discover now