Dr. Rizky membuka kot putihnya lalu digantungkan ada kayu penggantung baju di sudut biliknya berhampiran tingkap. Cahaya petang menyinari sedikit ruang biliknya yang gelap.
Dia mencapai terjemahan al quran du rak bukunya yang tersusun rapi. Lama dia merenung kitab terjemahan itu sebelum membukanya. Dia membuka terjemahan surah An-Nisa dan mula membacanya satu persatu.
Masanya yang berjalan tidak lagi dihitung. Dia semakin kagum pada nilai yang baru difahaminya.
"Selama ini, sangkaan aku salah rupanya. Begitu Islam menjaga martabat seorang wanita. Sedangkan aku pula merasakan bahawa gaya wanita yang mendedah itu suatu aset yang perlu dibanggakan. Kolotnya aku." Dr. Rizky melepaskan keluhan kemudian menyambung pembacaan.
Tidak semena pintu biliknya diketuk. Dr. Rizky menanda bacaannya lalu mengizinkan jururawatnya masuk.
"Maaf ganggu Dr...ada sesuatu yang saya nak bagitahu." jururawat itu nampak serius. Dr. Rizky sedikit hairan.
"Apa dia? Pasal patient or any something else? " Dr. Rizky mahu tahu.
Jururawat itu mengambil tempat di kerusi hadapan Dr. Rizky. Tangannya dilipatkan diatas meja. Pandangannya ditumpukan kepada Dr. Rizky dihadapannya.
"Begini, pesakit kita yang sudah dua tahun lebih koma tu, dia dah bagi tanda positif untuk sedar, Dr.." jururawat itu teruja memberitahu.
"What do you mean? Maksud?"
"Siang tadi, Hana tunjukkan tanda-tanda yang dia bakal sedar. Dia menangis. Seakan seorang yang sedang tidur, dan mengalami mimpi buruk. Saya pun pelik. Dr pulak macam mana?" galak jururawat itu menyampaikan ceritanya.
Dr. Rizky diam memikirkan berita yang baru didengarnya. Ya, Hana itu salah seorang pesakitnya yang sudah agak lama koma. Sebarang tanda ditunggu-tunggu oleh pihak doktor tetapi sudah tiga tahun tidak menunjukkan perubahan. Namun sejak dua menjak ini pesakitnya menunjukkan sesuatu diluar kebiasaan.
Hatinya disuntik perasaan mahu tahu. Beberapa minit kemudian dia mengarahkan jururawatnya menuju ke wad Hana di tinggkat lapan. Dr. Rizky berlalu dengan perasaan yang bercampur baur. Benaknya dipenuhi persoalan yang sukar dijawab otaknya.
Seakan ada sesuatu di sebalik semua yang terjadi kepadanya sejak beberapa menjak ini. Namun dia cuba bertenang dengan sangkaan yang baik-baik.
*****
Tuk Said duduk di sisi katil sambil menekup wajah tuanya. Wajah pucat cucunya dipandang sayu. Kemudian dia tunduk dan menggeleng perlahan.
"Raihana...bangun sayang, sudah terlalu lama Hana di alam sana. Bangunlah nak...Tuk Said bersuara kecil. Wajah kedut tuanya dibasahi air mata sekali lagi. Air mata dek penantian yang sudah tiga tahun lamanya.
Kelopak mata Raihana bergerak perlahan ke kiri dan kanan tetapi tidak terbuka juga. Tuk Said masih menyabarkan hatinya untuk terus menunggu.
" Raihana...bangun sayang, Tuk rindukan Hana, " Tuk Said lemah dalam esak tangisan.
YOU ARE READING
Atas Izin Pencinta
RomanceFarid yang kehilangan cinta hatinya, Zinnirah membawa diri ke perjalanan yang jauh dari sekeliling untuk melupakan kenangan. Dalam perjalanan itu dia terlibat dalam kemalangan yang meyebabkan dia koma sekian lama. Pada waktu yang sama, sebuah jiwa...