Bab 17

24 7 0
                                    

Raihana diam menunggu masa. Tangannya berpeluh-peluh. Benarkah jalan yang sedang dipilihnya ini? Benarkah Farid ikhlas menerimanya sebagai seorang isteri? Ya, dia memang pernah mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah bersama Farid. Tetapi takdir yang dijalaninya hari dan detik ini berlaku diluar pengaturannya. Dia melepaskan keluhan bersama istighfar.

    Perlahan Raihana melangkah menuruni anak tangga. Jantungnya berdegup kencang. Sekilas dia memandang Farid yang tunduk serius. Dia semakin panik. Persoalan yang bermain di benaknya belum terjawab. Tuk Said senyum berada disisi Farid. Dia membalas senyuman itu tawar.

    Seketika kemudian Imam Fakhrullah meminta kesediaan seisi majlis. Semua yang ada mengangguk dan sesetengahnya mengiyakan.

    "Muhamad Farid Khairullah bin Ahmad Fariz Amirul," suara Imam Fakhrullah jelas.

    "Saya..." Farid menjawab.

    "Muhamad Farid Khairullah bin Ahmad Fariz Amirul, saya nikahkan kamu dengan Nur Raihana Qistina Auliah binti Abdul Halim dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai...," dua tangan sedang utuh bersalaman.

    "Saya terima nikahnya, Nur Raihana Qistina Auliah binti Abdul Halim dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." lancar Farid melafaz akad.

    "Sah?!" Imam Fakhrullah menoleh saksi di kanan dan kiri.

    Akhirnya Raihana sah menjadi isteri Farid hari itu. Seisi majlis memanjatkan kesyukuran. Tuk Said lebih gembira melihat cucu kesayangannya sudah sah menjadi isteri Farid.

    Farid melepaskan keluhan lega. Dia menghampiri Raihana dan duduk di depannya. Kepala Raihana disentuhnya lembut sambil sebelah tangannya lagi memanjatkan doa.

    Setelah itu, Farid mencapai tangan kiri comel Raihana. Raihana menggigil. Tangannya sejuk. Lembut tangan itu dibelai Farid. Raihana memandang Farid tepat. Farid menyarungkan cincin perkahwinan di jari manis Raihana.

    Renik jernih bercucuran dari tebing mata Raihana yang sememangnya mahu tumpah sejak awal tadi. Dahinya dikucup lembut oleh sang suami. Tangan Farid dicapainya lalu dikucup lama. Farid hanya membiarkan. Saat itu, hatinya tenang. Walaupun semua ini terjadi diluar jangkaannya. Tetapi Raihana kini sudah sah sebagai isterinya. Bidadari yang perlu didiknya dengan kasih, iman dan takwa. Sebagaimana dia mendidik arwah Zinnirah dulu.

*****

    Rizky tampan bersongkok hitam berbaju melayu biru muda. Dia mengambil angin di tangga rumah kayu itu.

    "Awak tak pulang lagi?" Fatihah menyapa.

    "Belum...kenapa, awak tak suka saya datang eh. Takpelah saya pulang dulu." pantas Rizky berdiri.

    "Ehh tak! Bukanlah...dia ni, ummi ajak naik atas makan. Haa...jangan nak cakap bukan-bukan pulak nanti. Nanti tak pasal-pasal saya yang kena marah oleh ummi."

    Rizky berbunga-bunga. Tersenyum panjang mendengar pelawaan Fatihah. Dia segera membuka seliparnya dan menaiki anak tangga.

    "Ummi...ni lah Rizky yang adik cerita tu. Dr.Rizky...yang uruskan perubatan along tu." Fatihah memperkenalkan Rizky kepada umminya. Rizky tertunduk malu.

    Puan Maryam senyum. Dia memerhati Rizky dari atas ke bawah."Hensem...pandai adik cari," Puan Maryam menjeling Fatihah di sebelahnya. Rizky malu dipuji begitu.

    "Tak ada lah ummi...janganlah puji macam tu, seganlah..." muka Rizky sememangnya merah padam.

    Fatihah yang sesekali memandang Rizky senyum panjang di sebalik purdahnya. Hatinya berdegup laju  namun debaran perasaan itu dikawalnya sebaik mungkin di hadapan ummi dan Rizky.

    "Rizky dah berapa lama jadi doktor?" Puan Maryam memulakan perbualan.

    "Dah lama jugaklah, ummi...dah masuk empat tahun Riz kerja kat HQE tu," Rizky menjawab sopan.

    "Rizky kerja kat bahagian mana? Mesti selalu sibuk kan. Kesian Riz," mesra pula ummi melayan Riz.

    Fatihah menggeleng. Dia senyum sendiri sambil tunduk menghadap makanannya. Sekadar memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua.

    "Jadi...InshaAllah, apa rancangan Riz lepas ni?"

    "Jika diizinkan, saya nak mendalami ilmu islam, ummi. Banyak yang saya belajar dari Fatihah tu. Dia buat saya tertarik dengan Islam." Riz senyum manis memerhati Fatihah sesekali.

    "Ehh...suka ilmunya aje, orangnya tak suka?" Puan Maryam mengusik.
Terbatuk Fatihah dibuatnya. Rizky ketawa kecil menutup mulutnya.

    Puan Maryam menoleh ke belakang. "Kenapa, ummi ada salah cakap ehh?" Puan Maryam bersuara.

    Fatihah masih terbatuk-batuk. Tersedak dibuatnya mendengar soalan umminya tadi.

   

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now