Rizky duduk di sisi katil Farid yang masih tidak sedarkan diri. Lama dia merenung wajah Farid yang sangat tenang. Dia punya tujuan lain duduk di situ selain menjaga pesakitnya itu. Dia mahu bertemu seseorang. Seorang gadis yang telah mengganggu malam dan siangnya.
"Assalamualaikum..." satu suara kedengaran dari luar pintu. Rizky segera bangkit.
"Ehh...awak rupanya. Awalnya awak datang melawat." Rizky kekok.
Fatihah ketawa kecil. Matanya yang bulat jernih menawan hati Dr.Rizky.
"Sebenarnya...saya..." Dr.Rizky gagap.
Fatihah masih menunggu ayat Dr.Rizky. Pandangannya masih tidak lari.
"Sebenarnya saya...nak ajak awak...keluar makan nanti, bo...boleh?" Rizky senyum kelat.
Fatihah mengangguk kecil. Dia menghampiri katil abangnya dan duduk di sisi lalu membuka lembaran yassin. Dr. Rizky cuma memerhati.
"Boleh saya duduk?"Dr. Rizky meminta izin.
Fatihah mengangguk perlahan. Dr. Rizky masih tidak beralih pandangan. Fatihah khusyuk meneruskan bacaan.
Ayat apa ni? Kenapa terlalu indah alunannya. Dr. Rizky terpukau. Dia terpesona buat kali kedua. Airmatanya bergenang terharu. Hatinya tersentuh.
Fatihah selesai menghabiskan bacaannya. Matanya sempat bertentang dengan Dr. Rizky. Dia melihat Dr. Rizky menghapus air matanya.
" Awak nangis? Kenapa ni? Saya ada buat salah eh?" Fatihah rasa bersalah.
Dr. Rizky menggeleng lalu berpaling menghadap ke arah lain.
"Tak adalah, mata ni masuk habuk. Kenapalah mekanik tak bersihkan ai-cond ni." Dr. Rizky menafikan.
Fatihah tersenyum di sebalik purdahnya. " Saya tahu awak nangis...tak payah lah tipu, awak boleh luahkan pada saya sebabnya."
"Sedap suara awak baca buku tu."
"Bukan buku...quran," pantas Fatihah membetulkan.
"Ahaa...quran tu, sedap suara awak. Saya suka dengar. Boleh awak ajar saya macam mana nak baca quran tu?" Dr. Rizky tidak semena menunjukkan minat.
Fatihah terdiam seketika. Dia kehairanan.
"Boleh...tapi, kenapa awak berminat nak baca?" Fatihah menyoal.
Dr. Rizky menarik nafas sedalamnya dan menghembusnya tenang. " Saya minat...mengkaji sesuatu yang baharu. Tapi...kalau awak tak izinkan, tak apa...saya hormat keputusan awak." Dr. Rizky merendah diri.
Fatihah diam. Memandang tepat ke wajah Dr. Rizky yang putih melepak. Lelaki itu sememangnya tampan. Wajah putih ala pelakon korea Kim Joong Ki. Bibirnya kecil kemerahan tanda bebas dari rokok. Tetapi seakan kacukan Barat dengan rambutnya yang keperangan. Dia senyum sendiri.
"Taklah...bukan tu maksud saya, saya boleh je ajar. Tapi awak kena janji, awak jaga apa yang saya beri nanti sebaiknya. Boleh?" Fatihah menyambung ayat.
Dr. Rizky mengangguk laju. Fatihah mengeluarkan terjemahan al quran dari begnya lalu dihulurkan kepada Dr. Rizky.
"Jaga baik-baik tau. Sentuh bila awak dalam keadaan bersih je." Suara Fatihah sopan.
Dr. Rizky mengambilnya dan memeluk erat. Dia menghadiahkan senyuman. Fatihah menundukkan pandangannya.
YOU ARE READING
Atas Izin Pencinta
RomanceFarid yang kehilangan cinta hatinya, Zinnirah membawa diri ke perjalanan yang jauh dari sekeliling untuk melupakan kenangan. Dalam perjalanan itu dia terlibat dalam kemalangan yang meyebabkan dia koma sekian lama. Pada waktu yang sama, sebuah jiwa...