Raihana duduk membisu di hujung katil. Dia gementar. Tangannya masih terasa sejuk. Masih menunggu Farid masuk ke dalam bilik.
Tidak semena Farid masuk ke dalam bilik sambil tersenyum kecil. Dia mendekati Raihana lalu duduk rapat disisi isterinya.
"Nur Raihana Qistina...Assalamualaikum," Farid menghadiahkan senyuman.
"Waalaikumussalam..." Raihana tunduk malu. Dia masih malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
"Hana dah ambil wuduk?" Farid menyoal ringkas.
Raihana mengangguk perlahan.
"Kita solat sunat dulu ya..." Farid membentangkan sejadahnya dan Raihana menghadap kiblat. Raihana hanya menurut.
Seusai solat, Farid membantu Raihana mengemaskan sejadah. Raihana duduk semula di atas katil.
Farid mengambil tangan kecil isterinya lalu dikucup lembut. "Mulai saat ini, saya akan tebus semua salah salah saya...yang buat awak tunggu lama, boleh?" lembut suara Farid. Jemari runcing Raihana masih dibelainya.
"Awak buat semua ni...rela atau hanya kerana terpaksa untuk menebus kesilapan awak?" mata itu bergenang lagi.
Farid menarik tubuh Raihana perlahan-lahan lalu memeluknya.
"Sayang...saya terima awak apa adanya. Bukan kerana terpaksa atau apapun yang awak fikirkan. Walaupun pada awalnya saya lamar awak kerana nak tebus salah. Tapi sekarang...hati saya dah terbuka untuk terima awak sebagai seorang isteri." Farid memujuk.
Raihana tunduk di ribaan Farid.
"Sayang bukan bidadari seindah Zinnirah. Tetapi sebolehnya sayang berusaha untuk menjadi Saidatina Aisyah yang teguh bersama Rasulullah. Izinkan sayang menjadi yang terbaik di sisi abi. " pandangan Raihana redup.Farid mengangkat kepala Raihana lalu mengusap pipi gebu Raihana yang masih berairmata. Jarinya bergerak ke bibir kecil Raihana yang kemerahan. Dia semakin mendekat.
Raihana memejamkan matanya. Pim tudungnya dibuka perlahan oleh Farid. Dia merelakan. Rambutnya yang beralun keperangan diuraikan Farid. Jantung Raihana berdegup laju. Farid semakin mendekat lagi.
Farid membaringkan Raihana penuh kelembutan. Bibir kecil Raihana diusap penuh kasih sayang dengan ibu jarinya. Raihana selesa dalam rangkulannya. Mata Raihana yang terpejam erat dikucup lembut. Ciuman itu bergerak ke pipi dan seterusnya bibir Raihana secara perlahan. Terasa dada Raihana yang turun naik menahan degupan. Wangian Raihana menembusi deria hidu suaminya.
Raihana asyik dalam belaian kasih sayang Farid. "Assalamualaikum bidadari syurgaku..." kalimah itu dibisik lembut di telinga Raihana.
"Sayang milik abi untuk selamanya..." Raihana membalas halus. Pelukannya semakin erat.
Bilik yang terang berubah gelap. Lampu dipadamkan.
YOU ARE READING
Atas Izin Pencinta
RomanceFarid yang kehilangan cinta hatinya, Zinnirah membawa diri ke perjalanan yang jauh dari sekeliling untuk melupakan kenangan. Dalam perjalanan itu dia terlibat dalam kemalangan yang meyebabkan dia koma sekian lama. Pada waktu yang sama, sebuah jiwa...