Bab 28

37 5 0
                                    

Puan Maryam kerisauan diluar wad menunggu keputusan doktor. Pelbagai andaian bermain dalam kotak fikirannya. Dia cuba untuk bertenang namun masih gagal menepis kerisauan yang datang.

Tidak lama kemudian Dr. Firdaus keluar dari wad Fatihah. Puan Maryam segera mendekati Dr. Firdaus. Dr. Firdaus hanya senyum menampakkan barisan giginya yang putih.

"Macam mana keadaan Fatihah, Fir?" Puan Maryam risau.

Dr. Firdaus membawa umminya duduk di kerusi menunggu.
"Alhamdulillah ummi, tiada apa-apa yang serius. Ummi jangan risau ya..."

"Kalau Fatihah okay, kenapa dia pengsan?" Puan Maryam masih mahu tahu.

Dr. Firdaus senyum. Menimbulkan rasa ingin tahu yang semakin dalam dalam fikiran umminya.

"Ummi...Ada lagi tujuh bulan,"

"Astaghfirullah...tujuh bulan! Tujuh bulan apa? Fatihah ada kanser ke?" Puan Maryam panik.

"Ummi...Fatihah ada tujuh bulan lagi, sebelum..." Dr. Firdaus menambah gelojak perasaan Puan Maryam.

"Ya Allah...sebelum apa, Fir?"

Dr. Firdaus memeluk bahu umminya. Kemudian membisikkan sesuatu. Dia senyum.

"...sebelum bersalin, ummi." Dr. Firdaus berbisik perlahan.

Satu cubitan singgah di bahu Dr. Firdaus. Dia ketawa terbahak-bahak. Jururawat yang menemani mereka turut ketawa.

"Fir ni kan...risau dah ummi!" Puan Maryam bergenangan air mata. Dia terlalu gembira saat itu. Kerana tidak lama lagi, dia akan menjadi seorang nenek pula.

Dr. Firdaus memanjatkan kesyukuran sepenuhnya kepada Rabb Yang Maha Pengasih.

*****

Fatihah terbaring lemah dikatil wad sambil berselimut. Masih menunggu suaminya memberi keputusan untuk pemeriksaan tadi. Tidak lama kemudian, Dr. Firdaus masuk lalu duduk di sisinya.

Tangan gebunya dibelai lembut oleh Firdaus. Firdaus senyum menenangkan bidadarinya yang nampak risau.

"Abang...kenapa dengan sayang?"

Tak ada apa-apalah, sayang. Sayang okay... Cuma tulah, pembawaan bayi maybe kan." Firdaus ketawa kecil.

Fatihah lantas berkerut. "Ihh abang ni! Janganlah main-main, orang serius tau tak..."

"Betul lah sayang...tau tak, sayang bakal jadi ummi tau. Dah tiga bulan dah sayang berisi. Lepas ni kena jaga makan dah." Firdaus mencubit pipi isterinya yang tembam.

Fatihah bergenangan air mata. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Rabb Yang Maha Pencipta.

"Alalala...sedih nangis, gembira pun nangis... Murah betul airmata tu, comel je abang tengok dia nangis-nangis." Firdaus mengusik.

Fatihah mencubit bahu suaminya. Geram diejek sebegitu. Bukan mahunya airmata itu selalu tumpah. Sudah diciptakan hatinya yang mudah sensitif. Dia mencebik merajuk.

Firdaus nakal mentertawakan. "Alala...merajuk dah dia, okaylah...nak makan apa sayangku," Firdaus memujuk.

Fatihah menjeling. Masih mengharap untuk dipujuk.


-TAMAT-

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now