Bab 7

28 7 0
                                    

Rizky duduk santai di atas kerusi malas di hadapan kolam. Fikirannya menerawang jauh. Masih tidak lari dari mengingati Fatihah. Gaya ayu Fatihah mengusik kalbunya.

"Kenapa aku rasa macam ini?" Rizky bingung sendiri.

Tetapi kenapa dia perlu tutup wajah dia. Adakah ada kecacatan pada raut comel itu. Desis hatinya yang mahu tahu.

Tidak semena telefon bimbitnya berdering. Panggilan masuk. Nampaknya panggilan on-call. Pantas dia bangkit dari duduk dan mencapai kunci kereta lalu menuju ke hospital.

*****

Rizky pantas melangkah masuk ke dalam wad pesakitnya di tingkat lapan. Seorang wanita terbaring di atas katil. Kadar bacaan degupan jantung wanita itu laju. Dadanya turun naik seakan tersesak nafas. Di sebelahnya seorang lelaki tua sedang menemani. Barangkali ayahnya. Dari raut wajah tua itu Rizky melihat kerisauan.

"Tolong selamatkan Hana. Dia satu-satunya cucu saya. Tolong saya, dr..." Lelaki tua itu merayu.

"Saya cuba yang terbaik, pak cik. Tenang ya. Nurse...check tekanan darah pesakit." Rizky pantas.

Jururawat di sebelahnya mengangguk lalu menjalankan arahan yang diberikan. Lelaki tua tadi dibawa keluar dari wad oleh jururawat lelaki yang lain.

Rizky panik. Belum pernah kejadian sebegini terjadi sepanjang kerjayanya sebagai doktor. Seorang yang koma beberapa tahun tiba-tiba menggeletar seakan kesejukan.

Selang beberapa minit, pesakit itu tenang semula. Degupan jantungnya kembali normal. Peluh membasahi dahi Rizky. Dia melepaskan keluhan berat.

"Thanks God..."

"Eh, Dr...i heard it for the first time,"
Seorang jururawat menegurnya.

Rizky tersentak. Dia terdiam ditegur sebegitu. Ya, sejak bila hatinya terbuka untuk Tuhan?

*****

Rizky memberhentikan keretanya dihadapan sebuah perhentian bas. Di sebelah kanannya tersergam indah Masjid Negeri Sabah yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah yang beragama Islam. Dia meletakkan dahinya pada stereng kereta. Dia sungguh penat. Jam ditangannya menunjukkan pukul enam petang.

"Allahuakbar allahuakbar!" azan berkumandang mengejutkan Rizky dari kantuk.

Entah mengapa saat itu ketenangan menjengah hatinya. Tenteram jiwanya mendengar bait-bait azan yang dilaungkan oleh bilal.

Ketenangan apakah ini? Hatinya tersentuh. Tanpa dia sedar, airmatanya jatuh ke pipi.

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now