Bab 20

26 5 0
                                    

Farid melangkah segar. Dia tekad hari itu untuk kembali. Bangkit daripada cerita lama yang menyakitkan. Bukan untuk melupakan arwah isterinya, tetapi konsultan ini memerlukannya sekian lama.  Dia turun daripada kereta dan melangkah kukuh ke dalam bangunan Heart Writer Consultant & Publication dengan senyuman.

   Dia menghela berat. Sudah lama pejabatnya berhabuk. Sudah beberaa bulan bilik itu tidak disibukkan dengan suara arahannya. Dia mengemaskan fail-fail yang berhabuk di atas meja.

"Farid, assalamualaikum..." satu suara menyapa dari muka pintu.

"Waalaikumussalam zahid..." Farid senyum.

Zahid masuk lalu memeluk Farid seeratnya. Ada rindu yang terpendam diantara dua sahabat baik itu.

"Macam mana? Kau okay...Lama kau hilang tanpa berita,"

"Ya...alhamdulillah, banyak jugak yang aku nak cerita." Farid meleraikan pelukan.

Zahid mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah dapat melihat keyakinan di wajah Farid. Dia pasti ada sebuah cerita menarik yang ingin disampaikan Farid kepadanya nanti. Dia mengambil tempat di sofa berhampiran tingkap kaca.

"Rid, mana kau hilang selama ni. Aku call tak angkat, aku ke rumah kau pun pagar berkunci. Risau gila aku.." Zahid bersuara.

"Nantilah aku cerita, apapun...aku dah mula meredhakan takdir. Aku dah faham banyak benda. Beberapa bulan ni merupakan sebuah jalan tarbiah kalau kau nak tahu," Farid menjawab.

Zahid mengangguk. "Pergh...mesti kau ada cerita gempak ni kan, meh lah...belanja minum dulu. Aku belum sarapan ni."

"Kau ni, Id...tak berubah langsung. Kejaplah, siap aku kemas pejabat aku ni kita minum kat kafe." Farid menjawab dengan senyuman.

*****

R

aihana melipat satu persatu baju suaminya yang baru diangkat dari ampain. Pakaian itu diletakkan diatas tilam. Dia lebih selesa membuat kerjanya itu diatas permukaan yang empuk.

Seusai melipat baju, Raihana mendekati rak mencari bahan bacaan yang boleh menghilangkan kebosanannya petang itu. Dia membelek satu persatu rak bacaan yang disediakan khas oleh Farid di penjuru bilik.

Tidak semena matanya terlihat sebuah buku yang berbalut kemas bersebelahan fail Farid. Dia mencapai buku itu lalu duduk di atas katil. Hatinya mahu tahu tentang isi buku itu.

Perlahan dia membuka kulit buku itu."Tentang bidadari yang kucintai..." Raihana membaca dengan suara perlahan. Dahinya berkerut. Ada beberapa gambar seseorang yang dikenalinya.

Satu-persatu isi buku itu dibacanya. Airmatanya bergenang. Dia tidak kuat untuk meneruskan bacaan. Hati lembutnya dihimpit kecemburuan yang mendalam. Dia menutup buku itu dan membuang pandang keluar jendela. Mutiara itu jatuh deras.

"Adakah aku ni beban untuk dia ya Rabb..." persoalan itu terbit disudut hati kecilnya yang hangat cemburu.


Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now