Bab 21

25 6 0
                                    

Farid membuka pintu bilik perlahan- lahan. Raihana baring mengiring sambil membaca buku diatas katil. Farid menghampiri isterinya.

"Assalamualaikum sayang..." Farid membelai tangan isterinya lembut.
Raihana masih senyap. Tangannya ditarik perlahan dari pegangan suaminya.

Farid hairan. Dia mendekati Raihana semakin dekat.

"Hana...sayang okay? Kenapa macam lain aje ni." Farid risau.

Raihana bangun lalu menghadap Farid. Menatap mata suaminya lama. Mencari jawapan di sebalik semua persoalannya. Farid juga tepat memandang ke anak mata isterinya. Dia dapat merasakan sesuatu yang bermain di fikiran Raihana tika itu.

Segera dia merapati lalu memeluk bahu Raihana. "Apa yang sayang fikirkan?" Farid menyoal.

"Tiada apalah, bi. Saja nak senyap." Raihana berselindung.

"Sayang...kalau ada apa-apa yang tidak baik awak rasa, bagitahu je saya ya. Jangan rahsiakan. Saya suami awak. Saya berhak ambil tahu soal bidadari saya." Farid cuba memujuk.

"Macam tu jugak sayang berhak tahu tentang imam sayang kan? Kenapa abi tak luah je perasaan abi pada sayang?" lembut suara Raihana walau perasaannya sukar digambarkan saat itu. Hormat kepada imamnya itu lebih diutamakan.

Farid senyum. Dia sudah dapat mengagak perkara yang bermain di fikiran Raihana.

"Bidadariku sayang...kadangkala ada yang tidak baik, perlu didiamkan sahaja untuk kerukunan rumahtangga. "

"Pasal itu kah abi diamkan semua dan cuma tulis dalam diari. Sebab sayang ni lemah dan abi tak mahu sayang tahu?"

"Diari? Dari mana sayang tahu...?" Farid berkerut. Raihana gugup melihat wajah Farid yang berubah.

Raihana mengangkat bantal lalu mengambil sebuah diari kemudian menghulurkannya kepada Farid.

Farid masih bertenang. Raihana masih menunggu jawapannya.

"Sayang...diari ni, untuk abi catatkan semua hal yang tidak kena dihati abi. Sebab tulah abi sembunyikan. Supaya abi tak sakitkan sayang. Bukan sebab abi berahsia." Farid menerangkan dengan jelas.

"Jadi pasal abi terpaksa kahwin dengan sayang pun abi catat? Kenapa tak luahkan je pada sayang? Susah ke bi?" suara Raihana ditekan.

Farid diam. Tidak mahu menyemarakkan lagi ketidakpuashatian isterinya. Dia senyum.

"Sayang...sengaja abi tak cakap semua tu pada sayang. Sebab, tu semua negatif. Dan abi...sudah mula cintakan sayang. Sebab tulah, abi catat...supaya abi tak lagi ingat semula pemikiran yang negatif tu. Untuk kita jugak kan?"

Raihana diam. Dia cuba bertenang. Air matanya yang tumpah diusap lembut oleh Farid. Raihana membiarkan.

Raihana mengusap tangan Farid dipipinya lembut. Dia semakin tenang. Dia menatap Farid yang masih tersenyum memerhatinya.

"Sayang cintakan abi sangat..."

"Dan abi pun sama...jangan nangis lagi ya, kesian mata tu." Farid mengambil hati.

"Buanglah diari tu. Tak perlulah rahsiakan apa-apa. Baik tak baik...luah kat sayang. Boleh? "Raihana manja.

"InshaAllah..."Farid menghadiahkan senyuman lalu mencubit pipi bidadarinya. Raihana melabuhkan kepalanya dibahu Farid.

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now