Firdaus masuk ke dalam bilik pengantin dengan senyuman. Perlahan dia mengambil tempat di sebelah Fatihah.
"Assalamualaikum Fatihah...yang comel," Firdaus sempat mencuit.
Fatihah masih diam dalam rajuk. Matanya menjeling Firdaus sesekali.
Tidak semena satu cubitan hinggap di tubuh Firdaus. Firdaus memeluk tubuhnya menahan geli."Ihh...dahlah enam bulan tinggalkan orang. Masuk macam tak pernah buat salah. Ihh...geramnya!" Fatihah masih merajuk.
Firdaus ketawa. Fatihah dibiarkan sahaja merajuk di sebelah. Tidak semena isterinya ditarik ke pembaringan. Fatihah terkejut namun tidak mampu melepaskan diri.
"Sayang...awak yang minta saya untuk belajar agama kan? Sebab itulah saya menghilang. Saya pergi belajar agama. Supaya saya ikhlas...saya tak ganggu awak. Saya tak nak hati saya buat semua ni kerana awak." lembut suara Firdaus memujuk.
Fatihah semakin lemah dalam pelukan. Kepalanya dirapatkan ke dada Firdaus walaupun rajuknya masih belum reda.
"Awak tau tak saya rindu...awak tak bagitau apa-apa pun kat saya. Terus je hilang." Fatihah meluah manja.
Firdaus ketawa kecil.
"Saya tau awak rindu...saya pun rasa yang sama. Tapi saya tekad, saya nak akhiri kerinduan itu dengan perkahwinan. Sebab tu saya sanggup tunggu awak."
Fatihah semakin faham. Firdaus tidak salah seperti yang dijangkakan sebelum ini. Dia senyum sendiri sambil memeluk sang suami.
"Bila abang masuk Islam?" ringkas soalan itu dari Fatihah.
"Empat bulan lalu. Selepas dua bulan abang fikir untuk hijrah sepenuhnya." jelas jawapan Firdaus.
"Kenapa abang tukar nama? Kalau Fatihah tak pandang abang, Fatihah langsung tak dapat cam yang Firdaus tu abang."Fatihah masih mahu tahu.
Firdaus masih tangguh memahamkan bidadarinya. Dia tahu banyak persoalan yang bakal diberikan oleh Fatihah. Dia akur dan bersedia untuk menjawab kesemuanya.
"Sebab...abang pilih nama syurga agar boleh menjadi pelengkap kepada nama isteri abang yang kecik comel ni..."jawapan itu membuat wajah comel Fatihah kemerahan.
Firdaus mencubit lembut pipi Fatihah yang merona. " Alalala...kekasih Dr. Rizky malu lah. Eh eh eh...comelnya awak!"
Fatihah menampar bahu suaminya.
"Ihhh abang! Tak habis mengusik...malulah orang,""Sesuailah kan, isteri abang Fatihah...petunjuk jalan yang lurus. Abang Firdaus, syurga yang harum mewangi. Jadi, kita kena bekerjasama untuk ke jannah sana...and"
Fatihah bangun dari pembaringannya."And ape...haa...ada lagilah tu nak mengusik!"
"Dan...cuma kau bidadariku dunia dan akhirat..." satu ciuman singgah di pipi Fatihah. Fatihah merona merah lagi bak udang terbakar. Firdaus sudah lebih awal berlari menuju ke bilik air.
"Sayanggg, kena ambik wuduk balik...dah batal! Hahahaha..." suara Firdaus jelas dari dalam bilik air mengenakan isterinya.
Fatihah menggeleng sambil tersenyum sendiri. Pipinya masih merah padam kerana malu.
YOU ARE READING
Atas Izin Pencinta
RomanceFarid yang kehilangan cinta hatinya, Zinnirah membawa diri ke perjalanan yang jauh dari sekeliling untuk melupakan kenangan. Dalam perjalanan itu dia terlibat dalam kemalangan yang meyebabkan dia koma sekian lama. Pada waktu yang sama, sebuah jiwa...