Bab 16

22 7 0
                                    

Raihana memandang ke luar tingkap. Pandangannya jauh membelah awan petang yang kekuningan dibias mentari senja.

    "Awak ke mana selama ni, Farid?" puas saya cari awak. Tapi saya tak jumpa, awak dan Zinnirah hilang macam tu je." Raihana meluahkan segala yang terpendam dijiwanya.

    "Maafkan saya, Hana. Saya...saya minta maaf..." Farid gugup.

    "Mudahkan...mudah sangat. Mudah sangat awak beri harapan pada saya. Kemudian bila awak nampak yang lebih baik. Awak berpindah hati. Kemudian meninggalkan. Dan bila awak dah tahu kesilapan awak, awak minta maaf. Mudahnya...mudah kan?!"

Raihana berpaling menghadap Farid. Memandang tepat ke anak mata lelaki itu. Kelopak matanya bergenang menunggu masa untuk tumpah lagi buat kesekian kali.

    Farid bungkam. Dia mati kata. Tidak tahu apa yang hendak dijawab. Ya, sememangnya semua ini salahnya. Dia telah hancurkan harapan seseorang yang terlalu baik dan menyayanginya. Hanya kerana melihat Zinnirah yang lebih baik, dia memilih Zinnirah sebagai isterinya.

    Farid tunduk serba salah.

    "Saya minta maaf, Hana. Izinkan saya tebus salah saya pada kamu. Saya tahu awak marah, tapi jika ini takdirNya. Izinkan saya menebus kesilapan saya. Beri saya peluang, Hana."

    Dia buntu. Tidak tahu bagaimana lagi hendak menebus kesilapannya. Akhirnya dia diam. Memikirkan sesuatu yang terlintas di fikirannya.

    Farid mendekati Raihana lalu membuka cincin perkahwinan yang dipakainya. Tidak semena dia mengambil tangan kecil Raihana lalu memasangkan cincin itu.

    "Jika ini mampu mengubati luka dihati awak, izinkan saya menebusnya dengan cara yang halal untuk saya memohon maaf." Farid terhinjut-hinjut meninggalkan Raihana sendirian dan keluar menuju ke wadnya.

    Raihana tergamam. Tidak menyangka Farid akan bertindak seperti itu. Ikhlaskah Farid? Atau cuma melakukannya kerana buntu dan terpaksa. Raihana memejamkan matanya duduk di tepi katil menghadap tingkap.

    Fatihah yang menyedari perlakuan pelik abangnya sejak tadi dihurung rasa tidak senang hati.

    "Along...kenapa ni? Apa yang along bincang dengan dia?" Fatihah mahu tahu. Farid sekadar memandang dengan jelingan serius.

    "Call ummi...kita aturkan majlis esok malam." Farid bertegas.

    Fatihah terkedu.

    What?? What has happen? Fatihah bingung sendiri.

*****

  "Along ni biar betul nak kahwin dengan Raihana?! Kahwin bukan hal main-main Farid. Fikir masak-masak dahulu!" Puan Maryam membebel panjang. Dia dilanda kerisauan akibat keputusan Farid yang melulu.

    "Along ada tanggungjawab, ummi. Ada yang terluka akibat perbuatan along. Along kena tebus balik, ummi..." suara Farid parau. Dia tidak tahu bagaimana membendung perasaannya tika itu.

    "Takkan tak ada cara lain? Kalau melibatkan duit, ummi boleh bayar. Bagitau je berapa?" Puan Maryam semakin serius.

    "Ummi, tak semua benda boleh dibeli dengan duit. Kebahagiaan tak boleh dibeli dengan wang ringgit!" Farid juga berkeras dengan keputusannya.

    Farid memandang Fatihah yang senyap di ruang tamu itu sejak tadi. Fatihah tunduk. Dia faham benar sifat abangnya itu dalam membuat keputusan. Dia akur.

Atas Izin PencintaWhere stories live. Discover now