Bab 5

33 7 0
                                    

Dr. Rizky diam membisu. Membuang pandangannya ke laut china selatan yang terbentang luas dihadapan. Lampu neon menghiasi gelapnya malam itu.

"Layakkah aku mengenali Tuhan?"

Soalan itu terbit di benak sanubarinya. Dia masih dibayangi bayangan Fatihah petang tadi. Dia terpegun dengan keadaban gadis itu. Namun tatkala hati mahu mengiyakan perasaan suka, dia kembali sedar akan dirinya. Agama yang dianutnya. Bahkan hidupnya sendiri yang tanpa bertuhan. Layakkah dia untuk mengenali Tuhan?

"Assalamualaikum Dr.," satu suara menyapa lamunan jauhnya.

"Apa yang kamu buat di sini? Malam begini?" Rizky menyoal.

Fatihah tersenyum disebalik purdahnya. Dia duduk agak jauh sedikit dari lelaki itu.

"Tak ada apalah, cuma nak ambil angin je. Tenangkan fikiran. Dr buat apa sini? Rindu makwe eh?" Fatihah mencuit.

Rizky tertawa kecil. Terhibur dicuit sebegitu. Jauh sekali dari angannya.

"No lah...saja, ambil angin jugak, oh ya! Kalau kat luar jangan panggil dr lah...nanti ramai orang jumpa saya minta ubat, just call me Riz. " Rizky menghadiahkan senyuman.

Fatihah tertawa. "Ihh...takdenye orang nak minta ubat kat awak malam begini. Riz ehh...cool name, i am Fatihah, call me Fat or Tehah, "
Mereka berkenalan.

"Fat? Gemuk? Is it? Hahahaha..." Rizky mencuit sambil jarinya menuding kepada Fatihah dari atas ke bawah lalu ketawa.

"Bukan gemuklah! Don't speak it out by your language...kalau macam tu, panggil saya Fatihah lah. Senang." nadanya merajuk.

Rizky masih menahan ketawa. Tidak semena handsetnya berbunyi. Panggilan masuk. Riak Rizky bertukar serius. Seakan ada sesuatu yang terjadi.

"Kenapa Riz?"

"Ada emergency di wad kardiologi, sorry... I need to go!"

"Can I join you?"

"Faster...!"

Rizky dan Fateha segera menuju ke Hospital Queen Elizabeth. Kereta mini-cooper Rizky memecut laju lebuh raya memecah kekosongan malam.

*****

Rizky memberhentikan kereta dihadapan pintu hospital. Lalu bergerak pantas dengan kot putihnya menuju ke wad ICU. Seorang jururawat menghampirinya.

"Pesakit ditembak di bahagian dada menghampiri jantung. Keadaan dia agak kritikal dan salur aorta rosak akibat kesan tembakan. Jadi kita kena mulakan pemindahan aorta malam ini jugak." panjang lebar jururawat itu memberitahu.

Rizky diam dan mendengar dengan teliti setiap maklumat. Pantas dia mengenakan sarung tangan getah dan penutup mulut.

"Kita jalankan pembedahan malam ini." ringkas lalu mereka berdua menuju ke dewan bedah.

Fatihah masih bingung. Sekadar memerhati dari luar kaca bangunan hospital itu. Dadanya berdegup kencang.

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now