Fatihah membelek-belek majalah ditangannya. Satu persatu helaian itu dibuka. Kosong. Tiada apa yang menarik minatnya. Dia melepaskan keluhan. Rumah banglo abangnya itu dirasakan sunyi.
"Ehh...awalnya Fatihah bangun," tidak semena Raihana menegur.
Fatihah pantas berpaling. Raihana sedang menuruni anak tangga mahu menuju ke dapur.
"Pengantin baru... awalnya bangun," Fatihah mengusik kakaknya.
Raihana senyum malu. Dia meneguk air di dalam gelas. Kering tekaknya.
Fatihah mencuit pinggang kakaknya yang ramping."Akak...nak tanya?" Fatihah mencebik comel.
"Yaa Fatihah sayang...yang comel..."
Fatihah ketawa suka. Kembang dia dipuji begitu awal pagi. Dia menarik Raihana duduk di sofa.
"Akak...err..best ke kahwin?" gugup soalan itu keluar dari mulutnya.
Raihana ketawa kecil. Tidak sangka pula Fatihah bertanya soalan sebegitu.
"Kenapa Fatihah tanya? Ehh...ada calon ehh...bagitau lah along ni."
"Ihhh...bukanlah kak, tanya aje...janganlah bagitau along dulu. Saja je nak tahu." Fatihah manja.
Raihana mencubit Fatihah. Awal pagi lagi adik iparnya itu menanyakan soalan nakal. Entah apalah yang bermain di kepala adiknya itu. Raihana memikirkan jawapan yang sesuai.
"Kalau bagi akak...best, kalau dapat yang sweet macam along. Beriman... Sweet...cakap tak tinggi suara...penyayang...hensem...sado..." tinggi Raihana memuji buah hatinya.
Fatihah ketawa. Lucu bila Raihana memuji abangnya seperti itu. Dia menggeleng. Bayangan Rizky bermain di kotak fikirannya. Masih berfikir bagaimana mahu meluahkan perasaannya kepada Raihana tentang pemuda itu.
"Fatihah...dah ada someone ehh? Cuba cerita kat akak, manatau akak boleh tolong, " Raihana menyoal.
Fatihah diam dan menarik nafas lalu melepaskannya perlahan. "Dia tu kak...semua dah okay. Dah ada kerjaya, dah ada rumah, dah ada kereta, senang cakap semua dia ada untuk keperluan. Fatihah dah mula sukakan dia, tapi kan...dia..." ayat Fatihah putus.
"Kenapa dengan dia?"
"Dia bukan Islam kak, tapi dia minat kepada Islam. Dia pun...sukakan Fatihah. Macam mana tu kak?" suaranya perlahan. Risau jika didengar oleh ummi atau abangnya.
Raihana senyum. "Dia cakap kat Fatihah dia sukakan Fatihah?"
Fatihah menggeleng. "Tapi dia sangat concern kat Fatihah. Dia selalu tanya, selalu nak jumpa, selalu nak belajar dengan adik. Tu yang adik bingung...nak ikut perasaan yang tak pasti ni, adik takut." Fatihah meluahkan isi hatinya.
Raihana mendekati adiknya lebih rapat." Kalau betul Fatihah pun sukakan dia, ikhlas sayangkan dia, dan ada niat untuk membina rumahtangga dengan dia, adik kena uji dia untuk bersabar dulu. Biar dia tunggu adik. Buat masa ni, adik berkawan je dulu sambil adik bina dia sampai dia ikhlas memeluk Islam. Jangan risau sayangku yang kecik molek comel ni, awak doa aje...serah kat Allah untuk aturkan. InshaAllah dapat yang terbaik." penuh hikmah Raihana memberi nasihat.
Fatihah mengangguk. Bersyukur sekali dia diberikan kakak ipar yang faham agama dan solehah. Dia senyum. Tidak semena airmatanya bergenang. Dia memeluk erat Raihana.
"Ehh kenapa ni?" Raihana hairan.
"Fatihah rindukan kak Zinnirah. Tapi alhamdulillah, Allah berikan kak Raihana pada adik, pada along, pada ummi. Muka sama, akhlak sama...penyayangnya pun sama. Sayang kak Raihana sangat. Jangan tinggalkan adik eh. " Fatihah berjuraian airmata.
Raihana memeluk adiknya erat. Fatihah sememangnya sangat manja dan mudah menangis. Tiga tahun dia kehilangan tempat bermanja. Selain ummi, arwah kak Zinnirah sahajalah orang yang selalu menjadi tempat dia bermanja. Dan kini kerinduannya itu digantikan oleh kak Raihana, adik kembar arwah kak Zinnirah.
Raihana memejam matanya menahan sebak.
"Kak Zinnirah...sampai sekarang mereka semua belum mampu lupakan kakak. Mampukah Hana jadi seindah kakak? Izinkan Hana menjadi yang terbaik di sisi abang Farid, sebagaimana yang pernah kakak lakukan." Raihana berbicara di dalam hati.
YOU ARE READING
Atas Izin Pencinta
RomanceFarid yang kehilangan cinta hatinya, Zinnirah membawa diri ke perjalanan yang jauh dari sekeliling untuk melupakan kenangan. Dalam perjalanan itu dia terlibat dalam kemalangan yang meyebabkan dia koma sekian lama. Pada waktu yang sama, sebuah jiwa...