6 bulan kemudian...
Fatihah memandang jauh ke garisan ufuk. Fikirannya jauh melayang. Dalam kesendirian itu dia memejamkan mata. Cuba mencari sedikit ketenangan agar bayangan pemuda itu dapat dilupakannya namun gagal. Akhirnya dia mengalah.
Mana awak pergi, Riz? Puas saya cari awak. Ke mana awak menjauh? Apa salah saya yang buatkan awak memilih untuk menjauh. Hatinya berdiskusi sendiri. Dia meletakkan kepalanya di stereng kereta. Tangisannya tidak tertahan. Ya. Dia mula mencintai lelaki itu. Tetapi entah ke mana dia menghilang.
Fatihah mendail nombor telefon Rizky namun tidak dapat disambungkan. Stressnya bertambah. Pantas dia memecut laju di lebuh raya menuju ke rumah.
*****
Raihana membuka pintu rumah segera apabila pintu diketuk kuat. Tepat sahaja pintu terbuka, Fatihah memeluknya erat sambil menangis. Raihana kerisauan.
"Fatihah...kenapa ni sayang, jangan nangis lagi. Kak Hana kat sini ya...dah dah, jangan nangis sayang. Luah kat kakak." Raihana memujuk adik kesayangannya.
Puan Maryam yang tadinya di dapur membuat air juga keluar ke ruang tamu.
"Kenapa ni dik? Allahu..." Puan Maryam juga kerisauan.
"Tak apa ummi, ummi tenang ya. Biar Raihana pujuk Fatihah dulu." Raihana memujuk umminya setelah Fatihah pantas masuk ke biliknya.
Puan Maryam mengangguk perlahan. Raihana segera menuju ke bilik adiknya.
"Kak...kenapa lelaki suka beri harapan palsu?" Fatihah bersuara sambil kepalanya dilentokkan di bahu Raihana.
"Maksud Fatihah?"
"Dr. Riz kak...dia hilang macam tu aje. Tak ada berita...tak ada khabar." Fatihah meluah.
"Fatihah dah try call ke apa?" Raihana masih tenang.
Fatihah melepaskan keluhan panjang. "Sudah kak, tak dapat call. Maybe dia tukar nombor. Dah ada perempuan lain kot." Fatihah merajuk.
Raihana ketawa kecil. Tangan comel adiknya dimain-mainkan. "Sayang...sangka baik, manalah tau dia ada kerja ke, sampai tak sempat buka fon. "
Fatihah mencebik.
Raihana ketawa melihat reaksi adiknya." Fatihah...rindukan dia eh?"
Tidak semena Raihana menyoal."Ihh...taklah, tapi...bolehlah. Sikit-sikit. Hehe..."Fatihah menjawab malu. Pipinya mula kemerahan.
Raihana ketawa sakan."Ada orang rindu kekasih hati. Patutlah ada yang nangis tadi. Hahaha...kak Hana ingat apalah tadi."
"Ihhh kak Hana ni! Malulah..." Fatihah manja.
"Tak apalah tu, Fatihah kena sabar. Manalah tau, Allah akan pertemukan Fatihah dengan imam ke, ustaz ke...ustaz Morhan dekat surau hujung kampung tu single lagi tau!" Raihana galak mencuit adik kesayangannya.
"Kak Hana...tanaklah! Tua dah tu...Fatihah muda lagi. " dia mencebik bibir. Comel sahaja manjanya bila dengan Raihana.
"So...nak tunggu Dr. Rizky jugaklah ni?"
Fatihah tunduk malu sambil tersenyum. Ya. Dia mula jatuh hati pada lelaki itu. Dia tidak tahu dari sudut mana yang disukainya tentang pemuda itu.
"Ehh cik adik jauh mengelamun! Kalau Fatihah dah sayangkan dia, Fatihah doakanlah agar dia cepat masuk Islam. Then bolehlah akad." Raihana memecah lamunan Fatihah.
"Okay kak...tapi entahlah, hati ini kuat mengatakan dia yang terbaik." Fatihah senyum sendiri.
"Sayangku...letakkan harapanmu pada Allah. Istikharah...minta petunjuk yang terbaik. Semoga dapat yang paling baik untuk Hana jadikan pasangan nanti. Untuk dunia bahkan di akhirat.
"Baiklah kak Hana...thanks pujuk. Sayang kak Hana sangat. Maaflah emo tadi," Fatihah memeluk manja kakaknya. Raihana mencubit pipi tembam adiknya.
Fatihah bahagia memiliki seorang kakak yang sangat memahaminya walaupun bukan kakak kandungnya.
YOU ARE READING
Atas Izin Pencinta
RomanceFarid yang kehilangan cinta hatinya, Zinnirah membawa diri ke perjalanan yang jauh dari sekeliling untuk melupakan kenangan. Dalam perjalanan itu dia terlibat dalam kemalangan yang meyebabkan dia koma sekian lama. Pada waktu yang sama, sebuah jiwa...