"Ummi, adik tak kenal pun dia! Macam mana nak kahwin pulak? Ummi ni...tak bincang pun dengan adik terus terima pinangan diorang." Fatihah tidak puas hati.
Puan Maryam tenang. "Ummi dah kenal dia, budi baik dia. Dan ummi yakin dia boleh jadi imam yang terbaik untuk adik. InshaAllah minggu depan ummi dan keluarga dia aturkan majlis perkahwinan adik."
"Cepatnya, ummi! Ummi, bagilah adik habis belajar dulu." Fatihah terkejut.
Namun keputusan umminya muktamad. Minggu hadapan dia akan tetap menjadi isteri untuk Firdaus. Firdaus yang tidak pernah dikenalinya.
Dia duduk di tirai katil sambil memeluk bantal.
"Mana awak, Riz..." Mata Fatihah bergenang. Jauh di sudut hatinya dia masih menanti kehadiran lelaki itu.
Kemana awak menghilang Riz. Saya masih tunggu awak. Kenapa awak beri saya harapan kalau awak nak tinggalkan saya? Hatinya berbicara sendiri. Malam itu dia ditemani jutaan rasa. Rasa terhimpit kerana tidak diberikan peluang. Sedetik tertanya-tanya siapakah Firdaus yang baru didengarnya dari ummi tadi. Lama-kelamaan dia buntu sendiri.
*****
Firdaus berdiri menghadap cermin yang bersih memantulkan wajah tampannya. Serbannya diperkemas. Jubahnya disapukan wangian. Semerbak haruman itu mengisi angin bilik.
"Rabbi yassir wala tuassir..." Firdaus bermunajat ringkas.
Dia keluar dari bilik menuju ke ruang tamu rumah itu dengan kalimah bismillah.
Fatihah memejamkan matanya. Dia redha. Akur pada takdir yang bakal memenuhi jalan ceritanya. Tidak menyangka pada umur semuda 19 tahun itu dia akan menjadi isteri. Bahkan pasangan yang dipilih oleh umminya sahaja tidak dia kenali. Gambar yang diberikan kepadanya juga tidak dipedulikan kerana perasaan tidak puas hatinya.
Abang Farid dan kakaknya pula seakan menyokong perkahwinan ini. Dia tidak mampu menolak lagi. Menolak akan mengguriskan hati mereka yang sungguh menyayanginya. Dek kerana itu dia menurut sahaja. Selebihnya dia serahkan kepada Yang Maha Pencinta.
Wajahnya hanya berhias biasa. Mengenakan purdah bewarna putih yang dipadankan dengan jubah putih dan tudung labuh putihnya. Menonjolkan lagi matanya yang bulat dan jernih. Sudah pasti mampu mencairkan hati si bakal suaminya nanti.
Hatinya sempat mengingat sekeping nama. Nama yang sebenarnya diharapkan menjadi imamnya hari itu. Namun dia beristighfar. Menolaj bayangan wajah Rizky sejauh mungkin dari kotak ingatan. Dia bakal menjadi milik orang. Harapan itu perlu dipadamkannya.
Fatihah tunduk menuruni anak tangga. Firdaus melihatnya tidak berkedip. Senyumnya panjang. Dia tidak membayangkan Fatihah seindah itu. Fatihah masih menyembunyikan pandangannya. Hatinya terhimpit antara redha dan kemahuan hati. Namun duduknya masih di situ. Dadanya berombak kencang untuk mengangkat pandangan kepada si Bakal Suami.
Fatihah memejamkan matanya.
"Ya Rabb...siapa pun dia yang engkau takdirkan, bukakan hati ini untuk menerima dengan ikhlas..."Perlahan Fatihah mengangkat pandangan. Dadanya berdegup laju. Dia kelu. Matanya tepat bertentang dengan pemuda yang melihatnya dari kejauhan. Tenang tersenyum duduk bersimpuh di hadapan imam.
Mata Fatihah bergenang. Hampir saja ianya tumpah. Raihana yang duduk disebelahnya dipeluk erat.
"Kakak...Ssk, Ssk..kenapa dia? "Fatihah teresak menahan tangis. Raihana masih dipeluk erat.
"Sayangku...jangan sedih, tu jodoh Fatihah kat depan. Tenang ya...ni takdir yang sudah Allah aturkan sebaiknya. Tenang adikku sayang." Raihana memujuk.
Fatihah masih terkejut. Hatinya bercampur-baur. Gembira yang berbaur dengan sedih. Mencetuskan rasa yang tidak mampu digambarkan oleh sang hati.
Firdaus hanya tersenyum melihat bidadarinya dari kejauhan. Tidak lama kemudian, imam memulakan majlis akad. Seisi majlis memanjatkan kesyukuran ke hadrat Yang Maha Esa atas kelancaran majlis petang itu.
YOU ARE READING
Atas Izin Pencinta
RomanceFarid yang kehilangan cinta hatinya, Zinnirah membawa diri ke perjalanan yang jauh dari sekeliling untuk melupakan kenangan. Dalam perjalanan itu dia terlibat dalam kemalangan yang meyebabkan dia koma sekian lama. Pada waktu yang sama, sebuah jiwa...