Bab 3

35 7 0
                                    

"Prakkkk!!!" bunyi kaca jatuh mengejutkan Fatihah. Sewaktu itu juga panggilan terputus. Hatinya berdegup kencang seakan merasa sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Pantas dia meluru ke dapur.

"Ummi...kenapa ni? Ummi okay?" Fatihah risau. Darah pekat keluar dari gores luka di jari ibunya.

"Ummi tak sedap hati lah, Adik. Along tu bila sampai? Risau dibuatnya."

"Ummi... Kita doakan yang baik saja ya. Kita doakan Along selamat sampai. InshaAllah." Fatihah berusaha menenangkan kerisauan ibunya.

Puan Maryam mengangguk kecil. Namun anggukan itu masih belum memadam kerisauan yang terbit di benaknya. Naluri seorang ibu jarang tersalah. Dia percaya itu. Lidahnya mengulang lafaz istighfar.

Tidak semena telefon rumah berbunyi. Ada panggilan yang masuk. Fatihah mengangkat panggilan dengan raut wajah risau. Bimbang seandainya ia khabar buruk.

"Apa?!! Di mana? Ma...macam mana dia sekarang? Astaghfirullah..Ya rabbi ya Tuhanku!" Fatihah terduduk di lantai.

Air matanya deras tumpah. Puan Maryam yang masih tidak tahu perkara sebenar menghampiri. Fatihah semakin sesak dalam tangisan. Telahannya tepat.

"Ke..kenapa Adik?"

Fatihah pantas memeluk erat Puan Maryam. Esakannya semakin kuat.

"Along...along kemalangan, ummi. Dia...dia kritikal di ICU sekarang..." Suara Fatihah putus-putus.

Bagai mahu jatuh jantung Puan Maryam tika itu. Kakinya lemah untuk berdiri. Agakannya tepat seperti Fatihah. Dalam kebisuan renik jernih mengalir di raut tua itu.

*****

"Di mana abang saya?!" Fatihah meredah pintu utama wad kecemasan Hospital Queen Elizabeth 2. Beberapa orang jururawat berusaha menenangkannya dari terus meredah wad pesakit.

Lama kelamaaan Fatihah lemah. Terduduk di kerusi lalu menyambung tangisnya. Puan Maryam memeluk Fatihah untuk menenteramkan. Di saat seperti ini, sudah pasti jiwa lembut Fatihah tersentuh. Dia tidak ada saudara lain selain abangnya seandainya dia kehilangan. Mereka cuma berdua. Bertiga bersama ummi sejak kematian arwah ayahnya tiga tahun lalu.

"Maaf ganggu, kamu ni family member pesakit?" satu suara menyapa mereka berdua.

Fatihah mengangguk. Dia merenung tajam doktor lelaki itu. Purdahnya basah dengan airmata yang tidak henti mengalir sejak tadi.

"Ya.. Kenapa?"

"Pihak hospital mahu minta izin dan tandatangan untuk jalankan pembedahan terhadap Farid. Siapa yang akan tandatangan borang ni?"
Doktor lelaki itu agak pelat. Dari gayanya seperti kacukan orang putih dengan rambutnya yang keperangan. Di kotnya terpin tag nama, Dr. Alex Rizky.

"Selamatkan Farid or i will sue you! I heard a lot about this hospital. I want you to save my brother!" Fatihah berteman emosi.

"Adik...sabar...doktor akan buat yang terbaik. Kita doa ya, jangan macam ni, tak baik sayang." Puan Maryam memujuk.

Dr. Rizky tersenyum tawar. Jauh di sudut hatinya dia juga sebak. Namun tugas ini akan dipikulnya sehabis baik. Beberapa minit kemudian dia berlalu dengan segera.

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now