Bab 14

22 6 0
                                    

Fatihah membelek-belek patung teddybear yang bersusun kemas di rak. Rizky hanya memerhati dari jauh. Dia melihat satu persatu buku-buku diari yang tersusun di rak hadapannya.

    "Agaknya kalau aku bagi diari dia guna tak eh?" Rizky menyoal dirinya sendiri kemudian tersenyum.

    Fatihah masih ralit melihat patung yang comel tersusun di rak itu.

    "Awak suka teddybear?" Rizky menyoal selamba.

    "Suka...tapi dah banyak kat bilik. Kalau beli lagi tak tahu dah nak letak mana nanti." Fatihah senyum di sebalik purdah ungunya.

    " Tak apa...saya belikan awak teddy yang paling besar. Jadi kalau awak susun kat bilik awak, nanti...patung saya yang paling menonjol. So, awak akan peluk teddy saya lebih dari yang lain. " Rizky mengambil hati.

    Fatihah menggeleng kecil. "Mengada betul lah dia ni tau. Tak payah bazir duit awak beli hadiah macam-macam. Simpan aje duit tu."

    Tidak semena telefon Rizky berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Rizky mengambil ruang jauh sedikit daripada Fatihah.

    "Fatihah...kita kena gerak ke hospital sekarang. Abang awak...dah sedar."

    Fatihah hampir mahu melompat kegembiraan. Mahu saja dipeluknya Rizky ketika itu jika tidak salah.

    "Riz, sekarang...jom!" mata jernih Fatihah berkaca-kaca.

    Rizky mengangguk sambil mnghadiahkan senyuman.

*****

Farid membuka matanya. Pandangannya agak kabur. Lampu wad yang terang menyilaukan matanya. Seluruh tubuhnya serasa kejang.

    "Aku...aduh, sakitnya..." Farid memegang kepalanya yang masih berbalut perlahan-lahan.

    Tidak semena Fatihah masuk ke dalam wad lalu memeluk abangnya. Airmatanya jatuh membasahi purdah ungu yang dipakainya. Dr. Rizky tersenyum namun hatinya menahan sebak. Entah apa yang membuatnya rasa seperti itu. Mungkin juga hatinya yang mula lembut dengan ehsan membuatnya mudah tersentuh.

    "Along...adik rindu..." Fatihah masih memeluk erat abangnya. Matanya masih belum berhenti menangis. Dia terlalu gembira tika itu.

    "Adik...sabar ya, along dah bangun. Tapi...badan masih kejang ni. Panda along ni berat. Patah tulang along nanti." Farid mencuit. Separuh badannya masih berbalut.

    Fatihah mencebik comel. "Ihhh along ni...! Manada berat, adik dah diet tau tak. Enam bulan dah kurang lima kilogram tau!" Fatihah manja.

    Dr. Rizky ketawa melihat gelagat Fatihah yang manja. Dia menggeleng-geleng geli hati. Comel sahaja gaya Fatihah dengan abangnya.

    "Haa...iyelah, adikku sayang...kot ye pun, turunlah dulu dari pangkuan along ni. Tak dapat gerak lah..." suara Farid masih perlahan. Tekaknya kehausan.

    Fatihah ketawa kecil menutup mulutnya."Sorry abangku tersayang..." pecah ketawa mereka bertiga di wad itu.

    Dr. Rizky berpaling mengusap air matanya yang juga tak mampu tertahan. Dia senyum terharu melihat suasana pada masa itu.

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now