Bab 4

29 9 0
                                    

Dr. Rizky melepaskan keluhan berat bercampur lega. Setelah dua jam bertarung dengan keyakinan diri sendiri akhirnya dia berjaya menyelesaikan pembedahan petang itu. Terbit rasa syukur dihatinya pada apa yang baru terjadi.

Namun untuk siapakah kesyukuran itu? Pada dirinya, ya hal itu sidah acapkali dilakukannya dengan berjaya dan sehingga kini dia merupakan pakar bedah di hospital ternama itu. Hatinya bertanya sendiri pada empunya badan. Tetapi kosong dari sebarang jawapan. Akhirnya dia diam dan mengalah. Membiarkan persoalan itu terpendam sendiri di benak yang bertanya.

Dia keluar dari pintu utama wad kecemasan dengan senyuman. Lega dan pelbagai rasa berbaur dalam hati. Dari kejauhan dia melihat seorang gadis duduk di kerusi menunggu sambil membaca sebuah buku yang berkulit. Al quran tebaknya.

"Hello...sorry for interrupt, you yang tadi tu kan?" Dr. Rizky menegur.

Fatihah bingkas bangun. Segera dia menjarakkan diri selangkah lalu menutup zip quran ditangannya.

"Macam mana keadaan abang saya? Dia okay?" jelas terlihat risau di mata Fatihah yang jernih.

"Ya, pembedahan sebentar tadi lancar dan Farid berjaya diselamatkan. Kamu jangan risau ya?" Dr. Rizky senyum manis.

Fatihah mengucapkan lafaz syukur. Setinggi-tinggi penghargaan dia panjatkan kepada Pencipta. Dia menekup mukanya dengan tapak tangan. Dr. Rizky sekadar memerhati dengan senyuman. Hatinya kagum melihat gadis di hadapan matanya.

"Thanks... Perhaps Allah give you happiness in your life." Fatihah tunduk sedikit tanda terima kasih. Segera dia berlalu dari situ dengan perasaan yang sangat gembira. Pasti ibunya menanti berita ini dengan doa yang tidak putus.

Dr. Rizky tersenyum. Perasaan yang pelik hadir mengusik jiwanya namun segera ditepis jauh.

"It's impossible..." Dr. Rizky monolog sendiri.

*****


Farid memisat-misat matanya yang kabur. Memandang sekeliling yang aneh baginya. Dia tidak pernah ke situ. Dia menampar-nampar pipinya untuk memastikan dia tidak bermimpi.


"Aku di mana aku?"

"Awak dah bangun?" suara seorang wanita menyapanya.

Farid pantas menoleh ke belakang. Dia tergamam. Hatinya berdebar. Matanya mula menampung renik jernih yang seakan mahu pecah dari tebing mata. Lidahnya kelu seketika.

"I..Irah...sayang ka tu?" Farid memanggil.

Wanita itu berkerut. Dia tergelak kecil. Kemudian menghampiri Farid yang masih separuh terbaring.

"Saya Raihana...Nur Raihana Auliah. Datuk saya jumpa awak kat jurang lalu bawa awak ke sini. Awak rehat ya?" lembut suara wanita itu.

Farid masih tidak percaya. Wajah yang dilihatnya persis dengan arwah isterinya. Pandangannya tidak berkelip.

"Apa yang awak tengok tu? Tak baik tengok anak dara orang macam tu tau. Dosa.."

Farid lantas tertunduk. Dia beristighfar. Raihana masih duduk ayu menemani di sisi.

Apa yang terjadi ya Rabb? Apa yang sedang engkau rancangkan untukku? Seandainya ini jalan yang kau pilih, berikan aku yang terbaik ya rabbi.

"Allahumma amin...inshaAllah, Dia akan selalu beri yang terbaik untuk awak. Jangan risau ya," Raihana bersuara.

Farid terkedu. Bagaimana dia tahu? Dia menyambung istighfar. Cuba menenteramkan hatinya yang kacau dengan persoalan.

Raihana bangun dari duduknya. Menuju ke pintu bilik itu dengan senyuman.

"Kalau awak perlukan apa-apa, panggil saya atau datuk ya? Awak rehatlah dulu. Kejap lagi dah nak zohor. Awak qailullah lah sekejap." Raihana menutup pintu bilik dengan salam.

Farid menekup mukanya. Seakan tidak percaya pada apa yang baru dilihatnya sebentar tadi. Juga masih bingung dengan keberadaannya di situ. Seingatnya, dia dalam perjalanan pulang ke kampung.

Aarrhgghh...kepalanya kembali berdenyut-denyut sakit. Perlahan, dia terlelap semula.

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now