Dr. Rizky melihat jamnya sejak tadi. Memerhati sekeliling melihat satu persatu orang yang lalu lalang di hadapan restoran itu. Telefon bimbitnya dilihat lagi. Bukan untuk melihat mesej yang masuk. Sekadar memastikan dirinya segak sebelum bertemu si dia yang dinantikan.
"Assalamualaikum..Riz," suara lembut menyapa Rizky.
Rizky pantas melihat ke hadapan. Dia terpana. Fatihah sangat indah dimatanya tika itu. Dengan purdah ungu lembut dan shawl hitam yang dililit labuh, menampakkan lagi wajah comel Fatihah yang putih.
"Bi...bila awak sampai?" Rizky gagap.
"Macam mana awak nak sedar kalau asyik dengan cermin telefon tu. Saya datang pun awak tak sedar." Fatihah menjawab.
Rizky senyum malu. Dia ketawa sendiri.
"Awak nak apa? Saya belanja, awak order lah." Fatihah mempelawa.
"Ouh..kalau macam tu, saya nak order hati awak satu. Pastikan kurangkan ego dan tambahkan masa sedikit. Supaya saya boleh lebih masa dengan awak. Boleh tak?" Rizky mengusik.
Fatihah yang mendengar turut ketawa. Dia menggeleng kecil.
"Boleh...tapi dengan satu syarat."
"Apa dia?!" Rizky tidak sabar.
"Kita makanlah dulu. Lapar lah...makan ayat sweet awak tak kenyang saya nanti. " Fatihah membalas.
Rizky mencebik. Dia melihat sekeliling mencari pelayan restoran.
"Bagi saya nasi goreng kampung. Minum, nescafe ais...awak?"
"Bagi saya nasi pattaya... Minum, jus buah."
Selesai memesan makanan, Fatihah membuka handset nya mencari-cari sesuatu. Rizky hanya memerhati Fatihah geram. Comel sungguh Fatihah dilihatnya saat itu.
"Awak cari apa? Macam busy aje." Rizky menegur.
"Saya update aplikasi tazkirah dan waktu solat saya. Saya baru format telefon kan. Tu yang kena upload dan update semua balik. Maaflah..." Fatihah berkerut serba salah.
"Eh, taklah. Saya tanya je. Bukan marah pun. Tapi kan...saya nak tanya awak something boleh?"
Fatihah pantas memandang tepat anak mata Rizky. Rizky sedikit gugup.
"Awak nak tanya apa eh?"
Rizky menarik nafas dan membetulkan duduknya.
"Kenapa solat...wajib untuk orang Islam? Banyak kali pulak tu. Maaflah kalau soalan saya sensitif. Saya just...nak tahu. Sorry..." Rizky risau soalannya membuat Fatihah kecil hati.
Fatihah senyum di sebalik purdahnya. Meletakkan telefonnya diatas meja lalu fokus memandang Rizky.
"Kenapa manusia kena makan? Pagi makan, tengah hari makan...petang pun makan, malam makan lagi. Kesian perut tu penat proses makanan." Fatihah berkias.
"Makan kan penting. Kalau manusia tak makan, nanti matilah..." Rizky menjawab dengan logiknya.
"Begitulah jugak dengan kami, orang Islam. Solat itu seolah makanan yang wajib untuk pastikan kami dapat hidup dan tak mati. " Fatihah cermat.
"Tapi Fatihah...ramai jugak saya nampak orang Islam yang tak solat. Diorang selamba aje. Tak mati pun."
"Bukan mati macam mayat tu yang dimaksudkan, Riz. Tapi mati jiwanya untuk mengenal Tuhan. Bila hati mati dari mengenal Tuhan, awak takkan jumpa ketenangan yang hakiki." Fatihah semakin bijak menyusun ayatnya.
Rizky mengangguk. Adakah ketenangan yang tidak ditemuinya disebabkan hatinya yang mati? Adakah dia juga takkan merasai ketenangan hakiki sehingga akhir nanti? Hatinya berdiskusi sendiri. Jauh soalannya menerawang bersama akal.
"Riz!" Fatihah menguatkan suaranya sedikit.
"Ah ya? Sorry...saya mengelamun tadi." lamunan Rizky terhenti .
Fatihah memandang Rizky pelik. Seakan ada sesuatu yang difikirkan lelaki itu. Tapi dia tidak tahu. Akhirnya, dia membiarkan sahaja suasana senyap seketika diantara mereka.
Makanan yang dipesan sudah sampai tetapi Rizky masih diam. Fatihah diselubungi serba salah.
"Awak...napa awak senyap, saya ada salah cakap eh?"
Rizky senyum memandang Fatihah di hadapannya. "Taklah wak...jangan risau ya, saya cuma terfikir tentang apa yang awak cakap tadi. Kalau orang Islam yang tak solat hatinya takkan tenang, bagaimana dengan saya yang langsung tak pernah solat? Bagaimana saya nak tenang dalam hidup saya, Fatihah?" matanya berkaca-kaca.
Fatihah juga sebak. Bukan kerana apa, dia terharu buat pertama kalinya mendengar luahan itu daripada seorang bukan Islam. Seorang bukan Islam, namun hatinya berfikir dalam nafas Islam.
"Fatihah..."
"Ya, Riz?"
"Ajarkan saya solat ya. Saya pun nak tenang macam awak." Rizky jujur.
Fatihah senyum lagi. "Kalau saya tanak?" Fatihah mencuit.
"Saya buat sampai awak kata nak." Rizky bersemangat.
"Walaupun kena jadi imam?"
"Ya, walaupun saya kena jadi imam. Eh jap? Imam? Yang urus mayat tu? Ihh...saya serik jumpa mayat."
Fatihah ketawa sungguh. Dia menutup mukanya menahan tawa.
"Bukanlah...awak jadilah imam. Imam apa jangan tanya, cari sendiri! Saya...nak makan! Lapar..." Fatihah pantas mengambil sudu dan garfu diatas meja.
Rizky berbunga-bunga. Dia masih memerhati Fatihah yang khusyuk makan. Comel. Hatinya berdesis suka.
YOU ARE READING
Atas Izin Pencinta
RomanceFarid yang kehilangan cinta hatinya, Zinnirah membawa diri ke perjalanan yang jauh dari sekeliling untuk melupakan kenangan. Dalam perjalanan itu dia terlibat dalam kemalangan yang meyebabkan dia koma sekian lama. Pada waktu yang sama, sebuah jiwa...