Bab 1

58 8 0
                                    

Farid melepaskan keluhan. Entah untuk keberapa kalinya dia beristighfar. Cuba menepis bayangan lalu yang datang namun kenangan manis itu masih belum mahu padam daripada kotak ingatan.

"Apa yang harus aku lakukan lagi ya Rabb. Aku tewas dalam dugaan cinta ini. Izinkan aku menghentikan kesedihan ini."

Farid sujud di atas sejadah hijau yang terbentang. Airmatanya tumpah membasahi sejadah yang menyentuh dahinya. Kehilangan isteri yang sangat dicintainya bukan mudah untuk diterima. Namun dia perlu akur ada takdir pencipta. Bahawa semua yang hidup pasti akan bertemu Allah semula. Cepat atau lambat. Tua atau muda, kematian itu janji yang pasti.

"Sayang...doakan abi kuat ya, takdir ini sakit untuk abi. Tapi sebolehnya abi kuat. Semoga kita bertemu semula di Jannah sana."

Farid menyudahkan solatnya dengan salam dan doa. Dan dengan doa itulah dia bergantung kekuatan untuk terus berdiri dan meneruskan tugas dakwah untuk ummah. Walau jauh di sudut hati, bukan mudah melupakan bidadari seindah Zinnirah.

Tidak semena zahid masuk ke dalam surau dan mengambil tempat di belakang saf Farid. Berniat untuk dhuha namun tertangguh apabila melihat Farid yang masih keesakan dalam tahiyat.

"Farid...kau okay?"

"InshaAllah, zahid...aku cuba." suara Farid serak. Kering.

"Sabar, Rid...aku yakin kau boleh tempuh semua ni dengan tabah. Mana mungkin motivator handalan Heart Writer Consultant boleh lemah lama-lama. Kuat ya..." Zahid sempat menggiat.

Farid sekadar tersenyum tawar. Senyuman yang diharapkan mampu menghapus sedikit kesakitan atas kehilangan yang dirasainya saat itu.

"Zahid...buat masa ni, aku nak minta tolong kau boleh?"

"Apa dia? Selagi aku boleh tolong aku tolong. Kalau tak...aku tolong tengok aje lah. Hehehe..." Zahid cuba menghiburkan.

"Tolong uruskan syarikat jap. Aku nak ambil masa sembuhkan hati ni. Bukan aku tak boleh redha...tapi aku perlukan masa. Boleh?"

Zahid mengetip bibirnya. Dia tahu sahabatnya itu masih belum pulih sepenuhnya. Namun dayanya tidak dapat menyembuhkan. Sekadar mengurangkan dengan lafaz tidak cukup meredakan keterhirisan Farid ketika itu. Akhirnya dia akur dan mengangguk.

"Baiklah...kalau itu yang kau nak, aku boleh tolong. Tapi aku harap, kau tak pergi lama sebab konsultan ni perlukan kau, Rid. Aku takkan boleh ganti daie F ni. Kau hebat, kami perlukan kau. Aku harap kau faham."

"Aku faham, id. InshaAllah, beri aku masa ya. Apapun, kalau kecemasan kau telefon je aku. Aku datang."

Zahid mengangguk. Farid menepuk bahu zahid tanda terima kasih. Lidahnya kelu saat itu. Sebolehnya dia mahu tinggalkan tempat itu secepatnya dan pergi mengubati lukanya. Tetapi selemah manapun dia konsultan itu bangun kerananya. Justeru itu dia tidak boleh lama mengambil masa. Masih ada ummah yang memerlukan suaranya.

"Bila kau gerak? Aku hantarkan ya?" Zahid sempat menyapa.

"InshaAllah malam ni, tak apalah. Aku boleh pandu sendiri. Terima kasih, id. Aku minta maaf."

Zahid membalas dengan senyuman. Dia memerhati Farid berlalu pergi dari kawasan masjid dengan dada yang turut sebak. Kerana untuk pertama kalinya dia melihat Farid selemah itu.

"Kuat Farid, aku yakin ada hikmah di sebalik kehilangan ini." Zahid bermonolog sendiri.

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now